window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda BR-V terpakai - kini bawah RM 60k, dah tak perlu beli Alza tapi kos nak jaga bagaimana?

Faisal · Mar 5, 2022 10:00 AM

Honda BR-V terpakai - kini bawah RM 60k, dah tak perlu beli Alza tapi kos nak jaga bagaimana? 01

  • Antara kereta 7 tempat duduk termurah yang anda boleh beli
  • Enjin i-VTEC dan transmisi CVT
  • Harga nak jaga lebih kurang sama dengan Honda City

Honda BR-V merupakan antara kereta 7 tempat duduk paling kena dengan jiwa rakyat Malaysia tetapi kalau anda nak tahu, ramai yang masih keliru dengan bentuknya. MPV atau SUV?

Honda BR-V terpakai - kini bawah RM 60k, dah tak perlu beli Alza tapi kos nak jaga bagaimana? 02

Apapun, kereta keluarga ini tiba di pasaran Malaysia pada tahun 2017 dan menariknya, ia dibangunkan oleh R&D Honda Asia Pacific (HRAP). Jadi, Honda BR-V sebenarnya betul-betul dihasilkan untuk menepati penggunaan pelanggan di rantau ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sekarang ini, unit terawal Honda BR-V sudah mencecah usia 5 tahun dan ia kini berharga sekitar RM 50k – RM 60k sahaja. Kiranya, harga Honda BR-V sekarang sudah lebih kurang Perodua Alza sahaja.

Dengan produksi Alza yang akan dihentikan tidak lama lagi, adakah patut anda pilih BR-V terpakai? Mari kita lihat dengan lebih mendalam.

Berapa harga Honda BR-V ketika baru?

Honda BR-V terpakai - kini bawah RM 60k, dah tak perlu beli Alza tapi kos nak jaga bagaimana? 01

Kalau anda pergi ke bilik pameran Honda, harga gred E dan V ditawarkan seperti berikut:

  • BR-V 1.5 E: RM 85,800
  • BR-V 1.5 V: RM 92,800

Honda BR-V dikuasakan oleh enjin 1.5L SOHC i-VTEC yang menghembuskan 120 PS dan 145 Nm tork dan ia adalah enjin yang sama digunakan pada model City dan Jazz sebelum ini. Kuasa dihantar ke roda depan melalui transmisi CVT ‘Earth Dreams’.

Honda BR-V terpakai - kini bawah RM 60k, dah tak perlu beli Alza tapi kos nak jaga bagaimana? 02

Secara teknikal, BR-V juga menggunakan platform / komponen dari Honda Jazz dan Brio. Brek depannya datang dengan jenis cakera. Brek belakangnya pula menggunakan drum.

Kesemua varian tampil dengan roda 16 inci (saiz 195/60 R16).

Honda BR-V terpakai - kini bawah RM 60k, dah tak perlu beli Alza tapi kos nak jaga bagaimana? 03

Dari segi keselamatan, BR-V dilengkapkan dengan 2 beg udara dan kawalan kestabilan.

Kemudian pada Jun 2020, model facelift beransur ke pasaran Malaysia.

Honda BR-V terpakai - kini bawah RM 60k, dah tak perlu beli Alza tapi kos nak jaga bagaimana? 04

BR-V facelift menampilkan eksterior yang lebih moden dan rim dwi-tona baru. Dari segi kelengkapan, varian E diperbaharui dengan ciri:

  • Larasan roda stereng jenis atas bawah dan teleskopik
  • Penyaman udara automatik
  • Penapis kabin
  • 6 pembesar suara
  • Butang Start/Stop

Honda BR-V terpakai - kini bawah RM 60k, dah tak perlu beli Alza tapi kos nak jaga bagaimana? 05

Varian V pula menerima infotainment 7 inci (meningkat daripada 6.1 inci), lampu automatik, paddle shifter, dan tempat duduk kulit dengan sentuhan warna merah (termasuk tombol gear dengan jahitan merah).

Secara amnya, model facelift menyaksikan peningkatan harga yang mana ia ditawarkan seperti berikut:

  • BR-V 1.5 E: RM 89,900
  • BR-V 1.5 V: RM 96,900

Juga bacaKebaikan & Keburukan: Honda BR-V, lebih baik dari Mitsubishi Xpander?

Pesaing

Honda BR-V terpakai - kini bawah RM 60k, dah tak perlu beli Alza tapi kos nak jaga bagaimana? 06

Antara pesaing tegar Honda BR-V ialah Toyota Avanza dan Nissan Grand Livina.

Walaupun Avanza dan Livina lebih murah, BR-V tetap lebih moden dan ia juga lebih sedap untuk dipandu.

Varian mana yang patut anda beli?

Honda BR-V terpakai - kini bawah RM 60k, dah tak perlu beli Alza tapi kos nak jaga bagaimana? 07

Alang-alang harga terpakai buat varian 1.5E dan 1.5V tidak jauh beza, baik anda terus ke varian V kerana ia datang sekali dengan lampu kabus, kawalan audio pada bahagian stereng, kamera undur dan keyless entry.

Honda BR-V terpakai - kini bawah RM 60k, dah tak perlu beli Alza tapi kos nak jaga bagaimana? 08

Antara kos penjagaan asas buat Honda BR-V adalah seperti di bawah:

Kos penjagaan asas buat Honda BR-V
Varian BRV 1.5 E / 1.5 V
Cukai jalan (RM) 90
Saiz tayar 195/60 R16
Tayar/biji (RM) 180
Bateri (38B20L) 220

Harga pasaran Honda BR-V

Untuk model sebelum facelift, iaitu unit tahun 2017 – 2019, varian 1.5E kini berharga sekitar RM 50k – RM 56k.

Honda BR-V terpakai - kini bawah RM 60k, dah tak perlu beli Alza tapi kos nak jaga bagaimana? 09

Varian 1.5V pula dalam lingkungan RM 55k – RM 61k.

Honda BR-V terpakai - kini bawah RM 60k, dah tak perlu beli Alza tapi kos nak jaga bagaimana? 10

Seperti biasa, cuba dapatkan rekod servis yang penuh supaya anda lebih yakin dan tahu apa yang telah diganti dan apa yang perlu diganti nanti.

Buat masa sekarang, Honda BR-V dalam Carsome Certified ada 18 unit.

Honda BR-V terpakai - kini bawah RM 60k, dah tak perlu beli Alza tapi kos nak jaga bagaimana? 11

Melalui Carsome Certified, setiap pembelian dijamin dengan ‘Carsome Promise’ yang merangkumi 175-titik pemeriksaan dan pembaikpulih secara profesional, semuanya pada satu harga.

Lagi satu, tawaran yang mereka beri juga merangkumi jaminan pulangan wang 5 hari dan waranti selama 1 tahun.

Honda BR-V ada masalah tak?

Honda BR-V terpakai - kini bawah RM 60k, dah tak perlu beli Alza tapi kos nak jaga bagaimana? 12

Secara teknikal, kos menyelenggara Honda BR-V adalah seperti di bawah:

Kos penyelenggaraan asas buat Honda BR-V
Penyelenggaraan / Selang  Item Kos (RM)
Penggantian minyak enjin / 10k km Minyak enjin, penapis dan pembasuh drain plug 150
Penapis udara / 20k km Penapis udara enjin 100 
Penapis kabin / 20k km Penapis habuk dan zarah 200
Penapis minyak / 110k km Penapis minyak dan pengekal 550
Servis brek / 60k km Minyak brek 50
Servis transmisi / 60k km Minyak ATF dan penapis 150
Ganti coolant / 100k km Coolant enjin 140
Spark plug / 100k km Spark plug iridium 380

Honda BR-V terpakai - kini bawah RM 60k, dah tak perlu beli Alza tapi kos nak jaga bagaimana? 13

Untuk makluman anda, kos ini lebih kurang sama sahaja dengan Honda Jazz dan City kecuali bab penapis minyak. Ia sedikit mahal iaitu pada RM 550, berbanding RM 350 yang tertera pada panduan servis City dan Jazz. Menariknya, penapis minyak Honda Civic generasi FB lagi murah daripada BR-V.

Juga bacaPanduan: Honda Civic FB serendah RM 65k, ini kebaikan memilih model Civic yang kurang perhatian!

Honda BR-V terpakai - kini bawah RM 60k, dah tak perlu beli Alza tapi kos nak jaga bagaimana? 14

Tetapi dari segi masalah, tiada apa sangat yang anda perlu risaukan.

Honda BR-V terpakai - kini bawah RM 60k, dah tak perlu beli Alza tapi kos nak jaga bagaimana? 15

Setakat ini, kalau ada pun ialah isu pemasangan lampu depan dan panel badan (penebat bunyi) yang mana ia mengakibatkan bunyi angin.

Selain itu, model sebelum facelift tidak dilengkapkan dengan penapis kabin. Jadi, bau yang tidak menyenangkan akan masuk ke dalam kabin. Untuk memasangnya, pemilik dikenakan cas sebanyak RM 200.

Honda BR-V terpakai - kini bawah RM 60k, dah tak perlu beli Alza tapi kos nak jaga bagaimana? 16

Satu lagi, ramai pemilik merungut bahawa penyaman udara di baris kedua tidak sekuat yang di hadapan. Jadi, cuba periksa isu ini dan kalau betul berbeza, lakukan pemeriksaan condenser di belakang.

Honda BR-V terpakai - kini bawah RM 60k, dah tak perlu beli Alza tapi kos nak jaga bagaimana? 17

Antara isu umum yang ada pada BR-V juga termasuklah:

Isu umum pada Honda BR-V
Alat Simptom Kos
(RM)
Altenator belt tensioner  Bunyi belt 350 (OEM)
Fan belt tensioner Bunyi belt 500 (OEM)
Lower arm depan 

Rasa gegar / kejut

900 (kit lengkap)
Driveshaft Knocking ketuk / gegar 750 (OEM - kiri & kanan)
Engine bocor Gasket valve cover gasket / Gasket penapis transmisi 300 / 150

Mengenai sedikit kebocoran minyak pada bahagian valve cover dan gasket penapis transmisi, ia sebenarnya jarang berlaku pada enjin Honda L15Z.

Tetapi dalam kebanyakan kes, ia berpunca daripada penggunaan minyak enjin yang kurang berkualiti ataupun minyak enjin itu sendiri tidak ditukar mengikut jadual.

Konklusi

Honda BR-V terpakai - kini bawah RM 60k, dah tak perlu beli Alza tapi kos nak jaga bagaimana? 18

Honda BR-V adalah antara kereta 7 penumpak kompak paling praktikal yang anda boleh beli. Kos pembelaan dan penyelenggaraannya juga tidaklah tinggi mana.

Lagi satu, disebabkan ramai yang pakai, nilai jualan semulanya kekal tinggi dan pasti mudah untuk anda menjualnya kelak kerana permintaannya sentiasa ada.

Honda BR-V terpakai - kini bawah RM 60k, dah tak perlu beli Alza tapi kos nak jaga bagaimana? 19

Untuk pengalaman yang lebih menenangkan, hantar sahaja Honda BR-V anda ke GoCar Garage. Ia dioperasikan oleh kumpulan Tan Chong dan berasas di Petaling Jaya. Secara amnya, GoCar Garage menwarkan pengalaman servis tahap pengeluar tetapi ia terbuka untuk semua jenama dan model.

  • 2018 Honda BR-V V 1.5

    RM 70,000
    RM 767
    /bulan

    48,903 km

    5.5 years

    Kuala Lumpur

  • 2021 Honda BR-V V 1.5

    RM 85,000
    RM 892
    /bulan

    1,162 km

    2.5 years

    Kuala Lumpur

  • 2017 Honda BR-V V 1.5

    RM 68,900
    RM 755
    /bulan

    38,790 km

    7 years

    Petaling Jaya

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda BR-V Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda