window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda CBR150R (2023) diperkenal di seberang, warna baharu, harga bermula RM 10.5k!

Khairil ยท Nov 29, 2022 10:00 AM

Honda CBR150R (2023) diperkenal di seberang, warna baharu, harga bermula RM 10.5k! 01

Honda CBR150R di pasaran tempatan mendapat kemas kini terbaharu pada pertengahan tahun ini menerusi pengenalan versi edisi terhad Repsol namun di seberang, PT Astra Honda Motor (AHM) baru-baru ini melancarkan versi 2023 model 'Sportbike' aras mula popular itu.

Tidak seperti pasaran Malaysia di mana Honda CBR150R dijual dalam satu varian, terdapat dua pilihan varian tersedia di Indonesia iaitu ABS (Sistem Brek Anti-Kunci) dan Non-ABS.

Juga baca: Honda CBR150R Edisi Repsol (2022) diperkenal di Malaysia, terhad 800 Unit, harga RM 13.5k!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda CBR150R (2023) diperkenal di seberang, warna baharu, harga bermula RM 10.5k! 01

Dan berbeza dengan versi 2022 (5 pilihan), hanya empat pilihan warna baharu diperkenalkan untuk versi 2023 dengan perincian mengenai varian dan pilihan warna adalah seperti berikut:

Honda CBR150R Non-ABS

  • Dominator Matte Black, Victory Red Black โ€“ Harga Rp 36,741,000 (RM 10,509) - OTR (Atas jalan) Jakarta

Honda CBR150R (2023) diperkenal di seberang, warna baharu, harga bermula RM 10.5k! 02

Honda Racing Red
  • Honda Racing Red, Honda Tricolor โ€“ Harga Rp 37,447,000 (RM 10,710) - OTR Jakarta

Honda CBR150R ABS

  • Victory Red Black, Dominator Matte Black - Harga Rp 40,817,000 (RM 11,674) OTR Jakarta
  • Honda Tricolor - Harga Rp 41,523,000 (RM 11,876) OTR Jakarta

Honda CBR150R (2023) diperkenal di seberang, warna baharu, harga bermula RM 10.5k! 03

Honda Tricolor

Begitupun, AHM hanya memberikan kemas kini kosmetik terhadap model berkenaan yang menyaksikan tiada perubahan dari sudut rekaan mahupun spesifikasi trenkuasa berlaku.

Mengulas rekaan, Honda CBR150R ini yang tampil dengan rekaan sporty sememangnya masih relevan sekalipun 'dihambat' teruk pencabarnya terutama daripada Yamaha iaitu R15M V4 yang kini tampil dengan rekaan menarik bersama spesifikasi padu.

Juga baca: Honda CBR250RR 2020 dilancar di Malaysia, dua warna menarik, harga RM26k.

Honda CBR150R (2023) diperkenal di seberang, warna baharu, harga bermula RM 10.5k! 04

Dominator Matte Black

Begitupun, pilihan warna serta corak grafik baharu (ada yang mirip jentera Honda di WSBK) dikatakan memberi kesegaran buat model yang baharu saja dikemaskini dari sudut rekaan pada tahun lalu itu.

Apa yang lebih menarik, menurut rakan media kami di seberang Autofun.id, tiada kenaikan harga diumumkan oleh AHM.

Honda CBR150R (2023) diperkenal di seberang, warna baharu, harga bermula RM 10.5k! 05

Victory Red Black

Mengulas spesifikasi trenkuasa, motosikal ini kekal dengan enjin bersesaran 150 cc, 1 Silinder, 4 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api PGM-Fi, DOHC yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual lengkap klac Assist & Slipper.

Kuasa yang dihamburkan adalah  17.11 PS pada 9,000 rpm dan trok 14.4 Nm pada 7,000 rpm.

Honda CBR150R (2023) diperkenal di seberang, warna baharu, harga bermula RM 10.5k! 06

Menurut ujian yang dilakukan Autofun.id pula, motosikal ini mempunyai kelajuan 0-60 km/j dalam tempoh 4.49 saat, 0-80 km/j (7.71 saat) dan 0-100 km/j (12.91 saat). Kelajuan 'top speed' motosikal ini adalah 136 km/j (Spidometer) manakala menerusi ujian menerusi alat 'Racebox' adalah 120.9 km/j (mengikut berat dan kemampuan penguji).

Tampak lebih ranggi, fork depan menggunakan jenis terbalik (USD) Showa SFF-BP (Separated Function Fork-Big Piston) dan penyerap hentak tunggal (belakang). Sistem brek menggunakan cakera tunggal depan dan belakang dengan ABS dipadankan mengikut varian.

Juga baca: Honda CBR150R 2021 serba baharu tiba di Indonesia, harga bermula RM10,297!

Honda CBR150R (2023) diperkenal di seberang, warna baharu, harga bermula RM 10.5k! 07

Informasi penting lain adalah seperti kapasiti bahan bakar 12 liter, panel meter jenis digital LCD, sistem lampu LED penuh, Emergency Stop Signal (ESS) dan berat 137 kg (Non ABS) dan 139 kg (ABS).

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda