window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda BR-V bukan SUV marhaen terbaru, tetapi hampir 4,000 rakyat Malaysia beli pada tahun lepas, kenapa?

Zamil Syaheer ยท Mar 6, 2022 10:00 AM

Honda BR-V bukan SUV marhaen terbaru, tetapi hampir 4,000 rakyat Malaysia beli pada tahun lepas, kenapa? 01

Kalau ikut logik, memang yang lebih baru adalah baik, bermakna para pembeli tidak akan membeli model lama di pasaran apabila mengetahui yang baru bakal tiba. Pada kebiasaannya ini memang benar, tetapi memang wujud golongan yang pragmatik atau lebih sukakan yang lama, dek kerana skeptikal terhadap produk yang lebih baru.

Honda BR-V bukan SUV marhaen terbaru, tetapi hampir 4,000 rakyat Malaysia beli pada tahun lepas, kenapa? 02

Golongan yang kami sebutkan ini merujuk kepada pembeli Honda BR-V terkini yang telah berada di pasaran sejak 2017 dan tidak banyak berubah sepanjang penjualan model ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walaupun model serba baru telah pun diumumkan untuk Indonesia, SUV 7-tempat duduk yang sudah berusia tetapi mesra bajet itu masih mencatatkan jualan yang lumayan, walaupun tidak sebanyak dulu.

Honda BR-V bukan SUV marhaen terbaru, tetapi hampir 4,000 rakyat Malaysia beli pada tahun lepas, kenapa? 01

BR-V tidak lagi menjadi raja pasaran 7-tempat duduk segmen B seperti dulu setelah Mitsubishi Xpander tiba. Tetapi, anda akan terkejut apabila mengetahui bahawa BR-V yang semakin berusia kekal laku, dengan hampir kepada 4,000 unit terjual tahun lepas walaupun dengan PKP.

Baca juga: Rebiu: Mitsubishi Xpander 2020 - enjin cukup berkuasa, suspensi mantap, kereta keluarga terbaik?

Honda BR-V bukan SUV marhaen terbaru, tetapi hampir 4,000 rakyat Malaysia beli pada tahun lepas, kenapa? 02

Apakah jenis penguna yang ingin membeli BR-V yang sudah berusia dan bukannya Mitsubishi Xpander yang lebih baru, atau lebih baik lagi, mengapa tidak menunggu Honda BR-V 2022 serba baru?

Jawapannya – Jenis yang tidak boleh menerima transmisi automatik 4-kelajuan Xpander dan output 105 PS, dan memerlukan kereta 7-tempat duduk dengan segera.

BR-V masih menawarkan gabungan trenkuasa terbaik dalam kelasnya – 120 PS dan CVT yang cekap bahan api, dengan transmisi CVT yang lancar.

Honda BR-V bukan SUV marhaen terbaru, tetapi hampir 4,000 rakyat Malaysia beli pada tahun lepas, kenapa? 03

Kami yakin tiada siapa yang membeli kereta 7-tempat duduk dan bertanya tentang berapa laju pecutan dari 0-100 km/j, tetapi jika anda akan memuatkan kereta dengan 7 orang dewasa, kuasa adalah penting. Ia tidak perlu mempunyai kuasa pecutan ibarat sebuah sportscar, tetapi secukup rasa bagi segmen ini.

Jika anda perlu tahu, Honda BR-V memecut dari 0-100 km/j dalam masa lebih 12 saat sahaja, 3 saat lebih pantas daripada Mitsubishi Xpander (15.0 saat) dan Perodua Aruz (15.7 saat), seperti yang diuji oleh alat pengukur Racelogic.

Honda BR-V bukan SUV marhaen terbaru, tetapi hampir 4,000 rakyat Malaysia beli pada tahun lepas, kenapa? 04

Jarak kelegaan tanah 200 mm BR-V yang ideal membolehkannya mendaki kerb dengan mudah dan menawarkan tahap rintangan tambahan terhadap banjir kilat di kawasan bandar (bergantung kepada situasi juga, ia adalah kereta, bukan bot), tetapi pada masa yang sama, tidak terlalu tinggi sehingga menyukarkan akses masuk/keluar.

Selain itu, jangan memandang rendah tarikan jenama Honda dan sokongan selepas jualannya yang luas (135 pusat servis), yang seterusnya membantu nilai jualan semulanya.

Honda BR-V bukan SUV marhaen terbaru, tetapi hampir 4,000 rakyat Malaysia beli pada tahun lepas, kenapa? 05

Model pra-facelift ditunjukkan, menunjukkan pelepasan tanah 200 mm-nya

Honda BR-V terpakai berusia 5 tahun masih boleh dijual antara RM 50k hingga RM 60k, memang mantu untuk kereta yang berharga antara RM 86k hingga RM 93k ketika baru.

Baca juga: Honda BR-V terpakai - kini bawah RM 60k, dah tak perlu beli Alza tapi kos nak jaga bagaimana?

Ruang dan keselesaan juga tidak kekurangan. Ketika ia baru dilancarkan, Honda BR-V ternyata lebih selesa berbanding sedan segmen B yang dijual ketika itu.

Honda BR-V bukan SUV marhaen terbaru, tetapi hampir 4,000 rakyat Malaysia beli pada tahun lepas, kenapa? 06

Bagaimana? Atsushi Arisaka, Ketua Projek Besar untuk Honda BR-V menjelaskan bahawa jarak roda BR-V yang lebih panjang dan lebar meningkatkan pematuhan yang lebih tinggi terhadap keadaan jalan yang lebih teruk. Talaan suspensi telah diolah untuk keadaan jalan raya di Malaysia.

Honda BR-V bukan SUV marhaen terbaru, tetapi hampir 4,000 rakyat Malaysia beli pada tahun lepas, kenapa? 07

Senang cerita, BR-V tidak terlalu teruk dalam aspek keselesaan dan pengendalian pemanduan.

Cuma anda perlu ingat bahawa ia adalah sebuah SUV bajet. Ini bermakna terdapat banyak penggunaan plastik keras, tetapi ia juga sangat tahan lasak, baik dari tangan nakal anak-anak anda mahupun cahaya matahari.

Honda BR-V bukan SUV marhaen terbaru, tetapi hampir 4,000 rakyat Malaysia beli pada tahun lepas, kenapa? 08

Ruang yang luas adalah kelebihan BR-V, walaupun di baris ketiga. Anda boleh duduk di belakang untuk perjalanan yang mengambil masa satu atau dua jam dengan baik, melainkan anda amat tinggi lampai.

Honda BR-V bukan SUV marhaen terbaru, tetapi hampir 4,000 rakyat Malaysia beli pada tahun lepas, kenapa? 09

Tempat duduk barisan tengah boleh dilaras

Dengan tempat duduk baris ketiga di bawah, BR-V menawarkan ruang sebanyak 539 liter – lebih banyak daripada sedan paling luas berharga di bawah RM 100,000.

Honda BR-V bukan SUV marhaen terbaru, tetapi hampir 4,000 rakyat Malaysia beli pada tahun lepas, kenapa? 10

Apa yang membuatkan BR-V istimewa ialah tempat duduk barisan tengah dan belakang boleh dilipat dengan rata, membolehkan anda ‘menyumbat’ pelbagai jenis barang di dalam berbanding kebanyakan SUV tempat duduk dua baris yang lebih mahal.

BR-V facelift mendapat ciri tambahan seperti sistem infotainmen skrin sentuh 7-inci yang dinaik taraf dengan 6 pembesar suara, stereng teleskopik (jarang untuk segmen ini), penyaman udara automatik dan butang tekan mula enjin.

Baca juga: Review Pemilik: Honda BR-V 1.5 V 2017 saya – Kereta keluarga yang ringkas, sesuai untuk e-hailing

Honda BR-V bukan SUV marhaen terbaru, tetapi hampir 4,000 rakyat Malaysia beli pada tahun lepas, kenapa? 11

Semestinya Honda BR-V generasi kedua yang akan datang adalah jauh lebih baik dalam segala aspek, tetapi lama lagi nak sampai (hanya pada akhir 2022, jika tidak awal 2023).

Bagi mereka yang tak boleh tunggu, BR-V generasi semasa memang baloi untuk dibeli.

Semakan dengan pengedar Honda juga mendedahkan bahawa masih terdapat beberapa unit Honda BR-V tahun pembuatan 2021, dan kini ditawarkan dengan diskaun RM 7k.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda BR-V Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda