window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda CBR150R 2021 mendarat di Malaysia, harga asas RM 12,499!

Khairil · Sep 7, 2021 09:29 PM

Honda CBR150R 2021 mendarat di Malaysia, harga asas RM 12,499! 01

Seperti yang ditunjukkan menerusi imej 'siluet' mengenai kehadiran sebuah model baharu, Boon Siew Honda (BSH) hari ini melancarkan model terbaharu 'Sportbike' aras mulanya, Honda CBR150R (2021) di pasaran tempatan.

Honda CBR150R 2021 mendarat di Malaysia, harga asas RM 12,499! 02

Model yang melengkapi penawaran bagi model bagi siri CBR di Malaysia itu datang pada harga asas RM 12,499.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Honda CBR150R 2021 serba baharu tiba di Indonesia, harga bermula RM10,297!

Pilihan warna pula adalah dua iaitu Candy Scintillate Red (merah) dan Mat Charcoal Grey Metallic (kelabu).

Honda CBR150R 2021 mendarat di Malaysia, harga asas RM 12,499! 01

Candy Scintillate Red

Sebelum tiba ke Malaysia, model berkenaan turut dilancarkan di beberapa pasaran negara jiran terlebih dulu termasuk Indonesia dan Thailand malahan Kemboja.

Honda CBR150R 2021 mendarat di Malaysia, harga asas RM 12,499! 02

Mat Charcoal Grey Metallic

Dari sudut trenkuasa, Honda CBR150R 2021 dilengkapi enjin bersesaran 149.2 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, DOHC, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api. Kuasa yang dihamburkan ialah 16 Hp pada 9,000 rpm dan tork 13.7 Nm pada 7,000 rpm.

Honda CBR150R 2021 mendarat di Malaysia, harga asas RM 12,499! 03

Sistem transmisi pula ialah 6 kelajuan klac manual bersama teknologi Assist & Slipper Clutch (A&S). Melengkapkan lagi ciri-ciri keselamatan, model ini dipadankan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.

Juga baca: Honda CBR250RR 2020 dilancar di Malaysia, dua warna menarik, harga RM25,999

Honda CBR150R 2021 mendarat di Malaysia, harga asas RM 12,499! 04

Lampu pula menggunakan sistem LED penuh di bahagian depan dan belakang selain turut memiliki ciri Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS).

Honda CBR150R 2021 mendarat di Malaysia, harga asas RM 12,499! 05

Bagi memastikan tunggangan yang mengujakan, sistem suspensi menggunakan fork jenis terbalik (USD) daripada jenama Showa di depan dan monoshock Prolink di bahagian belakang.

Honda CBR150R 2021 mendarat di Malaysia, harga asas RM 12,499! 06

Panel meter pula adalah digital yang memaparkan segala maklumat tunggangan seperti spidometer, takometer, kedudukan gear, paras baki minyak, jam, jarak tunggangan serta set lampu amaran pada bawah skrin meter.

Honda CBR150R 2021 mendarat di Malaysia, harga asas RM 12,499! 07

Set tayar pula adalah menggunakan rim bersaiz 17 inci dengan tayar 100/80 (depan) dan 130/70 (belakang). 

Ciri-ciri lain adalah seperti berikut:

  • Ketinggian pelana - 788 mm
  • Jarak roda - 1,310 mm.
  • Tangki minyak -  12 liter
  • Berat - 139 kg.
  • Honda CBR150R 2021 mendarat di Malaysia, harga asas RM 12,499! 08


     

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda