window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda ADV 350 2022 mendarat di Thailand, 2 varian, harga bermula RM 22.8k!

Khairil · Mar 17, 2022 10:00 AM

Honda ADV 350 2022 mendarat di Thailand, 2 varian, harga bermula RM 22.8k!

Kurang empat bulan selepas dilancarkan segara 'World premiere' di Pameran Motor Milan (EICMA) 2021 pada November, skuter bergaya 'Adventure' terbaharu Honda iaitu Honda ADV 350 2022 secara rasmi menjengah pasaran Thailand.

Perkembangan yang cukup menarik itu sekali gus menyaksikan Thailand menjadi negara terawal menerima kehadiran model itu rantau ini.

Juga baca: Honda ADV 350 2022 'debut' di EICMA 2021, rekaan garang + premium!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda ADV 350 2022 mendarat di Thailand, 2 varian, harga bermula RM 22.8k! 01

Dianggap 'abang' kepada Honda ADV 150 dan 'adik' kepada Honda X-ADV 750 itu, dua varian Honda ADV 350 iaitu Standard dan RoadSync diperkenalkan di pasaran negara Gajah Perang itu.

Untuk varian Standard, harga yang ditawarkan adalah 181,900 baht (RM 22,850) bersama 3 pilihan warna iaitu:

  • Matte Carbonium Black Metallic
  • Matte Carnelian Red Metallic
  • Spangle Silver Metallic

Honda ADV 350 2022 mendarat di Thailand, 2 varian, harga bermula RM 22.8k! 02

Manakala untuk varian RoadSync, harganya lebih tinggi iaitu 183,900 baht (RM 23,101) bersama pilihan warna tunggal iaitu:

  • Spangle Silver Metallic 

Juga baca: Giliran Malaysia terima Honda X-ADV 750 2021, harga asas RM 67,799!

Honda ADV 350 2022 mendarat di Thailand, 2 varian, harga bermula RM 22.8k! 03

Kepada yang mahukan lebih kelainan, dua varian istimewa turut ditawarkan iaitu Honda ADV 350 Touring Master Edition  yang berharga  197,500 baht (RM 24,877) dan Honda ADV 350 Urban Racer Edition pada harga 199,500 baht (RM 25,129).

Honda ADV 350 2022 mendarat di Thailand, 2 varian, harga bermula RM 22.8k! 04

Sekalipun mempunyai DNA 'ADV', Honda ADV 350 sebenarnya dibangunkan menggunakan platform satu lagi skuter popular iaitu Honda Forza 350 tetapi dengan rekaan lebih 'garang' dan agresif gabungan Honda ADV 150 serta X-ADV 750.

Honda ADV 350 2022 mendarat di Thailand, 2 varian, harga bermula RM 22.8k! 05

Sebagai skuter bergaya ADV, ia turut dipadankan dengan fork jenis terbalik (USD) 37 mm dengan jarak 'travel' 125 mm, penyerap hentak berkembar (belakang) lengkap dengan 'subtank' kedua-duanya dari jenama Showa.

Honda ADV 350 2022 mendarat di Thailand, 2 varian, harga bermula RM 22.8k! 06

Honda ADV 350 2022 mendarat di Thailand, 2 varian, harga bermula RM 22.8k! 07

Untuk tunggangan lebih meyakinkan tidak kira di laluan normal atau lasak, ia turut dilengkapi dengan HSTC (Honda Selectable Torque Control).

Meningkatkan lagi 'gaya' ADV adalah penggunaan tayar jenis 'Semi offroad' bersaiz 120/70-15 (depan) dan 140/70-14 (belakang) dengan jarak lega bumi yang agak tinggi iaitu 155 mm.

Juga baca: Honda ADV 150 kini di Malaysia, harga RM11,999

Honda ADV 350 2022 mendarat di Thailand, 2 varian, harga bermula RM 22.8k! 08

Sistem brek depan menggunakan cakera tunggal 256 mm bersama kaliper 2 piston lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci 2 saluran dan cakera tunggal 240 mm bersama kaliper 1 piston dan ABS 2 saluran (belakang).

Honda ADV 350 2022 mendarat di Thailand, 2 varian, harga bermula RM 22.8k! 09

Berbalik kepada trenkuasa, ia menggunakan enjin eSP+ bersesaran 330 cc, 1 Silinder, 4 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api PGM-Fi, SOHC yang digandingkan dengan transmisi automatik V-Matic Belt.

Honda ADV 350 2022 mendarat di Thailand, 2 varian, harga bermula RM 22.8k! 10

Kuasa yang dihamburkan adalah 28.8 Hp pada 7,500 rpn dan tork 31.5 Nm pada 5,250 rpm.

Juga baca: Baru muncul di EICMA 2021, Honda ADV350 bakal tiba di Vietnam awal 2022!

Honda ADV 350 2022 mendarat di Thailand, 2 varian, harga bermula RM 22.8k! 11

Selain ranggi, Honda ADV 350 turut dilengkapi dengan spesifikasi premium seperti HSVCs (Honda Smartphone Voice Control system - varian RoadSync) yang boleh mengawal panggilan telefon, navigasi, muzik dan mesej yang diakses menerusi panel meter digital penuh dan Honda Smart Key.

Honda ADV 350 2022 mendarat di Thailand, 2 varian, harga bermula RM 22.8k! 12

Seperti skuter moden lain, ia menggunakan sistem lampu LED penuh termasuk lampu kecemasan.

Honda ADV 350 2022 mendarat di Thailand, 2 varian, harga bermula RM 22.8k! 13

Untuk keselesaan, ia turut didatangkan dengan visor angin boleh laras (4 tetapan manual), ruang simpanan bawah pelana seluas 48 liter yang boleh memuatkan 2 helmet 'full-face' selain ruang simpanan depan yang turut memiliki soket penyecas USB Type C.

Juga baca: Belum dihasilkan, tapi Honda ADV 350 dah ada pencabar baharu!

Honda ADV 350 2022 mendarat di Thailand, 2 varian, harga bermula RM 22.8k! 14

Honda ADV 350 2022 mendarat di Thailand, 2 varian, harga bermula RM 22.8k! 15

Seperti kebiasaan, Honda ADV 350 berkemungkinan besar tidak akan memasuki pasaran Malaysia berikutan pengkelasan lesen memandu (motosikal) di negara ini.

Honda ADV 350 2022 mendarat di Thailand, 2 varian, harga bermula RM 22.8k! 16

Justeru kepada yang berminat, tunggu saja satu lagi penawaran yang dijangkakan bakal hadir iaitu ADV 250 yang berkemungkinan besar akan dilancarkan di negara seberang, Indonesia.


 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda