window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda ADV 350 2022 'debut' di EICMA 2021, rekaan garang + premium!

Khairil · Nov 25, 2021 11:00 AM

Honda ADV 350 2022 'debut' di EICMA 2021, rekaan garang + premium! 01

Selepas deretan spekulasi, penantian peminat skuter untuk melihat 'saudara' Honda X-ADV 750 dan ADV 150 akhirnya ditamatkan syarikat Jepun itu menerusi 'debut' Honda ADV 350 2022 di pameran motosikal berprestij EICMA 2021 di Milan, Itali.

Seperti Honda X-ADV 750 dan ADV 150, ADV 350 tampil dengan gabungan gaya skuter 'Adventure' yang cukup popular ketika ini selain tambahan, premium. Ia dapat dilihat menerusi panel badan yang agak sasa dan nampak tidak terlalu garang.

Juga baca: Giliran Malaysia terima Honda X-ADV 750 2021, harga asas RM 67,799!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda ADV 350 2022 'debut' di EICMA 2021, rekaan garang + premium! 01

Justeru seperti ADV 150, ADV 350 ini dan berdasarkan spesifikasinya, ia jelas tidak dibina dengan kemampuan hebat di laluan lasak seperti X-ADV 750 yang dilaporkan menjadi skuter terlaris di Eropah ketika ini.

Honda ADV 350 2022 'debut' di EICMA 2021, rekaan garang + premium! 02

Menggunakan platform model Forza 350 termasuk dari sudut spesifikasi trenkuasa dan teknologi, Honda ADV 350 digandingkan dengan enjin bersesaran 330 cc, 4 Lejang, 1 Silinder, SOHC, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api PGM-Fi yang patuh piawaian emisi Euro 5.

Juga baca: Honda ADV 150 kini di Malaysia, harga RM11,999

Honda ADV 350 2022 'debut' di EICMA 2021, rekaan garang + premium! 03

Enjin eSP itu digandingkan dengan transmisi automatik CVT seperti Forza 350 dan kuasa yang dihasilkan adalah 29.2 Hp pada 7,500 rpm dan 31.5 Nm pada 5,250 rpm.

Honda ADV 350 2022 'debut' di EICMA 2021, rekaan garang + premium! 04

Untuk gaya lebih sporty, sistem suspensi menggunakan fork jenis terbalik (USD) 37 mm namun tiada ciri boleh laras manakala penyerap hentak berkembar belakang mempunyai ciri boleh laras prabeban.

Juga baca: Belum dihasilkan, tapi Honda ADV 350 dah ada pencabar baharu!

Honda ADV 350 2022 'debut' di EICMA 2021, rekaan garang + premium! 05

Dan untuk menjadikannya sebagai sebuah skuter bergaya 'ADV', Honda ADV 350 2022 dilengkapi dengan tayar jenis dual-sport dengan set roda 120/70-15 (depan) dan 140/70-14 (belakang) dengan jarak lega bumi agak tinggi iaitu 145 mm.

Honda ADV 350 2022 'debut' di EICMA 2021, rekaan garang + premium! 06

Sistem brek pula menggunakan cakera tunggal bersaiz 256 mm (depan) dan cakera tunggal 250 mm (belakang) lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.

Honda ADV 350 2022 'debut' di EICMA 2021, rekaan garang + premium! 07

Menariknya, ia turut dilengkapi dengan Honda Selectable Torque Control (HSTC) dua tahap bagi tunggangan yang lebih menyakinan.

Juga baca: Bukan lagi 'khabar angin', tanda dagang Honda ADV 350 sudah didaftar!

Honda ADV 350 2022 'debut' di EICMA 2021, rekaan garang + premium! 08

Ciri-ciri menarik lain adalah sistem lampu LED penuh, 'Emergency Stop Signal', ruang storan bawah pelana sebesar 48 liter, soket pengecas USB-C, visor angin boleh laras empat tahap, panel meter jenis LCD yang menarik, tangki bahan api 11.7 liter dan sistem 'keyless'.

Honda ADV 350 2022 'debut' di EICMA 2021, rekaan garang + premium! 09

Setakat ini, tiga pilihan warna menarik ditawarkan oleh Honda iaitu:

  • Spangle Silver Metallic 
  • Mat Carbonium Gray Metallic
  • Mat Carnelian Red Metallic

Honda ADV 350 2022 'debut' di EICMA 2021, rekaan garang + premium! 10

Begitupun, Honda masih belum mendedahkan harga pasaran bagi ADV 350 ini dan ia setakat ini eksklusif di pasaran Eropah dan Amerika.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda