window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

HLYM mula 'jentik' perasaan peminat Yamaha, model baru bakal tiba - Y15ZR V3 atau NVX 155 V2?

Khairil · Mar 1, 2021 02:00 PM

HLYM mula 'jentik' perasaan peminat Yamaha, model baru bakal tiba - Y15ZR V3 atau NVX 155 V2? 01

Selepas 'mendiamkan' diri buat seberapa ketika, satu berita menggembirakan tiba buat peminat janama Yamaha di negara ini apabila Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memaparkan imej 'teaser' mengenai ketibaan sebuah jentera baharu.

Perkembangan menarik itu dikongsikan HLYM menerusi laman Facebook rasmi syarikat berkenaan, baru-baru ini menerusi sebuah gambar tanpa imej atau 'siluet' sebarang motosikal.

Begitupun, gambar dengan latar belakang sebuah lebuh raya itu hadir dengan kapsyen “Ketibaan sesuatu yang mengejutkan” selain dua perkataan lain iaitu “Prestasi Terunggul”.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tidak dapat dipastikan apakah model yang bakal diketengahkan oleh HLYM kali ini tetapi ramai yang menjangkakan ia adalah model kapcai terhangat, Y15ZR V3 atau Exciter 155 VVA.

HLYM mula 'jentik' perasaan peminat Yamaha, model baru bakal tiba - Y15ZR V3 atau NVX 155 V2? 01

Namun perlu diingat, ada sebuah lagi model dari Yamaha yang amat dinantikan naik tarafnya di pasaran tempatan iaitu skuter NVX 155.

Ketika ini, pasaran tempatan masih belum menerima versi terbaharu NVX. Begitupun, motosikal yang dikenali sebagai Yamaha Aerox itu sudah pun berada di pasaran Indonesia, Thailand, Vietnam dan terbaharu Filipina, beberapa hari lalu.

HLYM mula 'jentik' perasaan peminat Yamaha, model baru bakal tiba - Y15ZR V3 atau NVX 155 V2? 02

Sebagai informasi, kali terakhir NVX menerima kemas kini di pasaran tempatan adalah pada Februari tahun lalu. Dan berita mengenai motosikal berkenaan sedang ditunggang uji di jalan raya di Malaysia juga dimainkan oleh media-media tempatan pada penghujung tahun lalu.

HLYM mula 'jentik' perasaan peminat Yamaha, model baru bakal tiba - Y15ZR V3 atau NVX 155 V2? 03

Bagi Y15ZR V3 atau Exciter 155 VVA, hanya pasaran Vietnam menerima kehadiran jentera berkenaan dengan pasaran dominan lain seperti Indonesia dan Thailand masih belum menerimanya.

HLYM mula 'jentik' perasaan peminat Yamaha, model baru bakal tiba - Y15ZR V3 atau NVX 155 V2? 04

Justeru, ada kemungkinan skuter 'maha' popular dari Yamaha itu akan tiba dahulu di pasaran tempatan tampak lebih cerah.

Bercerita sedikit mengenai Yamaha Aerox serba baharu, motosikal itu dilengkapi dengan teknologi Y-Connect yang menghubungkan telefon pintar melalui sambungan sistem Bluetooth.

HLYM mula 'jentik' perasaan peminat Yamaha, model baru bakal tiba - Y15ZR V3 atau NVX 155 V2? 05

Dari sudut rekaan, ia tampil lebih sporty dengan sisi yang lebih tajam dengan pembaharuan di bahagian lampu depan dan belakang. Dari sudut kuasa, ia menggunakan enjin Blue Core 155 cc terbaharu dan dilengkapi dengan teknologi Variable Valve Actuation (VVA) yang menghasilkan tork pada setiap putaran enjin.

Enjin baharu itu mampu menghasilkan kuasa maksimum 15.15 Hp pada 8,000 rpm dengan tork 13.9 Nm pada 6,500 rpm. Ia dikatakan memiliki prestasi dan 'Power to Weight Ratio' yang terbaik di dalam kelasnya.

HLYM mula 'jentik' perasaan peminat Yamaha, model baru bakal tiba - Y15ZR V3 atau NVX 155 V2? 06

Bagi Yamaha Y15ZR V3 pula, peningkatan yang dibuat berbanding generasi terdahulu jelas banyak. Artikel ini mungkin boleh memudahkan anda.

Apa yang pasti, perkembangan ini memang sesuatu yang menarik kerana ia bermakna tiada lagi penantian 'panjang' perlu dihadapi peminat tempatan. Tidak kira sama ada ia Y15ZR V3 mahupun NVX 155 V2 atau apa saja model lain, kita nantikan saja dengan penuh sabar.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda