window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda City 2020 India dapat enjin 1.5L DOHC baru, mungkin sama dengan Malaysia

Mersita · Jun 18, 2020 12:09 PM

Honda City 2020 India dapat enjin 1.5L DOHC baru, mungkin sama dengan Malaysia 01

Selepas debut globalnya di Thailand hujung tahun lepas, India telah ditentukan sebagai pasaran kedua yang memperkenalkan sedan Segmen B Honda terbaru ini.

Seperti yang dijangka, enjin VTEC Turbo 1.0 liter 3 silinder yang ada dalam Honda City di pasaran Thailand tidak ditawarkan. Sebaliknya, India akan dapat enjin naturally aspirated i-VTEC 1.5 liter yang biasa – enjin yang barangkali juga diberi kepada pasaran Malaysia.

Honda City 2020 India dapat enjin 1.5L DOHC baru, mungkin sama dengan Malaysia 02

Enjin L15B baharu menambah valvetrain Double Overhead Cam (DOHC). Honda City yang dikeluarkan sekarang di pasaran Malaysia menggunakan enjin L15A SOHC i-VTEC lama yang dibawa masuk dari generasi Honda City sebelumnya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Transmisinya kekal sama, tetapi baru untuk India, iaitu transmisi automatik jenis CVT dengan paddle shifters (7 virtual forward ratios).

Honda City 2020 India dapat enjin 1.5L DOHC baru, mungkin sama dengan Malaysia 01

Kami rasakan yang enjin DOHC i-VTEC 1.5 liter ini besar kemungkinan akan dipadatkan dalam Honda City di pasaran Malaysia yang akan datang.

Honda City 2020 India dapat enjin 1.5L DOHC baru, mungkin sama dengan Malaysia 02

Oleh itu, kita dah boleh tolak tepi spekulasi penggunaan enjin VTEC Turbo 3 silinder 1.0 liter di pasaran Malaysia kerana ia adalah enjin berkos tinggi. Dalam konteks pematuhan regulasi EcoCar di Thailand, ia lebih masuk akal untuk digunakan disana kerana kereta yang melepaskan gas kurang daripada 100g/km akan dapat potongan cukai. Kita belum ada insentif untuk ini lagi di Malaysia.

Honda City 2020 India dapat enjin 1.5L DOHC baru, mungkin sama dengan Malaysia 03

Yang menghairankan, enjin L15B baru menjana kuasa yang lebih kurang sama dengan unit L15A yang dikeluarkan sekarang. Penjanaan kuasa ditingkatkan hanya sebanyak 1 PS, kepada 121 PS – memuncak pada tahap yang sama iaitu 6,600 rpm. Tork kekal sama pada 145 Nm, tapi dapat dicapai pada 4,300 rpm iaitu 300 rpm lebih awal.

Penggunaan petrol yang dinyatakan adalah 18.4km/liter, tetapi ini diuji menggunakan kitaran ujian pasaran domestik India yang berlainan dengan kita. Oleh itu, ia tidak dapat dibandingkan dengan UNECE Regulations No. 101 yang digunapakai oleh Malaysia (17.56 km/liter untuk varian i-VTEC 1.5L dan 25.6 km/liter untuk i-DCD Sport Hybrid).

Honda City 2020 India dapat enjin 1.5L DOHC baru, mungkin sama dengan Malaysia 04

Ciri-cirinya sangat tinggi, tapi jangan jangkakan senarai yang sama untuk Malaysia

Bagi kereta Segmen B, Honda City India memadatkan banyak ciri-ciri menarik. Selain daripada 6 beg udara dan kawalan keseimbangan elektronik, ia juga ditambah dengan sistem pemantauan tekanan tayar serta kamera LaneWatch yang boleh mengurangkan titik-buta kereta.

Honda City 2020 India dapat enjin 1.5L DOHC baru, mungkin sama dengan Malaysia 05

Ia juga didatangkan dengan sunroof elektrik satu-sentuh, remote engine start dan juga kebolehan Alexa remote – membolehkan pemandu menghantar arahan suara dari Honda City mereka kepada Alexa di rumah bagi menggerakkan peralatan-peralatan pintar dengan arahan khusus.

Honda City 2020 India dapat enjin 1.5L DOHC baru, mungkin sama dengan Malaysia 06

Tetapi, usah berharap yang kelengkapan ini akan didatangkan dengan model di pasaran lokal kita. Perlu diingatkan yang Honda City mempunyai product positioning yang berlainan di India. Ini adalah berdasarkan kepada norma struktur cukai mereka dimana semua sedan yang panjang lebih 4 meter akan dikenakan cukai sebagai kereta mewah (secara asasnya, apa sahaja yang lebih besar dari kereta Segmen A).

Honda City 2020 India dapat enjin 1.5L DOHC baru, mungkin sama dengan Malaysia 07

Toyota Innova dan Honda City adalah kereta yang biasanya dipandu oleh pemandu persendirian di India.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda