window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda BR-V yang lebih pendek, muat 5 penumpang akan dilancarkan?

Haris · Oct 11, 2021 11:59 AM

Honda BR-V yang lebih pendek, muat 5 penumpang akan dilancarkan? 01

Dengan penampilan SUV kompak 5 penumpang yang popular seperti Toyota Raize, Daihatsu Rocky, Kia Sonet dan Nissan Magnite, Honda nampaknya tidak mahu ketinggalan. Terbaru, Honda dilaporkan akan membangunkan sebuah SUV kompak tahap pengenalan untuk menyaingi pesaing-pesaing yang disebutkan tadi.

Menurut sumber Oto Driver, Honda kini sedang membangunkan sebuah SUV 5 penumpang berdasarkan Honda BR-V. Atau dalam kata lain, Honda BR-V dengan ‘ekor yang lebih pendek’.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda BR-V yang lebih pendek, muat 5 penumpang akan dilancarkan? 01

SUV misteri dari Honda

"Sekitar separuh kedua tahun 2022, Honda akan memperkenalkan kenderaan dengan kriteria seperti itu. Dan kemungkinan besar, ia akan menggunakan platform yang sama dengan Honda BR-V generasi baru," ujar sumber yang enggan diketahui kepada Otodriver.

Baca: Honda BR-V generasi baru 2022 didedahkan - 1.5 liter i-VTEC, harga dari RM 73k!

Honda BR-V yang lebih pendek, muat 5 penumpang akan dilancarkan? 02

Honda BR-V

"Projek tersebut dinamakan sebagai NESS, menggunakan enjin yang sama dengan Honda City Hatchback dan Honda BR-V generasi kedua. Namun, ia bakal mempunyai dimensi yang lebih kompak," sambungnya. 

"Mungkin, ia akan mirip dengan Honda BR-V dengan 'ekor' yang lebih pendek. Yang jelas, ia hanya mampu menampung 5 penumpang saja," lanjutnya. 

Honda BR-V yang lebih pendek, muat 5 penumpang akan dilancarkan? 03

Honda WR-V

Apabila ditanyakan mengenai soal nama SUV baharu tersebut, sumber tersebut hanya menjawab "Mungkin pakai nama WR-V atau lain,". 

Honda WR-V adalah sebuah SUV kompak yang hanya dipasarkan di pasaran India dan Brazil. Model SUV kompak ini nampak seperti sebuah Honda Jazz yang disuntik dengan steroid.

Selain dari nama WR-V, SUV yang akan datang juga boleh menggunakan nama ZR-V yang ditanda dagang pada tahun lalu.

Baca: Honda mengacah model misteri, adakah ini WR-V atau ZR-V, pesaing Perodua Ativa?

Honda BR-V yang lebih pendek, muat 5 penumpang akan dilancarkan? 04

Honda WR-V

Honda WR-V generasi pertama menggunakan platform yang sama dengan Honda Jazz generasi GK. Dari segi dimensi, ia juga mirip Perodua Ativa.

Dimensi
Model Honda WR-V Perodua Ativa
Panjang (mm) 4,000 3,995
Lebar (mm) 1,740 1,695
Tinggi (mm) 1,600 1,620
Jarak Roda (mm) 2,500 2,525

Justeru, adalah satu langkah yang menarik apabila Honda hadir dengan sebuah model SUV yang bersaing terus dengan trio Ativa-Raize-Rocky. Malah, ia akan menjadi produk yang khusus untuk pasaran membangun, yang menyaksikan pengeluaran produk-produk seperti Honda BR-V dan Honda Mobilio oleh Honda R&D Asia Pacific.

Baca: Honda pindah kilang India ke Indonesia, petanda Honda WR-V bakal menyusul ke ASEAN?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda