window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda ADV 160 (2023) Edisi Iron Man, Captain America muncul di Thailand, unit terhad, harga RM 13.6k!

Khairil ยท Mar 18, 2023 10:00 AM

Honda ADV 160 (2023) Edisi Iron Man, Captain America muncul di Thailand, unit terhad, harga RM 13.6k! 01

Sebagai cara untuk memikat pengguna baharu khususnya orang muda, Honda Motor Thailand memperkenalkan edisi istimewa Honda ADV 160 (2023) yang tampil dengan tema dua adiwira terkemuka Marvel, Iron Man dan Captain America. 

Kepada peminat Marvel, kerjasama dengan syarikat berkaitan automotif bukanlah sesuatu yang asing. Sebelum ini, mereka pernah bekerjasama dengan Yamaha Brazil untuk menghasilkan Yamaha NMax dengan 'livery' Spiderman.

Honda ADV 160 (2023) Edisi Iron Man, Captain America muncul di Thailand, unit terhad, harga RM 13.6k! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berbalik kepada edisi istimewa Honda ADV 160 (2023) Iron Man dan Captain America, sebagai permulaan, keistimewaan kedua-dua varian adalah skema warna dan corak grafik yang mengikut tema kedua-dua hero berkenaan.

Untuk Honda ADV 160 (2023) Iron Man, ia tampil dengan skema warna merah maroon dan emas, mirip seperti baju besi yang dipakai oleh Tony Stark. Turut ditampilkan adalah logo bulat seperti reaktor di dada Iron Man yang memaparkan helmet adiwira itu.

Honda ADV 160 (2023) Edisi Iron Man, Captain America muncul di Thailand, unit terhad, harga RM 13.6k! 01

Untuk Honda ADV 160 (2023) Captain America, ia tampil dengan skema warna biru. Corak grafik yang digunakan termasuklah pelindung ikonik Captain America, logo 'A' dan beberapa bintang di bahagian fairing dan panel sisi.

Seperti dijangka, tiada perbezaan membabitkan spesifikasi trenkuasa dan mekanikal dijalankan.

Honda ADV 160 (2023) Edisi Iron Man, Captain America muncul di Thailand, unit terhad, harga RM 13.6k! 02

Justeru, ia kekal dengan enjin bersesaran 156.93 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, 4 Injap, Penyejuk Cecair, eSP+ dengan sistem Suntikan Bahan Api PGM-FI yang digandingkan dengan transmisi automatik V-Matic.

Angka kuasa yang dihasilkan adalah 16 PS pada 8,500 rpm dengan tork 14,7 Nm pada 6,500 rpm. 

Honda ADV 160 (2023) Edisi Iron Man, Captain America muncul di Thailand, unit terhad, harga RM 13.6k! 03

Di pasaran Thailand, Honda ADV 160 (2023) varian standard dijual pada harga 99,900 baht (RM 13,085) tetapi untuk varian istimewa ini, harga yang ditawarkan dikatakan lebih tinggi iaitu 104,400 baht (RM 13,675).

Honda ADV 160 (2023) Edisi Iron Man, Captain America muncul di Thailand, unit terhad, harga RM 13.6k! 04

Menurut laporan Rideapart, Honda Motor Thailand akan menghasilkan 3,000 unit Honda AdV 160 (2023) Captain America dan Iron Man untuk pasaran Thailand.

Dan skuter berkenaan dijadual membuat debut awam ketika  Bangkok Motor Show pada 22 Mac ini dengan setiap pembelian akan memperoleh jaket Marvel berharga 1,500 baht (RM 196).

Honda ADV 160 (2023) Edisi Iron Man, Captain America muncul di Thailand, unit terhad, harga RM 13.6k! 05

Tidak diketahui sama ada edisi Marvel akan turut diperkenalkan di Malaysia tetapi jika ia dibuat Boon Siew Honda, ia pasti sesuatu yang menarik dan dijangka memiliki permintaan.
 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda