window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda acah SUV kompak baharu, 2022 Honda ZR-V atau WR-V?

Haris · Nov 8, 2021 01:30 PM

Honda acah SUV kompak baharu, 2022 Honda ZR-V atau WR-V? 01

Butiran mengenai kehadiran model SUV kompak baharu oleh Honda Indonesia telah lama menjadi perbualan hangat di media sosial. Tanpa sebarang petanda, nampaknya Honda Indonesia akan melancarkan model tersebut tidak lama lagi, 11 November 2021 ini.

Honda acah SUV kompak baharu, 2022 Honda ZR-V atau WR-V? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berdasarkan hantaran daripada Hondaisme (Honda Indonesia), siluet sebuah SUV kompak dipaparkan dengan tarikh 11 November 2021 dengan tayangan perdana global. Hal ini turut memberi petanda bahawa model SUV kompak baharu ini adalah produk global selepas pelancaran tersebut.

Honda acah SUV kompak baharu, 2022 Honda ZR-V atau WR-V? 01

Imej lakaran

Sebelum ini, siluet dari pandangan sisi hadapan turut dipaparkan ketika pelancaran Honda BR-V generasi kedua. Kedua-dua imej acah menampilkan rel bumbung yang menonjol, mencadangkan bahawa kedua-dua imej adalah SUV kompak yang sama.

Honda acah SUV kompak baharu, 2022 Honda ZR-V atau WR-V? 02

Ketika ini, Honda masih tidak mempunyai sebarang model SUV kompak yang mampu menyaingi model SUV kompak seperti Toyota Raize / Daihatsu Rocky (Perodua Ativa), Nissan Magnite, Renault Kiger dan Kia Sonet. Kesemua SUV ini ada dijual di Indonesia dan rantau ASEAN.

Baca: Honda mengacah model misteri, adakah ini WR-V atau ZR-V, pesaing Perodua Ativa?

Honda acah SUV kompak baharu, 2022 Honda ZR-V atau WR-V? 03

Imej lakaran

Walaubagaimanapun, masih belum ada sebarang keputusan mengenai nama yang bakal digunakan oleh SUV kompak ini. Model Honda WR-V pernah digunakan sebagai sebuah SUV kompak berdasarkan Honda Jazz namun hanya dijual di pasaran India dan Brazil.

Sementelahan itu, tanda nama ZR-V juga sudah didaftarkan oleh Honda di Australia, memberi spekulasi penggunaan di Asia-Oceania.

Honda acah SUV kompak baharu, 2022 Honda ZR-V atau WR-V? 04

Sebelum ini, Wapcar ada membuat liputan bahawa Honda telah ‘memindahkan’ kilang dari India kepada Indonesia atas faktor kewangan. 2 model dijangka akan dibangunkan di kilang tersebut adalah Honda BR-V generasi kedua (disahkan) dan sebuah lagi model SUV kompak yang masih belum dinamakan. Sama-sama kita tunggu 11 November 2021 ini!

Baca: Honda BR-V generasi kedua / Honda WR-V bakal menjadi produk kilang Honda di Indonesia?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda