window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda CB 750S (Hornet) 'dalam perjalanan', imej render bikin peminat teruja!

Khairil ยท Feb 4, 2022 02:00 PM

Honda CB 750S (Hornet) 'dalam perjalanan', imej render bikin peminat teruja! 01

Sempena pameran EICMA 2021 lalu, Honda mencipta 'kekacauan' dengan mendedahkan model konsep terbaharunya yang digelar Hornet. Media di Eropah pantas menggambarkannya sebagai model 'naked streetfighter' aras tengah terbaharu jenama berkenaan.

Sekalipun apa yang didedahkan Honda hanya 'ciput' termasuk imej siluet CGI, autlet media Jepun, Autoby menjalankan kajian mereka sendiri dan menghasilkan imej render yang tampak cukup hampir dengan model produksi.

Juga baca: Honda CBR150R 2021 mendarat di Malaysia, harga asas RM 12.4k!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda CB 750S (Hornet) 'dalam perjalanan', imej render bikin peminat teruja! 01

Meskipun imej Hornet atau Honda CB 750S itu hanyalah render, reputasi Autoby dalam 'meramal' reka bentuk sesebuah model dengan hampir tepat membuatkan ramai peminat jenama itu teruja.

Berdasarkan imej render berkenaan, Honda CB 750S yang akan menggantikan posisi yang ditinggalkan Honda CB600F Hornet dan tampil dengan rekaan yang cukup mirip Honda Hornet 250 yang ketika ini dijual di pasaran India.

Honda CB 750S (Hornet) 'dalam perjalanan', imej render bikin peminat teruja! 02

Honda CB 750S ini dijangka menggunakan platform yang sama dengan model Neo Sports Cafe CB650 R namun dipadankan dengan rekaan lampu depan yang lebih garang dan agresif.

Juga baca: Honda CBR150R 2021 serba baharu tiba di Indonesia, harga bermula RM10,297!

Honda CB 750S (Hornet) 'dalam perjalanan', imej render bikin peminat teruja! 03

Honda CB 750S (Hornet) 'dalam perjalanan', imej render bikin peminat teruja! 04

Dari sudut trenkuasa, Honda CB 750S dikatakan akan menggunakan enjin yang baharu dibangunkan oleh Honda sekaligus menepis kata-kata yang ia akan diambil daripada model NC750.

Dan enjin yang sama turut dikhabarkan akan digunakan oleh Honda bagi model kembara terbaharunya, Transalp, model yang dianggap berpotensi mencabar Aprilia Tuareg 660 dan Yamaha Tenere 700.

Juga baca: Honda CBR250RR 2020 dilancar di Malaysia, dua warna menarik, harga RM25.9k

Honda CB 750S (Hornet) 'dalam perjalanan', imej render bikin peminat teruja! 05

Tetapi apa yang cukup menarik adalah platform yang sama turut digunakan untuk model 'Sportbike' terbaharu iaitu CBR750 yang dikhabarkan akan menjadi pencabar kepada Yamaha YZF-R7.

Sumber: RideApart

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda