window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda BR-V 2022 generasi baru - 900 unit telah ditempah sebelum harga diumumkan!

Haris · Oct 8, 2021 01:00 PM

Honda BR-V 2022 generasi baru - 900 unit telah ditempah sebelum harga diumumkan! 01

Penangan lambang H nampaknya bukan sahaja ada di Malaysia, malah Indonesia kini dilihat mengikut trend yang sama. Terbaru, Honda BR-V generasi baru 2022 yang baru sahaja dilancarkan tanpa harga (hanya harga asas diumumkan) telah menerima 900 unit tempahan di negara Sang Saka Merah Putih.

Yusak Billy, Pengarah Urusan Jualan di PT Honda Prospect Motor Indonesia, telah mengesahkan jumlah tersebut ketika sidang media virtual untuk Brio Virtual Drift Challenge 2.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda BR-V 2022 generasi baru - 900 unit telah ditempah sebelum harga diumumkan! 01

Tangkap layar daripada Honda Bandung Center

“Sambutan masyarakat terhadap All New Honda BR-V cukup menggembirakan. Walaupun kami belum dapat mengumumkan harga rasminya, namun masih ramai masyarakat yang tampil menempah model ini,

“Lebih daripada 50% daripada pesanan adalah untuk varian tertinggi,” ujar Yusak.

Baca: Honda BR-V generasi baru 2022 didedahkan - 1.5 liter i-VTEC, harga dari RM 73k!

Honda BR-V 2022 generasi baru - 900 unit telah ditempah sebelum harga diumumkan! 02

Tangkap layar dari Hondaisme

Model Honda BR-V generasi baru varian tertinggi dijangka akan dilengkapi dengan ciri keselamatan terbaru dari Honda seperti Honda Sensing dan Honda Lane Watch. Pakej Honda Sensing yang bakal diterima meliputi Adaptive Cruise Control, Rear Departure Monitor dan Lane Keep Assist System. 

Honda BR-V 2022 generasi baru - 900 unit telah ditempah sebelum harga diumumkan! 03

Selain itu, Honda BR-V turut dilengkapi dengan teknologi terkini seperti Engine Remote Start dan Walk Away Auto Lock. Skrin infotainment tengah juga dilengkapi dengan Android Auto dan Apple CarPlay. Tempat duduk ketiga juga mempunyai palam kuasa untuk tujuan pengecasan.

Honda BR-V 2022 generasi baru - 900 unit telah ditempah sebelum harga diumumkan! 04

Tangkap layar dari Hondaisme

Kuasa dibawakan oleh enjin 4-silinder 1.5 liter DOHC i-VTEC (121 PS, 145 Nm) yang dipadankan dengan transmisi automatik CVT dan manual 5-kelajuan.

Harga rasmi bagi Honda BR-V masih belum diumumkan tetapi PT Astra Honda hanya mengumumkan harga permulaan iaitu IDR 250 juta (RM 73,625). Harga rasmi penuh akan diumumkan sebelum akhir tahun 2021.

Baca: Gambar: Honda BR-V 2022 generasi baru, lebih 'hensem' daripada Avanza dan Aruz?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda BR-V Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda