window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda CBR250RR (2023) dikemaskini di Indonesia, 3 varian, harga mula RM 19k!

Khairil · Sep 20, 2022 08:00 PM

Honda CBR250RR (2023) dikemaskini di Indonesia, 3 varian, harga mula RM 19k! 01

Seperti jangkaan media tempatan Indonesia, PT Astra Honda Motor (AHM) melancarkan versi kemas kini Honda CBR250RR (2023) yang tampil dengan beberapa naik taraf termasuk di bahagian suspensi, rekaan dan trenkuasa lebih bertenaga.

Andai tidak diperhalusi, secara keseluruhan rekaan asas motosikal 'Sportbike' yang diperkenalkan di pasaran sejak tahun 2016 itu tidak nampak seperti mengalami perubahan berikutan rekaan lampu depan, ekzos yang masih sama.

Honda CBR250RR (2023) dikemaskini di Indonesia, 3 varian, harga mula RM 19k! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tetapi jika diperincikan, bahagian panel sisi badannya iaitu 'fairing' kini tampil dengan rekaan baharu yang lebih menarik dan dikatakan oleh Honda lebih lebar berbanding versi terdahulu yang lebih aerodinamik.

Juga baca: Honda CBR250RR 'Trico Edition' 2022 kini di Malaysia, harga kekal RM 25.9k!

Honda CBR250RR (2023) dikemaskini di Indonesia, 3 varian, harga mula RM 19k! 01

Begitupun agak malang, seperti bahagian depan, tiada perubahan ketara di bahagian 'ekor' namun dengan perubahan di bahagian sisi itu, Honda berkata penampilan Honda CBR250RR (2023) kini tampak seperti 'big bike'. 

Honda CBR250RR (2023) dikemaskini di Indonesia, 3 varian, harga mula RM 19k! 02

Selain itu, naik taraf paling dinantikan juga adalah di bahagian suspensi dengan motosikal itu kini menggunakan fork jenis terbalik USD  Separated Function Fork - Big Piston (SFF-Big Piston) yang menghasilkan tunggangan lebih meyakinkan.

Honda CBR250RR (2023) dikemaskini di Indonesia, 3 varian, harga mula RM 19k! 03

Sebelum mengulas bahagian trenkuasa, ada 3 varian ditawarkan untuk Honda CBR250RR (2023) oleh AHM di Indonesia yang juga antara pasaran utama Honda di peringkat global iaitu STD, SP dan SPQS yang tampil dengan penawaran harga berbeza.

Honda CBR250RR STD 

  • Black Freedom - Rp 62,850,000 (RM 19,082)
  • Mat Gunpowder Black Metallic - Rp 67,650,000 (RM 20,532)

Honda CBR250RR (2023) dikemaskini di Indonesia, 3 varian, harga mula RM 19k! 04

Black Freedom

Honda CBR250RR (2023) dikemaskini di Indonesia, 3 varian, harga mula RM 19k! 05

Mat Gunpowder Black Metallic

Honda CBR250RR SP 

  • Mystique Blue - Rp 75,150,000 (RM 22,821)

Honda CBR250RR (2023) dikemaskini di Indonesia, 3 varian, harga mula RM 19k! 06

Mystique Blue

Honda CBR250RR SPQS (Quick Shifter)

  • Bravery Red Black - Rp 79,200,000 (RM 24,051)
  • Honda Racing Red - Rp 79,800,000 (RM 24,233)
  • Honda Tricolor - Rp 79,800,000 (RM 24,233)

Honda CBR250RR (2023) dikemaskini di Indonesia, 3 varian, harga mula RM 19k! 07

Honda Tricolor

Honda CBR250RR (2023) dikemaskini di Indonesia, 3 varian, harga mula RM 19k! 08

Honda Racing Red

Honda CBR250RR (2023) dikemaskini di Indonesia, 3 varian, harga mula RM 19k! 09

Bravery Red Black

Menurut Honda, dua varian teratas iaitu Honda CBR250RR SP dan SP Quick Shifter dibekalkan dengan trenkuasa baharu di mana tahap kompresi enjinnya ditingkatkan dengan ukuran ratio gear turut meningkat.

Juga baca: Honda CBR250RR SP 2022 'Tri-Colour' tiba di Thailand, harga RM 31.3k!

Honda CBR250RR (2023) dikemaskini di Indonesia, 3 varian, harga mula RM 19k! 10

Justeru, tidak lagi berada pada angka 41 PS, kuasa yang dihamburkan dua versi ini adalah 42 PS pada 13,000 rpm bersama tork 25 Nm pada 11,000 rpm. Turut dipadankan kepada dua versi ini adalah lampu kecemasan (Hazard lamp).

Honda CBR250RR (2023) dikemaskini di Indonesia, 3 varian, harga mula RM 19k! 11

Untuk versi Honda CBR250RR SPQS (2023), ciri berkenaan datang dengan 4 mod tetapan dan boleh dinyahaktifkan mengikut selera penunggang.

Honda CBR250RR (2023) dikemaskini di Indonesia, 3 varian, harga mula RM 19k! 12

Honda CBR250RR (2023) dikemaskini di Indonesia, 3 varian, harga mula RM 19k! 13

Sebagai model 'Sportbike' paling berkuasa dalam kelasnya, Honda CBR250RR menggunakan teknologi 'Throttle By Wire' dan turut mempunyai mod tunggangan dengan ciri menarik lain adalah seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Honda CBR250RR (2023) dikemaskini di Indonesia, 3 varian, harga mula RM 19k! 14

Untuk rekod, Honda CBR250RR tiba di pasaran Malaysia menerusi Boon Siew Honda (BSH) pada penghujung tahun 2020 dengan harga RM 25,999 (asas) dan penawaran warna yang berada dalam katalog adalah Trico dan Mat Gunpowder Black Metallic.

Juga baca: Honda CBR250RR 2020 dilancar di Malaysia, dua warna menarik, harga RM25,999

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda