window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

HLYM lancar Yamaha TMax 560 2021, harga asas RM 72.2k, turut umum kehadiran MT-09 dan Tracer 9 GT!

Khairil · Oct 15, 2021 09:30 PM

HLYM lancar Yamaha TMax 560 2021, harga asas RM 72.2k, turut umum kehadiran MT-09 dan Tracer 9 GT! 01

Skuter maxi aras tinggi, paling berprestasi dan canggih keluaran Yamaha, TMax 560 2021 selamat 'mendarat' di pasaran Malaysia, hari ini dengan penawaran harga asas menarik RM 72,288 (tanpa yuran pendaftaran dan insuran).

Model berkenaan dilancarkan secara maya oleh Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dan akan mula berada di cawangan pengedar rasmi HLYM seluruh negara bermula esok (16 Oktober 2021).

Juga baca: Edisi Ulang tahun ke-20 Yamaha TMax, terhad kepada 560 unit!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

HLYM lancar Yamaha TMax 560 2021, harga asas RM 72.2k, turut umum kehadiran MT-09 dan Tracer 9 GT! 01

Dua pilihan warna menarik ditawarkan kepada pembeli di Malaysia adalah Tech Kamo dan Power Grey.

HLYM lancar Yamaha TMax 560 2021, harga asas RM 72.2k, turut umum kehadiran MT-09 dan Tracer 9 GT! 02

Power Grey

Menariknya selepas melancarkan TMax 560 2021, HLYM turut membuat kejutan dengan mengumumkan kehadiran dua lagi model berkuasa tinggi jenama berkenaan yang bakal mendarat di pasaran tempatan, bulan hadapan.

HLYM lancar Yamaha TMax 560 2021, harga asas RM 72.2k, turut umum kehadiran MT-09 dan Tracer 9 GT! 03

Tech Kamo

Dua model berkenaan adalah Yamaha MT-09 2021 dan Tracer 9 GT 2021 yang dikatakan menjadi antara model paling dinanti-nantikan peminat tempatan ketika ini.

HLYM lancar Yamaha TMax 560 2021, harga asas RM 72.2k, turut umum kehadiran MT-09 dan Tracer 9 GT! 04

Pengarah Urusan Hong Leong Industries Berhad, Dato' Jim Khor dalam majlis pelancaran itu berkata pihaknya cukup teruja dengan kehadiran tiga model berkuasa tinggi berkenaan.

HLYM lancar Yamaha TMax 560 2021, harga asas RM 72.2k, turut umum kehadiran MT-09 dan Tracer 9 GT! 05

Untuk model  Yamaha TMax 560 2021, gabungan enjin bersesaran 562 cc, 2 Silinder, DOHC bersama dengan casis yang ringan didakwa menawarkan tunggangan yang lancar selaras dengan temanya 'Luxury in Motion'.

HLYM lancar Yamaha TMax 560 2021, harga asas RM 72.2k, turut umum kehadiran MT-09 dan Tracer 9 GT! 06

Kuasa yang dihasilkan skuter berprestasi ini adalah 48 PS pada 7,500 rpm dan tork puncak 56 Nm pada 5,250 rpm dengan penggunaan sistem transmisi automatik CVT.

HLYM lancar Yamaha TMax 560 2021, harga asas RM 72.2k, turut umum kehadiran MT-09 dan Tracer 9 GT! 07

HLYM lancar Yamaha TMax 560 2021, harga asas RM 72.2k, turut umum kehadiran MT-09 dan Tracer 9 GT! 08

Selain berkuasa dan rekaannya yang menarik, Yamaha TMAX 560 2021 turut dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri canggih termasuk sistem 'Cruise Control' Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), visor angin boleh laras elektrik, panel instrumen meter TFT pelbagai fungsi. 

Juga baca: Yamaha MT-09 2021 serba baru dilancarkan! Rekaan berbeza, lampu hadapan ikonik kini lebih menarik?

HLYM lancar Yamaha TMax 560 2021, harga asas RM 72.2k, turut umum kehadiran MT-09 dan Tracer 9 GT! 09

Memiliki kapasiti tangi bahan api 15 liter, ia turut datang dengan ruang bawah pelana luas.

HLYM lancar Yamaha TMax 560 2021, harga asas RM 72.2k, turut umum kehadiran MT-09 dan Tracer 9 GT! 10

Setiap pembeli turut akan menerima beg kunci khas daripada Yamaha Big Bike yang dibuat oleh Royal Selangor selain lock cakera keselamatan.

HLYM lancar Yamaha TMax 560 2021, harga asas RM 72.2k, turut umum kehadiran MT-09 dan Tracer 9 GT! 11

Untuk model Yamaha MT-09 dan Tracer 9 GT, kedua-dua model berkenaan yang menggunakan trenkuasa yang sama iaitu CP3 889 cc, 3 Silinder Sebaris yang menghasilkan kuasa dan tork yang mengagumkan akan diperkenalkan secara rasmi pada bulan depan.

Juga baca: 5 sebab mengapa Yamaha Y16ZR (2021) bukan pengganti Y15ZR (V2) "Y-Suku"!

HLYM lancar Yamaha TMax 560 2021, harga asas RM 72.2k, turut umum kehadiran MT-09 dan Tracer 9 GT! 12

Pengumuman harga untuk kedua-dua model berkenaan juga akan dibuat pada bulan hadapan namun kepada yang berminat, mereka sudah boleh mula menempahnya di cawangan pengedar sah HLYM.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda