window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda City generasi lalu (GM6) dilancar di Pakistan, ganti model GM2 berusia 12 tahun

Faisal · Jul 31, 2021 10:00 AM

Honda City generasi lalu (GM6) dilancar di Pakistan, ganti model GM2 berusia 12 tahun 01

Honda City sememangnya popular di rantau Asia Tenggara. Kini, kereta keluarga segmen B buatan Honda itu sudahpun memasuki generasi ketujuh. Menurut CarSpiritPK, pasaran seperti Pakistan baru sahaja melancarkan Honda City generasi keenam (GM2). Macam pelik kan?

Kalau anda nak tahu, pasaran kereta segmen B di sana tidak rancak langsung. Sebelum ini, pesaing yang adapun hanyalah Suzuki Liana tetapi itupun sampai tahun 2010 sahaja. Disebabkan itu, Honda Atlas, pengedar Honda di Pakistan, tidak perlu terkejar-kejar untuk lancarkan Honda City yang paling baru.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda City generasi lalu (GM6) dilancar di Pakistan, ganti model GM2 berusia 12 tahun 01

Honda City generasi GM2.

Malah, jualan Honda City GM2 di pasaran Pakistan telah beransur sehingga tempoh 12 tahun, iaitu dari tahun 2009.

Mengenai pelancaran Honda City GM6 pula, ia sebenarnya satu bentuk respon terhadap saingan dari Toyota Yaris (Vios kita).

Honda City generasi lalu (GM6) dilancar di Pakistan, ganti model GM2 berusia 12 tahun 02

Kredit: Facebook Honda City 2021 Pakistan.

Di sana, Honda City GM6 ditawarkan dengan enjin aspirasi natural 1.2L (88 PS, 110 Nm tork) dan 1.5L (118 PS, 145 Nm tork). Kedua-dua enjin ditawarkan dengan pilihan transmisi CVT ataupun manual 5 kelajuan.

Namun begitu, ciri kawalan kestabilan elektronik (ESC) dan Hill Hold Assist tidak didatangkan sama sekali. Untuk maklumat anda, Toyota Yaris ada kedua-dua ciri ini.

Honda City generasi lalu (GM6) dilancar di Pakistan, ganti model GM2 berusia 12 tahun 03

Honda City GM6 yang ada di Malaysia dari tahun 2014 hingga 2020.

Kalau ikut matawang Malaysia, harga Honda City GM6 di Pakistan ditawarkan sekitar RM 67.8k – RM 82.8k. Toyota Yaris pula berharga di antara RM 62.8k – RM 75.6k.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda