Honda City dirompak, 1Malaysia bergabung untuk tumpaskan suspek!

Faisal · Apr 15, 2021 04:00 PM

Honda City dirompak, 1Malaysia bergabung untuk tumpaskan suspek! 01

Kredit foto: Worldofbuzz.

Sukan sememangnya menyatukan rakyat Malaysia. Selain itu, perkara sebegini dapat dilihat ketika berlakunya kemalangan. Apa yang lebih membanggakan ialah apabila seseorang memerlukan pertolongan, terutama di tempat awam.

Baru beberapa jam yang lepas, kita digemparkan dengan klip video sekumpulan rakyat yang berjaya menumpaskan suspek yang merompak sebuah kereta jenis Honda City milik seorang wanita. Insiden yang berlaku di Sri Petaling itu dilaporkan bermula di kawasan lampu isyarat yang mana mangsa kelihatan berdiri di luar Honda City miliknya yang sedang dirompak.

Menurut video yang tertular di laman Facebook, mangsa cuba untuk masuk ke dalam kereta semula. Mungkin disebabkan terlalu terkejut, mangsa yang kelhatan seperti tergamam itu cuba mendapatkan pertolongan orang lain.

Suspek kemudiannya terus melarikan kereta tersebut. Disebabkan itu, tiga bantuan lain yang terdiri dari kereta jenis Alfa Romeo 146, Mazda CX-8, dan Proton Exora dilihat bekerjasama untuk mengepong perompak tersebut.

Walau bagaimanapun, suspek seperti tidak pandai melarikan kereta. Tanpa melengahkan masa, pemilik rakaman DVR yang berada betul-betul di belakang bertindak menarik keluar suspek dan memberhentikan Honda City yang masih dalam gear.

Dengan mudahnya, suspek berjaya ditumpas oleh orang ramai dan mangsa dibawa ke lokasi tumpasan untuk mendapatkan keretanya semula.

Bukan selalu kita dapat melihat semangat yang muhibah seperti ini, bukan? Jadi, sama-samalah kita berbuat baik supaya hidup kita lebih diberkati oleh masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Sumber: Facebook Kokong Yee

 

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2018 Honda City 1.5 S

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru