window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda BR-V 2020 facelift – Baru lawan lama, apa yang berubah?

Mersita · Jul 17, 2020 07:00 PM

Honda BR-V 2020 facelift – Baru lawan lama, apa yang berubah? 01

Beberapa minggu lepas, Honda Malaysia telah melancarkan Honda BR-V 2020 facelift – sebulan selepas tempahan dibuka.

Luaran – Sedikit naiktaraf penggayaan untuk menyegarkan rupa BR-V

Honda BR-V 2020 facelift – Baru lawan lama, apa yang berubah? 02

Honda BR-V 2020 yang dinaiktaraf diberi gril hadapan yang digayakan semula dengan 2 bilah melintang yang lebih kecil; menggantikan hanya satu bilah melintang pada model pra-facelift.

Honda BR-V 2020 facelift – Baru lawan lama, apa yang berubah? 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selain daripada itu, ia juga diberi bampar hadapan baru dengan salur udara bawah yang direka-semula serta lampu kabus keliling hadapan.

Honda BR-V 2020 facelift – Baru lawan lama, apa yang berubah? 01

Di bahagian sisinya pula, facelift BR-V diberi rim aloi 16 inci yang baru.

Honda BR-V 2020 facelift – Baru lawan lama, apa yang berubah? 02

Bampar belakang baharu dengan reflektor belakang menegak dan antena sirip-jerung baru memberikan nafas baru pada bahagian luaran BR-V facelift baharu ini.

Ia juga diberi warna baru – Marine Purple Pearl; pertama bagi Honda Malaysia.

Dalaman – Pembaharuan pada ‘resipi’ yang sudah sempurna

Honda BR-V 2020 facelift – Baru lawan lama, apa yang berubah? 03

Bahagian dalaman Honda BR-V adalah antara yang terbaik dalam segmen ini kerana ia merangkumi falsafah Honda - “Man Maximum, Machine Minimum”.

Honda BR-V 2020 facelift – Baru lawan lama, apa yang berubah? 04

Oleh itu, bahagian dalaman BR-V yang dinaiktaraf ini kekal serupa dengan model pra-facelift, dengan perubahan hanyalah pada jahitan merah baru dan tambahan dua ‘tweeter speaker’ – melengkapkan sejumlah 6 speaker di dalam kereta ini.

Honda BR-V yang dinaiktaraf ini juga diberi ‘paddle shifters’ baru yang dipasang pada stereng, manakala batang gear tidak lagi ada mod 'L'.

Yang penting, BR-V facelift baharu ini akhirnya dipadatkan dengan penapis kabin – sesuatu yang agak penting dan tidak ada pada model pra-facelift.

Keselamatan – Baik, tapi pesaing dan semakin mendahului

Honda BR-V 2020 facelift – Baru lawan lama, apa yang berubah? 05

Seperti sebelum ini, Honda BR-V yang dinaiktaraf menawarkan dua beg udara dan kawalan penstabilan pada semua varian.

Walaupun konfigurasi ini cukup elok apabila BR-V dilancarkan pada tahun 2017, pesaing seperti Perodua Aruz / Toyota Rush sudah menyainginya sedikit dengan menawarkan 6 beg udara dan kelengkapan ADAS.

Tren Kuasa – Masih lagi yang terbaik dalam segmen

Honda BR-V 2020 facelift – Baru lawan lama, apa yang berubah? 06

Memandangkan ia model facelift, tren kuasa Honda BR-V yang dinaiktaraf kekal sama. Enjin petrol 1.5 liter dengan 4 silinder yang menjana 120 PS pada 6,600 rpm dan 145 Nm pada 4,600 rpm dibawa masuk. Tambahan lagi, transmisi automatik jenis CVT juga dibawa masuk dari model sebelumnya.

Honda BR-V 2020 facelift – Baru lawan lama, apa yang berubah? 07

Dengan 120 PS dan 145 Nm, janaan kuasa BR-V mendahului segmen ini. Pesaing seperti Toyota Rush / Perodua Aruz mampu menjana 105 PS dan 136 Nm, lebih kurang daripada Honda.

Harga – Naik secara keseluruhan

Honda BR-V 2020 facelift – Baru lawan lama, apa yang berubah? 08

Berbanding model pra-facelift, harga Honda BR-V facelift telah naik sedikit. Honda BR-V 1.5 E kini mempunyai harga permulaan sebanyak RM 89,900 (naik RM 8,911), manakala varian 1.5 V diberi harga bermula dari RM 96,900 (naik RM 9,199).

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda BR-V Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda