window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda ADV 250 katanya buat 'debut' tahun ini, Malaysia antara destinasi?

Khairil ยท Jan 9, 2023 08:00 PM

Honda ADV 250 katanya buat 'debut' tahun ini, Malaysia antara destinasi? 01

Honda sudah pun melancarkan 'abang' kepada Honda ADV 150/160, Honda ADV 350 pada November 2021 lalu dan selepas sekian lama menunggu, kelibat 'saudara' kembarnya, Honda ADV 250 masih belum kelihatan sehingga kini.

Seperti dikatahui, skuter bergaya 'Adventure' itu sudah pun dilancar di pasaran Thailand sekitar Mac tahun lalu tetapi ia memang sudah dijangka kerana untuk negara seperti Thailand, ia bukan satu masalah.

Honda ADV 250 katanya buat 'debut' tahun ini, Malaysia antara destinasi? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tetapi, ia memberi sedikit kesukaran buat negara seperti Indonesia dan Malaysia yang penjualan motosikal turut dibataskan dengan pengkelasan lesen yang memberi jangkaan - Honda ADV 350 mungkin tidak akan memasuki pasaran.

Juga baca: Honda ADV 350 2022 'debut' di EICMA 2021, rekaan garang + premium!

Honda ADV 250 katanya buat 'debut' tahun ini, Malaysia antara destinasi? 01

Begitupun jangan terlalu kecewa kerana ia mungkin akan digantikan dengan model 'serupa' namun dipadankan dengan enjin bersesaran lebih kecil, 250 cc, seperti model Honda Forza 250.

Apa yang pasti, berita mengenai Honda ADV 250 bukanlah sekadar khabar angin dan berdasarkan laporan kami terdahulu, Honda Motor,. LTD memang sudah pun mendaftarkan paten skuter bergaya 'Adventure' berkenaan namun di Indonesia.

Honda ADV 250 katanya buat 'debut' tahun ini, Malaysia antara destinasi? 02

Imej permohonan daftar paten Honda ADV 250 yang dihantar kepada Direktorat Jenderal Kekayaan Intelektual Indonesia

Malah ia bukan sekadar laporan malah imej mengenai permohonan daftar yang dihantar kepada Direktorat Jenderal Kekayaan Intelektual (Directorate General if Intellectual Property) Indonesia sudah pun tertiris.

Tetapi apa yang mengecewakan, sekalipun daftar berkenan bertarikh 17 Februari 2022, tiada sebarang perkembangan lanjut mengenainya sehingga memasuki tahun 2023.

Juga baca: Honda ADV 350 2022 mendarat di Thailand, 2 varian, harga bermula RM 22.8k!

Honda ADV 250 katanya buat 'debut' tahun ini, Malaysia antara destinasi? 03

Selepas tidak membuat 'debut' pada tahun lalu, rata-rata media automotif terutama di seberang menjangkakan 2023 menjadi tahun pelancaran untuk Honda ADV 250.

Honda ADV 250 katanya buat 'debut' tahun ini, Malaysia antara destinasi? 04

Mengikut jangkaan, skuter berkenaan dijangka akan dilancarkan di negara 'king' untuk segmen skuter dan Honda iaitu Indonesia.

Honda ADV 250 katanya buat 'debut' tahun ini, Malaysia antara destinasi? 05

Dan sejurus pelancarannya di Indonesia, ia berkemungkinan tidak mengambil masa begitu lama untuk tiba di pasaran tempatan.

Sebagai info, Honda Motor Malaysia pernah menawarkan Forza 300 di pasaran tempatan pada tahun 2019 namun dihentikan. Justeru, hanya ada dua model yang dipaparkan di katalog syarikat itu ketika ini iaitu Forza 250 dan X-ADV 750.

Honda ADV 250 katanya buat 'debut' tahun ini, Malaysia antara destinasi? 06

Sebagai makluman, pihak Boon Siew Honda (BSH) dijadual melancarkan model baharu, minggu ini serta memberi 'petanda' model apa yang bakal dketangahkan di pasaran tempatan. Jadi, sama-sama kita nantikan.

Juga baca: Daftar paten Honda ADV 250 2022 terdedah di Indonesia, pelancaran mendekat!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda