window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda BR-V generasi baru 2022 didedahkan - 1.5 liter i-VTEC, harga dari RM 73k!

Haris ยท Sep 21, 2021 05:00 PM

Honda BR-V generasi baru 2022 didedahkan - 1.5 liter i-VTEC, harga dari RM 73k! 01

PT Honda Prospect Motor telah mengumumkan pelancaran Honda BR-V generasi baru 2022 secara rasminya di Indonesia. Kini tampil lebih mirip seperti sebuah SUV sebenar, Honda BR-V generasi baru 2022 merupakan produk yang dibangunkan khusus untuk negara membangun seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Honda BR-V generasi baru 2022 didedahkan - 1.5 liter i-VTEC, harga dari RM 73k! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pilihan enjin Honda BR-V generasi kedua ini adalah enjin 4-silinder 1.5 liter DOHC i-VTEC (121 PS, 145 Nm) yang dipadankan dengan transmisi automatik CVT dan manual 5-kelajuan. Enjin ini dikongsikan bersama dengan model Honda City dan Honda City Hatchback bagi memudahkan perkongsian komponen antara model.

Honda BR-V generasi baru 2022 didedahkan - 1.5 liter i-VTEC, harga dari RM 73k! 01

Walaupun nampak lebih ‘SUV’ berbanding model terdahulu, jarak kelegaan tanah sebenarnya dikekalkan pada 220 mm. Rekaan Honda BR-V generasi baharu ini juga mirip Honda Odyssey dengan gril bertingkat untuk fascia depan. Lampu siang LED juga kelihatan cantik, selari dengan bingkai gril manakala perumah lampu kabus yang lebih besar digunakan.

Baca: Pengganti Honda Odyssey akan dilancarkan di Jepun pada tahun 2022, tak jadi dihentikan?

Honda BR-V generasi baru 2022 didedahkan - 1.5 liter i-VTEC, harga dari RM 73k! 02

Pada bahagian sisi, Honda BR-V tampil berbeza dengan garis badan yang lebih selari berbanding sebelumnya. Tidak praktikal kenderaan 7 penumpang tanpa rel bumbung, justeru ciri penting ini masih lagi dikekalkan pada model generasi baharu.

Honda BR-V generasi baru 2022 didedahkan - 1.5 liter i-VTEC, harga dari RM 73k! 03

Seiring dengan arus pemodenan, Honda BR-V dilengkapi dengan teknologi seperti Engine Remote Start dan Walk Away Auto Lock. Skrin infotainment tengah juga dilengkapi dengan Android Auto dan Apple CarPlay. Tempat duduk ketiga juga mempunyai palam kuasa untuk tujuan pengecasan.

 

Honda BR-V generasi baru 2022 didedahkan - 1.5 liter i-VTEC, harga dari RM 73k! 04

Kluster meter (atas). Brek autonomi didedahkan? (bawah)

 

Dari segi keselamatan, Honda BR-V generasi kedua 2022 menerima ciri terbaru dari Honda seperti Honda Sensing dan Honda Lane Watch. Pakej Honda Sensing yang diterima meliputi Adaptive Cruise Control, Rear Departure Monitor dan Lane Keep Assist System. Untuk ciri keselamatan standard, sebanyak 6 beg udara ditawarkan secara standard di samping, VSC, ABS dan EBD.

Honda BR-V generasi baru 2022 didedahkan - 1.5 liter i-VTEC, harga dari RM 73k! 05

Harga rasmi bagi Honda BR-V masih belum diumumkan tetapi PT Astra Honda mengumumkan bahawa ia bermula dari IDR 250 juta (RM 73,625). Harga rasmi penuh akan diumumkan sebelum akhir tahun 2021.

Akhir sekali, Honda BR-V generasi baharu ini akan dieksport ke 30 buah negara di seluruh dunia. Model ini dilaporkan hanya akan dibuat di Indonesia, India dan Malaysia. Malaysia akan membawa unit CKD (Complete Knocked Down) dari Indonesia.

Baca: Honda BR-V generasi baru - pelancaran Malaysia seawal tahun 2022?

Honda BR-V generasi baru 2022 didedahkan - 1.5 liter i-VTEC, harga dari RM 73k! 06

 

Generasi Honda BR-V sekarang sudah berada di fasa akhir dalam kitaran hayat model. Kami menjangkakan Honda BR-V generasi baru ini akan dilancarkan di Malaysia pada akhir tahun 2022 atau awal 2023, mengambil kira tempoh 12 hingga 18 bulan untuk pemasangan tempatan (CKD) dan penyetempatan sumber komponen.

Honda BR-V generasi baru 2022 didedahkan - 1.5 liter i-VTEC, harga dari RM 73k! 07

Walau bagaimanapun, sekatan perjalanan yang berkaitan dengan Covid-19 yang tiak menentu akan melambatkan keadaan. Ketika ini, Honda Malaysia terpaksa menolak beberapa pelancaran kereta, termasuk Honda City Hatchback dan Honda Civic generasi baru.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda BR-V Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda