window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda CB500X 2022 sudah 'mendarat' di Indonesia, pantas sungguh, harga RM 56k!

Khairil ยท Sep 30, 2021 11:00 AM

Honda CB500X 2022 sudah 'mendarat' di Indonesia, pantas sungguh, harga RM 56k! 01

Honda baru saja memperkenalkan versi kemaskini rangkaian model CB500 di pasaran Eropah dan tidak mengambil banyak masa, salah satu model terhangatnya iaitu dalam segmen 'touring' atau kembara CB500X 2022 sudah pun mendarat di Indonesia.

Seperti di Malaysia, Honda CB500X cukup popular di negara berkenaan dan kehadiran versi yang mendapat naik taraf itu sememangnya amat ditunggu-tunggu.

Juga baca: Honda CBR500R, CB500F, CB500X 2022 jengah pasaran Eropah, pelbagai komponen dinaik taraf, lagi premium!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda CB500X 2022 sudah 'mendarat' di Indonesia, pantas sungguh, harga RM 56k! 01

Sekalipun tiada perubahan ketara dari sudut reka bentuk atau kosmetik, model ini memperoleh peningkatan yang signifikan terutama daripada sistem suspensi dan brek.

Tidak lagi menggunakan fork teleskopik konvensional, ini kini dipadankan dengan fork jenis terbalik (USD) 41 mm boleh laras bersama jarak 'travel' lebih panjang iaitu 135 mm.

Honda CB500X 2022 sudah 'mendarat' di Indonesia, pantas sungguh, harga RM 56k! 02

Menurut PT Astra Honda, perubahan berkenaan memberikan prestasi tunggangan yang lebih stabil dan memberikan lebih keselesaan kepada penggemar jelajah selain rasa premium.

Juga baca: Jentera 'Adventure' kegemaran Malaysia, Honda CB500X dapat kemas kini baharu, Harga kekal RM36,099

Peningkatan ketara lain adalah membabitkan sistem henti dengan Honda CB500X 2022 kini menggunakan brek cakera berkembar 296 mm bersama kaliper Nissin. Dengan peningkatan yang diberikan, ia membuatkan model berkenaan tampak lebih 'mahal' dan canggih. Ia juga lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Honda CB500X 2022 sudah 'mendarat' di Indonesia, pantas sungguh, harga RM 56k! 03

Antara yang turut dikemaskini adalah rekaan lampu depan sedikit berbeza yang menggunakan LED selain rekaan 'fender' depan yang lebih menarik.

Pilihan warna yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Pearl Organic Green (warna baharu)
  • Matte Gunpowder Black Metallic
  • Grand Prix Red

Tiada perubahan lain dari sudut spesifikasi pada Honda CB500X 2022 berbanding versi sebelumnya.

Honda CB500X 2022 sudah 'mendarat' di Indonesia, pantas sungguh, harga RM 56k! 04

Matte Gunpowder Black Metallic

Untuk trenkuasa, ia masih menggunakan enjin 500 cc, Parallel Twin, 4 Lejang, 8 Injap, DOHC, Penyejuk Cecair yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan lengkap dengan klac Assist/ Slipper. Kuasa yang dihasilkan adalah setinggi 49.6 Hp pada 8,500 rmp dan tork 44.6 Nm pada 6,500 rpm.

Juga baca: Honda CBR600RR 2021 tembus pasaran Malaysia, harga asas RM 98,888!

Honda CB500X 2022 sudah 'mendarat' di Indonesia, pantas sungguh, harga RM 56k! 05

Pearl Organic Green

Ciri-ciri menarik lain adalah penggunaan meter digital yang menunjukkan pelbagai informasi seperti speedometer, takometer, kedudukan gear, odometer, jam, penunjuk isi bahan bakar dan sebagainya. Turut melengkapi model ini adalah HISS (Honda Ignition Security System) selain ruang simpanan bawah pelana.

Honda CB500X 2022 sudah 'mendarat' di Indonesia, pantas sungguh, harga RM 56k! 06

Grand Prix Red

Informasi lain adalah seperti berikut:

  • Tangki bahan api - 17.7 liter
  • Visor angin boleh laras

Honda CB500X 2022 sudah 'mendarat' di Indonesia, pantas sungguh, harga RM 56k! 07

Untuk persoalan mengenai harga, Honda CB500X 2022 ini dijual pada angka Rp 192,124,000 (RM 56,216) atas jalan Jakarta. 

Juga baca: Honda CBR600RR 2021 HRC tiba di Indonesia. Spesifikasi, harga memang padu!

Honda CB500X 2022 sudah 'mendarat' di Indonesia, pantas sungguh, harga RM 56k! 08

Tidak diketahui bila model naik taraf ini akan tiba di pasaran Malaysia namun kali terakhir Boon Siew Honda mengemaskini penawarannya adalah pada Disember tahun lalu dengan harga RM 36,099.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda