Honda ADV 150 dapat warna istimewa di Jepun, Malaysia bila lagi?

Khairil · Jun 15, 2021 03:00 PM

Honda ADV 150 dapat warna istimewa di Jepun, Malaysia bila lagi? 01

Skuter ala 'Adventure', Honda ADV 150 berjaya mencetus fenomena ketika dilancarkan dan tidak salah menyatakan Malaysia antara negara di mana ia mendapat sambutan cukup hangat.

Juga baca: Honda ADV 150 kini di Malaysia, harga RM11,999

Di pasaran tempatan, dua varian warna diperkenalkan iaitu Mat Charcoal Gray Metallic dan Vivacity Red namun di Jepun, pasaran berkenaan baru-baru ini menerima pilihan warna edisi terhad iaitu 'Ross White'.

Honda ADV 150 dapat warna istimewa di Jepun, Malaysia bila lagi? 01

Tampil dengan tema lebih ekslusif, hanya 1,000 unit edisi warna terhad ini ditawarkan dan kepada yang berminat, ia sudah pun boleh ditempah ketika ini sehingga 31 Ogos depan.

Honda ADV 150 dapat warna istimewa di Jepun, Malaysia bila lagi? 02

Menggunakan warna putih glossy sebagai warna utama, corak grafiknya pula ditonjolkan menerusi jalur kelabu gelap dan terang di beberapa bahagian panel badan.

Juga baca: Giliran Malaysia terima Honda X-ADV 750 2021, harga asas RM 67,799!

Untuk harganya, ia dijual pada tanda ¥ 451,000 iaitu kira-kira RM 16,864 termasuk cukai pengguna sebanyak 10 peratus di Jepun. Sebagai perbandingan, harga Honda ADV 150 yang dijual di Malaysia adalah RM 11,999.

Honda ADV 150 dapat warna istimewa di Jepun, Malaysia bila lagi? 03

Apa yang lebih menarik, harga yang ditawarkan untuk pilihan warna edisi terhad ini adalah sama dengan Honda ADV 150 dengan warna standard.

Honda ADV 150 dapat warna istimewa di Jepun, Malaysia bila lagi? 04

Matte Meteor Light Brown Metallic

Sebagai info, Honda ADV 150 sememangnya mendapat sambutan cukup hebat di Malaysia dengan tempoh masa menunggu dikatakan sudah melebihi tiga bulan di sesetengah kawasan.

Honda ADV 150 dapat warna istimewa di Jepun, Malaysia bila lagi? 05

Matt Gun Powder Black Metallic

Mengulas spesifikasi Honda ADV 150, ia menggunakan enjin bersesaran 149.3 cc, Silinder Tunggal, Penyejuk Cecair, SOHC, 4 Lejang, 2 Injap, Suntikan Bahan Api PGM-Fi yang dipadankan dengan transmisi V-Matic automatik.

Honda ADV 150 dapat warna istimewa di Jepun, Malaysia bila lagi? 06

Gayety Red

Selain Jepun, pasaran Australia juga dikatakan sudah mendapat pilihan warna istimewa ini, baru-baru ini.

Honda ADV 150 dapat warna istimewa di Jepun, Malaysia bila lagi? 07

Jika warna ini tiba di Malaysia, bagaimana pula permintaannya? Anda sendiri nilaikan.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2018 Honda City 1.5 S

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru