Dalam sebuah laporan oleh Creative Trend, model Honda City (dikenali dengan nama Grace) dan Civic sedan bakal dihentikan di Jepun menjelang Ogos.
Selain itu, Honda juga akan mengurangkan barisan model keretanya di Jepun dengan turut menghentikan Honda Jade, sebuah station wagon yang berasaskan platform Honda Civic generasi ke 9. Ketiga-tiga model tersebut bakal dihentikan pengeluaran dan penjualannya menjelang Ogos.
Honda Civic - Ikon keunggulan industri automotif Jepun yang kian dilupakan
Kejatuhan Honda Civic di Jepun bukanlah sesuatu yang baru. Hal ini dapat dilihat melalui strategi pemasaran Honda yang menghentikan penjualan Civic generasi FD pada tahun 2010 tanpa menawarkan generasi FB ke pasaran Jepun. Honda kembali menawarkan Civic dengan generasi FC selepas sepi selama 7 tahun.
Sungguhpun begitu, langkah ini tidak menjejaskan model Civic Hatchback. Namun begitu, model Civic Hatchback juga berpotensi untuk dihentikan kerana Honda bercadang untuk menghentikan operasi kilangnya di Swindon, UK menjelang tahun 2021. Hal ini kerana model Civic Hatchback yang kini dijual di Jepun sebenarnya diimport dari UK.
Honda City/Grace - Terkenal seantero Malaysia, kurang dikenali di Jepun.
Berikutan laporan daripada Creative Trend tersebut, Honda juga tidak akan menawarkan versi terbaru Honda City di Jepun menjelang Ogos ini bagi menandakan pengakhiran model tersebut.
Walaupun Honda City gah di Malaysia, sebaliknya pula yang berlaku di Jepun. Sepanjang 2-3 tahun belakangan ini, Honda City/Grace langsung tidak tersenarai dalam 50 kereta terlaris di Jepun.
Honda Jade - Model lama dengan jualan kurang memberangsangkan
Honda Jade juga bakal menerima nasib yang sama akibat penjualan Honda Freed yang berada dalam segmen yang sama. Disebabkan itu, Honda Jade hanya mampu terjual kira-kira 200 unit sebulan berbanding Honda Freed yang mampu mencecah 7,000 unit sebulan sahaja.
Honda Jade juga merupakan sebuah model lama yang berasaskan platform Honda Civic generasi ke 9. Hal ini menjadikannya antara model kereta yang agak tua di Jepun.
Tambahan pula, Honda turut menjual model dengan konsep yang sama di Jepun iaitu Honda Shuttle. Honda Shuttle merupakan station wagon yang berasaskan Honda Jazz, lebih kecil berbanding Honda Jade.
Adakah langkah ini bakal mempengaruhi Malaysia?
Kita bertuah kerana langkah ini tidak menggugat pasaran Malaysia kerana kedua-dua pasaran Malaysia dan Jepun beroperasi secara berbeza. Satu-satunya model yang diimport ke Malaysia dari Jepun adalah Honda Odyssey yang juga tidak terjejas dengan langkah ini.
Honda City masih lagi merupakan antara model kereta terlaris di Malaysia. Honda Civic pula baru menerima kemas kini. Melalui perspektif ini, Honda City dan Civic masih lagi antara model yang terbaik dalam kelasnya.
Dapatkan respons dalam masa 24 jam!
2022 Honda City 1.5V Sensing
Upgrade
Add your car
2021 Nissan Almera VLP 1.0
2017 Honda Accord i-VTEC VTi-L 2.4
2018 Honda Civic TC VTEC Premium 1.5