window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda City 2020 laris dengan 9,000 tempahan, warna putih jadi buruan!

Haris · Nov 19, 2020 05:00 PM

Honda City 2020 laris dengan 9,000 tempahan, warna putih jadi buruan! 01

Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa Honda City 2020 generasi ke-5 yang dilancarkan sebulan yang lalu telah mencatatkan hampir 9,000 tempahan setakat ini.

Honda City 2020 laris dengan 9,000 tempahan, warna putih jadi buruan! 01

Di antara tiga varian yang dilancarkan, varian V muncul sebagai varian paling popular. Lebih separuh daripada tempahan unit Honda City 2020 adalah varian ini dengan angka sebanyak 54% daripada keseluruhan tempahan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda City 2020 laris dengan 9,000 tempahan, warna putih jadi buruan! 01

Sejak dilancarkan,  Honda City 2020 menerima permintaan tinggi dari pelanggan di wilayah Tengah yang menyumbang jumlah tempahan tertinggi sebanyak 44%, diikuti oleh wilayah Utara sebanyak 22% dan wilayah Selatan pada 19%.

Honda City 2020 laris dengan 9,000 tempahan, warna putih jadi buruan! 02

Satu lagi perkara yang menarik adalah warna putih jadi pilihan utama. Warna Platinum White Pearl menjadi kegemaran di kalangan pelanggan, mewakili 28% dari keseluruhan penjualan untuk Honda City 2020.

Honda City 2020 laris dengan 9,000 tempahan, warna putih jadi buruan! 03

Honda City 2020 varian V dilengkapi dengan Paddle Shift untuk pengalaman pemanduan yang menyeronokkan dengan kemasan dalaman kulit, fungsi menarik seperti fungsi Penghidup Enjin Jarak Jauh, skrin infotainment paparan 8 inci dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Honda City 2020 laris dengan 9,000 tempahan, warna putih jadi buruan! 04

Dari segi keselamatan, varian V dilengkapi dengan 6 beg udara dan Honda LaneWatch. Ciri keselamatan standard lain termasuk VSA, ABS dengan EBD, BA, ESS, HSA, dan Peringatan Tali Pinggang Keledar belakang. Sementara itu, Sensor Belakang dan Kamera Belakang Pelbagai Sudut  juga ditawarkan dalam varian V dan E.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda