window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda City 2020 dilancarkan - 4 varian, enjin DOHC/i-MMD, dari RM 74,191

Zamil Syaheer · Oct 13, 2020 03:00 PM

Honda City 2020 dilancarkan - 4 varian, enjin DOHC/i-MMD, dari RM 74,191 01

Honda City 2020 sudahpun dilancarkan secara rasmi hari ini di Malaysia. Sedan segmen B yang dipasang secara tempatan (CKD) ini datang dengan varian S, E dan V. Varian RS yang terkenal kerana video penuh kontroversi tempoh hari akan diperkenalkan di satu tarikh yang bakal diumumkan kelak. Harga selain varian RS telah rasmi diumumkan.

Barisan varian Honda City 2020

Honda City 2020 dilancarkan - 4 varian, enjin DOHC/i-MMD, dari RM 74,191 01

Harga dengan pengecualian cukai

Trenkuasa berlainan bagi varian berbeza

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda City 2020 dilancarkan - 4 varian, enjin DOHC/i-MMD, dari RM 74,191 01

Masa pecutan 0-100 km/j bagi varian S dan E didakwa dalam julat 10.2 saat, manakala varian V mengambil masa 10.4 saat. Model RS dikatakan mampu melakukannya dalam 9.9 saat.

Honda City 2020 dilancarkan - 4 varian, enjin DOHC/i-MMD, dari RM 74,191 02

Dari segi tren kuasa, ini adalah perbandingan di antara varian RS berbanding dua pesaing rapatnya iaitu Nissan Almera 1.0 VLT dan Toyota Vios 1.5 G, keduanya varian tertinggi dalam model masing-masing.

Honda City 2020 dilancarkan - 4 varian, enjin DOHC/i-MMD, dari RM 74,191 03

Varian S, E dan V akan dilengkapi dengan brek cakera depan dan brek drum belakang. Brek cakera sepenuhnya hanya unik pada varian RS, termasuklah brek parkir elektronik (EPB).

Honda City 2020 dilancarkan - 4 varian, enjin DOHC/i-MMD, dari RM 74,191 04

Beralih kepada saiz rim pula, varian S dan E didatangkan dengan rim 15 inci, sementara varian teratas V dan RS datang dengan rim 16 inci. Hanya S, E, dan V diberi tayar ganti oleh Honda; RS hanya diberi kit pembaikan tayar.

Dimensi Honda City 2020

Honda City 2020 dilancarkan - 4 varian, enjin DOHC/i-MMD, dari RM 74,191 05

Sama seperti Nissan Almera, Honda City juga kelihatan lebih besar daripada kebiasaan dalam segmennya. Inilah ukuran City baru:

Honda City 2020 dilancarkan - 4 varian, enjin DOHC/i-MMD, dari RM 74,191 06

Semestinya nombor tanpa konteks bukanlah jelas, jadi diatas anda boleh lihat perbandingan diantara City dan pesaingnya.

Eksterior Honda City 2020

Honda City 2020 dilancarkan - 4 varian, enjin DOHC/i-MMD, dari RM 74,191 07

Selain trenkuasa, penampilannya juga berbeza. Seperti yang dijangkakan, varian S dan E mendapat lampu projektor halogen, tiada lampu kabus, spoiler belakang dan penambahan visual lain.

Cermin sisi dengan indikator standard, termasuklah DRL LED dan antena sirip jerung.

Honda City 2020 dilancarkan - 4 varian, enjin DOHC/i-MMD, dari RM 74,191 08

Ruang but untuk varian S, E dan V dinilai pada 519 liter, sementara RS memiliki boot yang lebih kecil iaitu 409 liter dek kerana pek bateri.

Honda City 2020 dilancarkan - 4 varian, enjin DOHC/i-MMD, dari RM 74,191 09

Terdapat 5 pilihan warna: Passion Red Pearl, Platinum White Pearl, Lunar Silver Metallic, Modern Steel Metallic dan Crystal Black Pearl.

Interior Honda City 2020

Honda City 2020 dilancarkan - 4 varian, enjin DOHC/i-MMD, dari RM 74,191 10

Varian S dan E hadir dengan kemasan tona tunggal, sementara varian V dan RS datang dengan kemasan dwi-tona ivory/hitam.

Paddle shifters hanya tersedia pada varian E dan V. RS tiada kelengkapan ini kerana ia tiada gear.

Honda City 2020 dilancarkan - 4 varian, enjin DOHC/i-MMD, dari RM 74,191 11

Setiap varian mendapat ventilasi penghawa dingin belakang dengan 2 soket kuasa 12V. Malah, antara kelengkapan City pasaran Malaysia yang lebih baik daripada Thailand adalah fungsi lipatan tempat duduk 60:40.

Honda City 2020 dilancarkan - 4 varian, enjin DOHC/i-MMD, dari RM 74,191 12

Varian S, E dan V mempunyai kluster instrumen analog sepenuhnya dengan paparan multi-info kecil di tengahnya. Hanya RS yang mendapat kluster instrumen semi-digital.

Ciri-ciri keselamatan Honda City 2020

Honda City 2020 dilancarkan - 4 varian, enjin DOHC/i-MMD, dari RM 74,191 13

Honda memberikan 4 beg udara bagi varian S dan E, manakala V dan RS mendapat 6 beg udara. Selebihnya standard bagi semua varian, iaitu:

  • Amaran tali pinggang keledar
  • pautan ISOFIX tempat duduk belakang
  • Vehicle stability assist (VSA)
  • Anti-lock braking system (ABS) dengan electronic brake force distribution (EBD)
  • Brake assist (BA)
  • Hill start assist (HSA)
  • Emergency stop signal (ESS)
  • 2 sensors belakang

Honda City 2020 dilancarkan - 4 varian, enjin DOHC/i-MMD, dari RM 74,191 14

Sementara itu, varian E, V dan RS mendapat kamera undur. Walau bagaimanapun, fungsi LaneWatch adalah eksklusif untuk V dan RS.

Fungsi bantuan pemanduan ADAS Honda Sensing hanya ada pada RS. Antara ciri-ciri yang ada:

  • Forward collision warning (FCW)
  • Automated emergency braking (AEB)
  • Lane departure warning (LDW)
  • Lane keeping assist (LKAS)
  • Road departure mitigation (RDM)
  • Adaptive cruise control (ACC)
  • Auto high-beam (AHB)

Saya ingin mengetahui lebih lanjut!

Honda City 2020 dilancarkan - 4 varian, enjin DOHC/i-MMD, dari RM 74,191 15

Honda City datang dengan jaminan jarak tempuh tanpa had selama 5 tahun dan penyelenggaraan percuma selama 5 tahun / 100,000 km.

Honda City 2020 dilancarkan - 4 varian, enjin DOHC/i-MMD, dari RM 74,191 16

Sementara itu, kami telah menguji pandu Honda City RS yang belum dilancarkan baru-baru ini di Melaka, anda boleh baca rebiu kami lebih lanjut di sini.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda