window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Accord generasi baharu pamer bahagian dalam, Accord termaju dalam sejarah!

Haris ยท Mar 13, 2023 01:00 PM

Honda Accord generasi baharu pamer bahagian dalam, Accord termaju dalam sejarah! 01

Membuat kemunculan sulung peringkat global di Amerika Syarikat pada November 2022, Honda Accord (Specs | News) generasi ke-11 2023 serba baharu pada pandangan pertama kelihatan lebih matang dan elegan dari segi reka bentuk.

Honda Cars of America pula mahu menimbulkan keterujaan melalui promosi dengan fakta bahawa ini adalah Accord paling maju yang pernah dicipta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda Accord spesifikasi AS ini boleh didapati dalam dua pilihan trenkuasa, 1.5 liter turbocaj i-VTEC (192 PS/260 Nm) dan 2.0 liter hibrid petrol (gabungan 204 PS/335 Nm). Enjin turbocaj petrok dipasangkan dengan kotak gear CVT manakala pilihan hibrid dipadankan dengan transmisi e-CVT.

Honda Accord generasi baharu pamer bahagian dalam, Accord termaju dalam sejarah! 01

Titik perbincangan terbesar mengenai Honda Accord serba baharu ialah reka bentuk yang lebih anggun yang terasa kurang sibuk berbanding pendahulunya. Tiada lagi lampu belakang "stapler" kontroversi dan di tempatnya kini adalah lampu ekor LED langsing yang mengalir di sepanjang but belakang.

Bercakap mengenai but belakang, ia kini mempunyai mekanisme pembukaan automatik satu sentuhan untuk akses yang lebih mudah ke dalam ruang kargo tanpa mendekati kereta.

Honda Accord generasi baharu pamer bahagian dalam, Accord termaju dalam sejarah! 02

Di bahagian dalam, Honda Accord serba baharu lebih luas dan elegan dengan reka bentuk dan susun atur papan pemuka yang lebih ringkas - juga nuansa sama dilihat pada model Honda lain termasuk Honda Civic FE dan Honda CR-V serba baharu

Baca: SAH: Honda CR-V 2023 akan debut rantau Asia Tenggara pada bulan ini, pakai enjin 2.0L hibrid dari Civic

Honda Accord generasi baharu pamer bahagian dalam, Accord termaju dalam sejarah! 03

Malah tempat duduk di dalam Honda Accord juga sudah direka semula untuk memberikan lebih banyak sokongan lumbar dan pelvis serta meningkatkan pengukuhan sisi untuk kedudukan tempat duduk yang lebih semula jadi.

Honda Accord generasi baharu pamer bahagian dalam, Accord termaju dalam sejarah! 04

Oleh kerana ini adalah generasi Accord yang paling maju pernah ada, kita tidak boleh menolak ciri-ciri teknologi yang ditawarkan dalam sedan segmen D ini.

Honda Accord spesifikasi AS ini boleh didapati dengan infotainment skrin sentuh lebar 12.3-inci yang bukan sahaja menyokong Apple CarPlay dan Android Auto tetapi ia juga merupakan Honda pertama dengan Google terbina dalam, sama seperti Volvo.

Dengan Google terbina dalam, anda boleh menggunakan Google Assistant untuk mengawal tetapan kenderaan seperti melaraskan suhu udara dan mengakses Google Maps untuk bantuan navigasi.

Baca: Semakin mirip Apple Carplay? Android Auto bakal dikemaskini - ini 3 ciri baharu yang ditawarkan!

Honda Accord generasi baharu pamer bahagian dalam, Accord termaju dalam sejarah! 05

Tidak seperti kebanyakan kereta Honda yang boleh didapati di rantau ini, Honda Accord spesifikasi AS tidak disertakan dengan kamera LaneWatch.

Sebaliknya, ia menggunakan monitor titik buta konvensional yang menunjukkan amaran pada cermin sisi. Walau bagaimanapun, Honda Sensing adalah standard pada semua varian Accord spesifikasi AS yang termasuk:

  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Road Departure Mitigation System (RDM)
  • Adaptive cruise control (ACC) with low-speed follow
  • Lane-keeping assist with traffic jam assist

Honda Accord generasi baharu pamer bahagian dalam, Accord termaju dalam sejarah! 06

Honda Accord bermula dari USD 27,295 (~RM 123k) untuk varian berkuasa petrol manakala varian Accord Hybrid bermula dari USD 31,895 (~RM 144k). Model generasi ke-11 ini masih belum diperkenalkan di Asia Tenggara tetapi unit penyamaran awal telah dikesan di Thailand dan Malaysia.

Baca: Spyshot: Honda CR-V baharu sudah menjengah ke Malaysia, dilancarkan selepas Honda WR-V?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda Accord Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda