window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda buka pusat 3S baharu di Kuching, terbesar di Malaysia Timur, pelaburan sehingga RM 15 juta!

Faisal · Nov 4, 2022 04:00 PM

Honda buka pusat 3S baharu di Kuching, terbesar di Malaysia Timur, pelaburan sehingga RM 15 juta! 01

Honda Malaysia baru-baru ini telah merasmikan Pusat 3S (Sales, Service, Spare Parts) baharu di Kuching yang mana ia dimiliki oleh Northmont Capital Sdn. Bhd.

Fasiliti ini terletak di Petra Jaya yang mana ia merupakan lokasi strategik buat pengguna yang menetap di persimpangan Sungai Sarawak.

Honda buka pusat 3S baharu di Kuching, terbesar di Malaysia Timur, pelaburan sehingga RM 15 juta! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Di Malaysia Timur, Honda Malaysia buat masa sekarang sudah ada 14 buah pengedar.

Menurut Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura, “Tahun ini, rantau Malaysia Timur merekodkan jualan yang sangat memberangsangkan. Untuk Januari – September 2022, mereka kiranya menyumbang 5% dalam jumlah jualan keseluruhan Honda Malaysia”.

Honda buka pusat 3S baharu di Kuching, terbesar di Malaysia Timur, pelaburan sehingga RM 15 juta! 01

Honda buka pusat 3S baharu di Kuching, terbesar di Malaysia Timur, pelaburan sehingga RM 15 juta! 02

“Dalam 5% itu, Sarawak adalah penyumbang terbesar iaitu sebanyak 3% dan Kuching pula penyumbang jualan paling banyak di rantau Malaysia Timur iaitu dengan 22%”.

Honda HR-V baharu yang dilancarkan pada Julai lepas juga mendapat sambutan yang luar biasa di Sarawak. Setakat ini, sebanyak 200 unit telah terjual. Dengan itu, saya ingin berterima kasih kepada pelanggan Honda di Malaysia Timur di atas kepercayaan dan sokongan mereka terhadap jenama Honda”.

Honda buka pusat 3S baharu di Kuching, terbesar di Malaysia Timur, pelaburan sehingga RM 15 juta! 03

Untuk makluman anda, Northmont Capital telah melabur sekitar RM 15 juta pada Pusat 3S Honda ini. Menariknya, fasiliti yang seluas 2,300 meter per segi ini adalah yang terbesar ini Kuching.

Honda buka pusat 3S baharu di Kuching, terbesar di Malaysia Timur, pelaburan sehingga RM 15 juta! 04

Secara teknikal, ia menyediakan 12 ruang servis (Service Bays), 3 ruang baiki umum (Generai Repair Bays), dan 1 ruang servis tayar (Tyre Service Bay). Setiap hari, pusat ini boleh menyelenggara kira-kira 50 buah kereta.

Honda buka pusat 3S baharu di Kuching, terbesar di Malaysia Timur, pelaburan sehingga RM 15 juta! 05

Pada bahagian tempat menunggu pula, terdapat ruang santai selesa yang lengkap dengan Wi-Fi dan bahagian kanak-kanak.

Kata Yoshimura, “Pembukaan Pusat 3S baharu di Kuching adalah tepat pada masanya kerana permintaan dari pelanggan di sana makin meningkat. Saya yakin bahawa Pusat 3S Honda yang baharu ini akan meningkatkan lagi perkhidmatan selepas jualan buat pelanggan di Kuching”.

Honda buka pusat 3S baharu di Kuching, terbesar di Malaysia Timur, pelaburan sehingga RM 15 juta! 06

Pelanggan yang ingin mengunjung atau membuat temu janji diminta melawat pusat ini di Lot 13105, Sec 65, KTLD, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub, 93050 Kuching Sarawak or layari laman rasmi Honda Malaysia untuk makluman yang lebih lanjut. Anda juga boleh terus menghubungi talian di 082-258 400, 082-258 500 atau 082-251 900.

Juga bacaPusat 3S Honda baharu dibuka di Shah Alam!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda