window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda City 2020 dominasi pasaran Thailand. Pegang lebih daripada suku pasaran!

Haris · Aug 4, 2020 01:00 PM

Honda City 2020 dominasi pasaran Thailand. Pegang lebih daripada suku pasaran! 01

Pasaran bagi sedan segmen-B sememangnya padat dengan saingan. Namun begitu, mengikut laporan dari Headlightmag, Honda City 2020 berjaya mengungguli tempat pertama bagi jualan tertinggi untuk model sedan segmen-B di Thailand sepanjang tempoh Januari hingga Jun 2020.

Honda City 2020 dominasi pasaran Thailand. Pegang lebih daripada suku pasaran! 01

Merujuk kepada carta jualan model sedan terlaris di Thailand yang dikeluarkan oleh Headlightmag, rata-rata model sedan segmen-B yang laris dijual di Thailand bagi separuh tahun pertama 2020 telah dilancarkan pada akhir tahun lepas. Honda City telah dilancarkan pada November 2019 di Bangkok Motor Expo, Thailand.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda City 2020 dominasi pasaran Thailand. Pegang lebih daripada suku pasaran! 01

Generasi ke-5 model Honda City ini telah dikuasakan dengan enjin 1.0 liter berkuasa turbo. Selain daripada itu, hasil daripada enakmen undang-undang berkenaan pelepasan karbon di Thailand yang kini lebih tegas, model Honda City ini ternyata lebih digemari pembeli. Hal ini adalah disebabkan oleh ciri-ciri moden Honda City memenuhi tuntutan undang-undang di negara tersebut. 

Honda City 2020 dominasi pasaran Thailand. Pegang lebih daripada suku pasaran! 02

Model sedan yang berada di kedudukan kedua juga mempunyai kejutan yang tersendiri. Model terbaharu Nissan Almera 2020 yang turut dilancarkan pada waktu yang sama dengan model Honda City ini. 

Honda City 2020 dominasi pasaran Thailand. Pegang lebih daripada suku pasaran! 03

Model Nissan Almera 2020 terjual sebanyak 8,667 unit bagi tempoh Januari hingga Jun 2020. Jumlah jualan ini adalah lebih 904 unit jika dibandingkan dengan jumlah jualan Toyota Yaris Ativ 2019 iaitu 7,763 unit bagi tempoh masa yang sama. Ini meletakkan model Toyota Yaris Ativ di kedudukan ketiga selepas Nissan Almera 2020.

Honda City 2020 dominasi pasaran Thailand. Pegang lebih daripada suku pasaran! 04

Kedudukan ke-4 pula diungguli oleh model sedan Mazda 2 2020 yang telah dikemas kini dari model sebelum ini. Model kereta ini turut dilancarkan di Bangkok Motor Expo dan telah berjaya dijual sebanyak 6,166 unit di Thailand.

Honda City 2020 dominasi pasaran Thailand. Pegang lebih daripada suku pasaran! 05

Model sedan sub kompak di Thailand sememangnya sangat popular. Ini boleh dilihat dari jumlah jualan keseluruhan bagi model sedan di Thailand iaitu 45,848 unit setakat ini. Model Honda City yang terjual sebanyak 16,950 unit di negara tersebut telah mengambil 37% pegangan pasaran jualan model sedan di Thailand.

Honda City 2020 dominasi pasaran Thailand. Pegang lebih daripada suku pasaran! 06

Bagi negara kita pula, Honda Malaysia telahpun memberi sedikit sebanyak petunjuk mengenai pelancaran Honda City generasi ke-5. Kelibat model Nissan Almera 2020 pula telahpun dilihat beberapa kali dalam negara kita. Anda rasa, bagaimana kedua-dua model ini akan beraksi apabila mereka tiba di negara kita secara rasmi nanti?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda