window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda City 2020 – Adakah ia masih pembelian yang berbaloi?

Mersita · Jul 15, 2020 01:30 PM

Honda City 2020 – Adakah ia masih pembelian yang berbaloi? 01

Honda City generasi terkini boleh jadi sebuah sedan Segmen B bukan nasional yang paling berusia dijual di pasaran sekarang. Tapi, kami dapat rasakan yang model ini masih lagi bergetah walaupun ia dianggap veteran.

Sedikit latar belakang

Honda City 2020 – Adakah ia masih pembelian yang berbaloi? 02

Ia dilancarkan pada tahun 2014 dan model ini diberi naiktaraf pada 2017, dimana ia didatangkan dengan ruang dalaman baharu seperti yang anda boleh lihat di sini.

Honda City 2020 – Adakah ia masih pembelian yang berbaloi? 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda Malaysia memperkenalkan City Hybrid pada bulan Julai 2017, lebih kurang empat bulan selepas keluaran facelift diperkenalkan.

Apakah enjin-enjin yang ditawarkan?

Honda City 2020 – Adakah ia masih pembelian yang berbaloi? 01

Varian petrol yang biasa pada Honda City diberi enjin petrol 4 silinder 1.5 liter yang dibawa masuk dan ia menjana 120 PS pada 6,600 rpm dan 145 Nm pada 4,600 rpm. Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik jenis CVT yang memacu tayar hadapan.

Honda City 2020 – Adakah ia masih pembelian yang berbaloi? 02

Setelah itu, datang pula City Hybrid, dimana ia merangkumi enjin petrol 4 silinder 1.5 liter dipadankan dengan transmisi automatik dwi-klac 7-kelajuan dan sebuah motor elektrik 22 kW – membolehkan penjanaan hasil gabungan sistem sebanyak 137 PS dan 170n Nm.

Betapa praktikalkah Honda City?

Honda City 2020 – Adakah ia masih pembelian yang berbaloi? 03

Walaupun sudah berusia, tak banyak pesaingnya boleh menandingi tahap kepraktisan Honda City.

Honda City 2020 – Adakah ia masih pembelian yang berbaloi? 04

Dengan falsafah Honda iaitu Man Maximum, Machine Minimum, ruang dalaman City menawarkan kepraktisan yang terbaik dalam kelasnya dengan ruang penyimpanan yang cukup banyak diletakkan di sekitar kabin. Nak simpan telefon bimbit anda? Jangan risau, kerana City menawarkan lubang ‘cubby’ yang cukup besar di hadapan tombol gearnya.

Honda City 2020 – Adakah ia masih pembelian yang berbaloi? 05

Malahan pula, City juga menawarkan ruang penyimpanan pada sisi kanan sterengnya – cukup sempurna untuk menyimpan Smart Tag anda.

Adakah Honda City cukup luas?

Honda City 2020 – Adakah ia masih pembelian yang berbaloi? 06

Honda City juga menawarkan ruang kaki yang terbaik dalam kelasnya – membuatkannya satu pilihan yang ideal bagi penumpang-penumpang berkaki panjang yang duduk di belakang.

Honda City 2020 – Adakah ia masih pembelian yang berbaloi? 07

Ruang but pula didatangkan dengan kapasiti 536 liter, lebih besar berbanding Toyota Vios (506 liter) dan Nissan Almera (490 liter).

Adakah Honda City kereta yang cukup selamat?

Honda City 2020 – Adakah ia masih pembelian yang berbaloi? 08

Sejak Honda Malaysia memperkenalkan City yang difacelift pada tahun 2017, semua varian kini tampil dengan kelengkapan kawalan penstabilan sebagai tetapan standard.

Honda City 2020 – Adakah ia masih pembelian yang berbaloi? 09

Oleh itu, jika anda mahukan kelengkapan penuh 6 beg udara, anda perlu dapatkan City 1.5 V. Varian yang lebih rendah seperti 1.5 S hanya ada 2 beg udara, manakala yang tengah-tengah pula iaitu 1.5 E dan City Hybrid diberi 4 beg udara.

Semua varian City menawarkan titik pemberat ISOFIX pada tempat duduk belakangnya, sensor undur, Emergency Stop Signal (ESS) dan Hill Start Assist (HSA).

Adakah Honda City satu pembelian yang berbaloi dengan harganya?

Honda City 2020 – Adakah ia masih pembelian yang berbaloi? 10

Disebabkan harga kereta turun sedikit setelah pengecualian SST baru-baru ini, agak sukar untuk menandingi harga berbaloi Honda City – dimana ia menawarkan janaan kuasa terbaik dalam segmennya. Jika varian petrol tidak cukup canggih bagi anda, City Hybrid boleh jadi pilihan yang lebih tepat untuk anda.

Honda City 2020 – Adakah ia masih pembelian yang berbaloi? 11

Padankan lagi dengan kepraktisan ruang dalamannya yang cemerlang, agak sukar untuk mengalahkan kelengkapan yang ditawarkan oleh City.

Honda City 2020 – Adakah ia masih pembelian yang berbaloi? 12

Ya, Toyota Vios juga adalah pilihan yang agak baik. Tetapi, ia ada kekurangannya.

Tidak seperti City, Vios tiada ruang udara penghawa dingin di belakang dan janaan kuasa Vios hampir-hampir sama di belakang City. Sistem keselamatannya iaitu Blind Spot Monitoring (BSM) adalah tambahan yang cukup menarik, tetapi bunyi amarannya yang terlalu kerap cukup menjengkelkan. Sekurang-kurangnya, Vios menawarkan 7 beg udara dan kawalan penstabilan pada semua varian.

Oleh itu, walaupun Vios menawarkan kabin yang jauh lebih selesa dan senyap berbanding City, ia tidak seluas ruang kabin City.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda