window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda City GM6 (generasi sebelum): Berbaloi beli model ini secara terpakai?

Haris ยท Aug 11, 2020 04:00 PM

Honda City GM6 (generasi sebelum): Berbaloi beli model ini secara terpakai? 01

Honda City generasi GM6 telah dilancarkan pada tahun 2017. Model ini sememangnya agak mudah dijumpai dalam pasaran kereta terpakai dengan julat harga sekitar RM 46,000 hingga RM 76,000. 

Disebabkan oleh kedatangan model baharu Honda City dalam hujung tahun 2020 ini, berkemungkinan besar model ini akan lebih banyak dijual dalam pasaran kereta terpakai. Oleh itu, adakah berbaloi jika anda masih berminat dengan model yang kurang daripada 5 tahun ini? 

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Latar belakang

Honda City GM6 (generasi sebelum): Berbaloi beli model ini secara terpakai? 01

Honda City telah dilancarkan pada tahun 2014 dan generasi sekarang (GM6) adalah facelift yang diberikan pada tahun 2017. 

Honda City GM6 (generasi sebelum): Berbaloi beli model ini secara terpakai? 02

Selain itu, Honda Malaysia turut menawarkan varian hibrid untuk Honda City ini pada bulan Julai 2017. Ikuti ulasan kami mengenai model ini di sini.

Enjin yang ditawarkan

Honda City GM6 (generasi sebelum): Berbaloi beli model ini secara terpakai? 03

Varian petrol biasa Honda City dijana oleh enjin petrol empat silinder 1.5 liter yang menjana sebanyak 120 PS kuasa kuda pada 6,600 rpm dan 145 Nm tork pada 4,600 rpm. Enjin ini digandingkan dengan transmisi automatik jenis CVT yang menghantar kuasa ke roda hadapan.

Honda City GM6 (generasi sebelum): Berbaloi beli model ini secara terpakai? 04

Bagi varian Honda City Hibrid pula, enjin petrol empat silinder 1.5 liter dengan gabungan transmisi automatik dwi-klac (dual-clutch) 7-kelajuan dan motor elektrik 22 kW, yang menjana kuasa sistem gabungan sebanyak 137 PS kuasa kuda dan 170 Nm tork.

Aspek praktikaliti

Honda City GM6 (generasi sebelum): Berbaloi beli model ini secara terpakai? 05

Mungkin ini merupakan sebuah model lama namun tiada pengeluar yang mampu menandingi aspek praktikaliti Honda. Hasil daripada falsafah Honda: Man Maximum, Machine Minimum, ruangan dalaman Honda City menawarkan tahap praktikaliti terbaik dalam kelasnya. 

Honda City GM6 (generasi sebelum): Berbaloi beli model ini secara terpakai? 06

Honda City ditawarkan dengan jumlah ruang simpanan yang banyak di seluruh kabin. Perlu menyimpan telefon anda? Jangan risau kerana City menawarkan lubang cubby dengan saiz yang wajar pada bahagian hadapan tombol gear. Inilah yang dimaksudkan dengan tahap praktikaliti yang bagus.

Honda City GM6 (generasi sebelum): Berbaloi beli model ini secara terpakai? 07

Malah, Honda City juga menawarkan tempat penyimpanan di sebelah kanan stereng. Saiznya pula sesuai dengan peranti Smart Tag. Ini contoh terbaik rekaan yang banyak berpusat terhadap kegunaan pengguna Honda dan pemandu di Malaysia secara spesifiknya.

Saiz ruang dalaman

Honda City GM6 (generasi sebelum): Berbaloi beli model ini secara terpakai? 08

Honda City juga menawarkan ruang kaki belakang yang terbaik dalam kelasnya. Hal ini menjadikan Honda City sebagai pilihan yang sesuai untuk membawa penumpang yang agak tinggi di bahagian belakang.

Honda City GM6 (generasi sebelum): Berbaloi beli model ini secara terpakai? 09

Ruang but belakangnya juga paling besar. Sebagai perbandingan, ruang but Honda City adalah sebesar 536 liter, berbanding Toyota Vios (506 liter) dan Nissan Almera (490 liter).

Ciri keselamatan

Honda City GM6 (generasi sebelum): Berbaloi beli model ini secara terpakai? 10

Sejak Honda Malaysia memperkenalkan Honda City facelift pada tahun 2017, semua varian kini mempunyai kawalan kestabilan sebagai standard.

Honda City GM6 (generasi sebelum): Berbaloi beli model ini secara terpakai? 11

Namun begitu, anda perlu mendapatkan varian paling atas iaitu varian 1.5 V untuk dilengkapi dengan 6 beg udara. Varian yang lebih rendah seperti 1.5 S mempunyai 2 beg udara, sementara varian pertengahan 1.5 E dan Honda City Hybrid mempunyai 4 beg udara.

Semua varian City menawarkan titik tambatan ISOFIX di tempat duduk belakang, sensor belakang untuk undur, Isyarat Berhenti Kecemasan (Emergency Stop Signal) dan Bantuan Mula Daki (Hill Start Assist).

Masih berbaloi untuk dimiliki?

Honda City GM6 (generasi sebelum): Berbaloi beli model ini secara terpakai? 12

Terima kasih kepada model Honda City generasi baharu yang akan datang, pastinya sukar untuk mengalahkan tawaran nilai yang berbaloi untuk Honda City. Hal ini kerana ia menawarkan output kuasa terbaik dalam segmennya. Sekiranya anda kurang berminat dengan varian petrol, anda boleh menikmati lebih kuasa dengan varian hibrid.

Honda City GM6 (generasi sebelum): Berbaloi beli model ini secara terpakai? 13

Dengan tawaran ruang dalaman yang lebih praktikal, sukar untuk mengganggu gugat nilai jangka panjang yang ditawarkan oleh Honda City. 

Honda City GM6 (generasi sebelum): Berbaloi beli model ini secara terpakai? 14

Bagaimana pula dengan Toyota Vios? Toyota Vios juga merupakan pilihan yang bagus tetapi ada beberapa kekurangan yang perlu diketengahkan.

Tidak seperti Honda City, Vios tidak mempunyai penghawa dingin untuk penumpang belakang manakala output kuasa Toyota Vios tetap dibelakang Honda City. Sistem Pemantauan Titik Buta (BSM) Toyota Vios adalah sebuah ciri yang baik tetapi bunyi beep yang berterusan agak mengecewakan. 

Kelebihannya pula, Toyota Vios menawarkan 7 beg udara dan kawalan kestabilan pada semua varian. Lebih baik lagi, Toyota Vios menawarkan kabin yang jauh lebih selesa dan lebih senyap berbanding Honda City.

Apa kata pemilik?

Honda City GM6 (generasi sebelum): Berbaloi beli model ini secara terpakai? 15

Tinjauan pemilik terhadap kami mempunyai dua artikel mengenai Honda City generasi ini. Salah satunya mempunyai pemilikan selama 4 tahun tanpa masalah, manakala satu lagi mempunyai beberapa masalah kualiti sepanjang pemilikan 6 tahun. Namun, kedua-duanya berpuas hati dengan kereta mereka. Anda boleh membacanya di sini dan di sini.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda