Honda City 2020 - sedan ‘biasa’ yang layak terima anugerah Kereta Terbaik tahun 2020?

Haris · Dec 17, 2020 02:00 PM

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Jadi apa yang menarik pada Honda City 2020 ini? Ia tampil biasa-biasa sahaja. Ia tidak ada Turbo seperti Nissan Almera 2020 serba baru. Tork pada Honda City juga kalah dengan Proton X50.

Honda City 2020 - sedan ‘biasa’ yang layak terima anugerah Kereta Terbaik tahun 2020? 01

Oleh itu, bagaimana sedan segmen B yang ‘biasa-biasa’ ini tersenarai sebagai calon Kereta Terbaik 2020 (Car Of The Year 2020) kami?

Kekuatan Honda City - kesemuanya tepat

Honda City 2020 - sedan ‘biasa’ yang layak terima anugerah Kereta Terbaik tahun 2020? 02

Apa yang ditawarkan pada Honda City 2020 adalah pakej keseluruhan kereta ini yang sangat memuaskan.

Kualiti binaannya bagus luaran dan dalaman. Tempat duduknya selesa dengan kemasan kulit yang lembut berbanding pesaingnya. Malah, penyandar kepala juga direka dengan unik; selesa ketika kepala disandarkan.

Honda City 2020 - sedan ‘biasa’ yang layak terima anugerah Kereta Terbaik tahun 2020? 03

Penyandar kepala yang unik

Model ini mungkin tidak didatangkan dengan Turbo tetapi kuasa enjin 1.5 liter NA DOHC i-VTEC menghasilkan 121 PS dan 145 Nm tork yang cukup. Lihat sahaja perbandingan kuasa enjin ini dengan pesaing yang lain.

Honda City 2020 - sedan ‘biasa’ yang layak terima anugerah Kereta Terbaik tahun 2020? 04

Perbandingan Enjin
Model Honda City Nissan Almera Toyota Vios
Enjin 1.5 liter NA 1.0 liter Turbo 1.5 liter NA
Silinder 4 3 4
Kuasa kuda 121 PS 100 PS 107 PS
Tork 145 Nm 152 Nm 140 Nm

Kualiti pemanduan juga sangat memuaskan. Kualiti kemasan stereng dan kendaliannya sama-sama bagus. Respons pendikit juga sangat lancar. Jika anda ingin merasai sedikit keterujaan dalam pemanduan, gear S (S mode) mampu memberikan keterujaan tersebut.

Honda City 2020 - sedan ‘biasa’ yang layak terima anugerah Kereta Terbaik tahun 2020? 05

Bukan pemandu sahaja yang menerima keselesaan dan kendalian yang mantap. Bahagian belakang Honda City 2020 juga selesa. Tambahan pula, sistem suspensi model ini ditala sedikit lembut tetapi tidaklah sampai berbuai.

Honda City 2020 - sedan ‘biasa’ yang layak terima anugerah Kereta Terbaik tahun 2020? 06

Pembeli juga menerima penyaman udara untuk bahagian belakang, demi keselesaan penumpang.

Sebagai sebuah model 3-box, Honda City 2020 tidak terlepas pandang pada kotak terakhir. But belakang pada Honda City 2020 adalah yang terbesar dalam kelasnya.

Itu sahaja?

Honda City 2020 - sedan ‘biasa’ yang layak terima anugerah Kereta Terbaik tahun 2020? 07

Seperti yang kami tonjolkan, Honda City 2020 adalah sebuah pakej. Boleh dikatakan, Honda City 2020 adalah pakej terbaik dalam pasaran sedan segmen B.

Honda City 2020 - sedan ‘biasa’ yang layak terima anugerah Kereta Terbaik tahun 2020? 08

Tuil untuk menurunkan tempat duduk dari bahagian but belakang

Hal ini kerana, Honda City 2020 berharga lebih murah berbanding kesemua pencabarnya. Perbandingan harga seperti berikut.

Model/Varian

Honda City

Nissan Almera

Toyota Vios

Asas

S - RM 74,191

VL - RM 79,906

J - RM 74,623

Pertengahan

E - RM 81,664

VLP - RM 85,715

E- RM 82,593

Tinggi

V - RM 86,561

VLT - RM 91,310

G - RM 87,584

Honda Malaysia juga mengambil berat tentang keseluruhan aspek dalam Honda City 2020 serba baharu ini. Rekaan yang cantik adalah subjektif tetapi beberapa aspek yang lebih objektif dimenangi oleh Honda City 2020.

Honda City 2020 - sedan ‘biasa’ yang layak terima anugerah Kereta Terbaik tahun 2020? 09

Dengan harga yang sedemikian, tawaran yang diberikan oleh Honda City 2020 memberikan lebih nilai berbanding harga yang dibayar.

Honda City 2020 - sedan ‘biasa’ yang layak terima anugerah Kereta Terbaik tahun 2020? 10

Disebabkan itulah Honda City 2020 layak menerima anugerah Kereta Terbaik 2020 (Car Of The Year 2020). Kami tak mahu syok sendiri, anda tentukan! Jika anda bersetuju, undi model ini di laman undian Wapcar. Undian bermula 18 Disember 2020.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

Perbincangang Trending

Komen

Up to 20% higher than average trade-in price

2020 Honda City 1.5L S

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Terkini

    Cek Lebih

    Model Terbaru