window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda BR-V generasi kedua / Honda WR-V bakal menjadi produk kilang Honda di Indonesia?

Haris ยท Mar 19, 2021 11:00 AM

Honda BR-V generasi kedua / Honda WR-V bakal menjadi produk kilang Honda di Indonesia? 01

Berikutan laporan Wapcar.my berkenaan pemindahan kilang pemasangan Honda di India ke Indonesia, Honda turut mengesahkan bahawa akan membangunkan model baharu dari kilang tersebut sebagai model pasaran serantau. Pasaran serantau tersebut membabitkan 31 buah negara termasuklah Malaysia.

Honda BR-V generasi kedua / Honda WR-V bakal menjadi produk kilang Honda di Indonesia? 02

Beberapa sumber media turut melaporkan bahawa model kenderaan elektrik yang bakal dibangunkan berikutan kedudukan Indonesia yang menerima pelaburan asing dalam sektor tersebut.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Namun, khabar angin yang lebih kuat menunjukkan ke arah 2 model terkenal iaitu Honda WR-V dan Honda BR-V generasi kedua yang akan dibangunkan. Oleh itu, di sini Wapcar.my akan mengupas mengenai calon tersebut!

Calon #1: Honda BR-V generasi kedua

Honda BR-V generasi kedua / Honda WR-V bakal menjadi produk kilang Honda di Indonesia? 01

Honda BR-V pertama kali dilancarkan di Malaysia pada tahun 2017 dengan model facelift ditawarkan pada tahun 2020.

MPV 7 penumpang ini memang terkenal di rantau ASEAN yang masih mengutamakan kenderaan 7 penumpang. Selain itu, ia tampil sebagai MPV segmen B paling berkuasa dalam kelasnya.  

Honda BR-V generasi kedua / Honda WR-V bakal menjadi produk kilang Honda di Indonesia? 02

Pesaing lain yang hadir selepas MPV ini seperti Perodua Aruz dan Mitsubishi Xpander pantas memintas Honda BR-V dengan tawaran ruang yang lebih luas dan harga yang lebih menarik. Namun, Honda tetap mempunyai kelebihan pada aspek kekuatan enjin.

Honda BR-V generasi kedua / Honda WR-V bakal menjadi produk kilang Honda di Indonesia? 03

Ia juga menawarkan kendalian pemanduan yang lebih mirip kereta biasa berbanding MPV lain yang cenderung berbuai ketika dipandu. Kesemua kelebihan Honda BR-V masih berdaya saing dan mampu mengekalkan MPV ini dalam pasaran.

Honda BR-V generasi kedua / Honda WR-V bakal menjadi produk kilang Honda di Indonesia? 04

Oleh itu, Honda BR-V generasi kedua mungkin sudah ada dalam perancangan Honda. Tahukah anda, Honda BR-V adalah model hasil daripada kerjasama Honda R&D Asia Pacific Co., Ltd., di Thailand dengan P.T. Honda R&D Indonesia?

Honda BR-V berkongsi platform dengan Honda Mobilio, di mana platform tersebut adalah platform Honda Brio (hatchback segmen A) yang dipanjangkan.

Honda BR-V generasi kedua / Honda WR-V bakal menjadi produk kilang Honda di Indonesia? 05

Calon pertama ini adalah calon paling kuat untuk menjadi produk kilang Honda Indonesia. Sebagai sebuah negara MPV, tidak hairan jika Honda memilih Honda BR-V generasi kedua sebagai produk pertama mereka.

Calon #2: Honda WR-V generasi kedua

Honda BR-V generasi kedua / Honda WR-V bakal menjadi produk kilang Honda di Indonesia? 06

Honda WR-V adalah sebuah SUV kompak yang hanya dipasarkan di pasaran India dan Brazil. Model SUV kompak ini nampak seperti sebuah Honda Jazz dengan steroid.

Ketiadaan Honda dalam pasaran SUV kompak di ASEAN agak merugikan. Toyota dan Daihatsu sama-sama membangunkan Raize-Rocky manakala Nissan tampil dengan Nissan Kicks.

Honda BR-V generasi kedua / Honda WR-V bakal menjadi produk kilang Honda di Indonesia? 07

Honda memang ada perancangan untuk memasuki pasaran SUV kompak ini dengan Honda WR-V. Di samping itu, Honda WR-V juga mempunyai konfigurasi tempat duduk ULTRA Seat yang ada pada Honda Jazz.

Jangkakan rekaan Honda WR-V generasi baharu kelak lebih menyerupai rekaan sebuah SUV, berlainan dengan rekaan yang dipaparkan ini.

Kesimpulan

Honda BR-V generasi kedua / Honda WR-V bakal menjadi produk kilang Honda di Indonesia? 08

Di antara kedua-dua model, Honda BR-V sebenarnya nampak paling berpotensi untuk dibangunkan di kilang Indonesia. Apatah lagi pasaran MPV adalah asam garam bagi pengeluar di Indonesia dan terbukti laris di pasaran negara kejiranan.

Honda BR-V generasi kedua / Honda WR-V bakal menjadi produk kilang Honda di Indonesia? 09

Namun, melihatkan Honda tidak mengambil peluang dalam pasaran baharu SUV kompak juga terasa kekok. Honda WR-V ada peluang yang besar untuk berjaya apabila melihat kepada demografik peminat jenama Honda. Apa pula pendapat anda?

Bacaan lanjut:

Honda pindah kilang India ke Indonesia, petanda Honda WR-V bakal menyusul ke ASEAN?

Honda WR-V 2022 serba baru ada potensi cantas Perodua D55L?

Honda akan hadir dengan SUV kompak untuk saingi Perodua D55L?

Honda BR-V 2020 facelift: Apa yang berubah?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda BR-V Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda