window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda City GM6 kini lebih murah dari Proton Persona baru - berbaloi harga sekitar RM 40k?

Haris · Aug 14, 2021 06:00 PM

Honda City GM6 kini lebih murah dari Proton Persona baru - berbaloi harga sekitar RM 40k? 01

Honda City GM6 kini lebih murah dari Proton Persona baru - berbaloi harga sekitar RM 40k? 02

KEMASKINI pada Julai 2023 - Untuk tempoh masa terhad, CARSOME menawarkan waranti tambahan 1+1 tahun untuk model ini. Ketahui lebih lanjut disini!

_____________________________________

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton Persona facelift baru sahaja dilancarkan beberapa minggu lepas. Satu-satunya sedan yang mampu menewaskan ruang but belakang Proton Persona adalah Honda City. Malah, Honda City terpakai generasi GM6 (generasi sebelum model sekarang) juga mempunyai ruang but yang lebih besar daripada Proton Persona.

Honda City GM6 kini lebih murah dari Proton Persona baru - berbaloi harga sekitar RM 40k? 01

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, adakah ruang but menjadi aspek utama pembelian kenderaan? Jawapannya adalah ya, bagi golongan yang berkeluarga, ruang but dan keselesaan keluarga menjadi pertimbangan mereka. Apalah ertinya membeli sedan jika kapasiti but tidak memenuhi penggunaan?

Justeru di sini kita kupas mengenai Honda City terpakai supaya mereka yang berminat boleh membeli dengan lebih ketenangan fikiran.

Apa varian terbaik untuk Honda City GM6 ini?

Honda City GM6 kini lebih murah dari Proton Persona baru - berbaloi harga sekitar RM 40k? 02

Dilancarkan pada tahun 2014, Honda City GM6 hadir dalam empat varian (S, S +, E dan V). Kebanyakannya berbeza pada ciri kelengkapan kerana semuanya berkongsi satu trenkuasa: enjin 4-silinder 1.5-liter i-VTEC (120 PS, 145 Nm) yang digandingkan dengan transmisi CVT. 

Honda City GM6 kini lebih murah dari Proton Persona baru - berbaloi harga sekitar RM 40k? 03

Honda City GM6 facelift

Honda City GM6 kemudian diberi penambahbaikan pada tahun 2017, dan dengan penampilan yang lebih segar dan lebih banyak kelengkapan. Generasi Honda City ini juga ditawarkan dengan varian Sport Hybrid i-DCD (GM7). Model facelift membawakan empat varian, tetapi dengan sedikit kelainan (S, E, Sport Hybrid i-DCD, dan V).

Honda City GM6 kini lebih murah dari Proton Persona baru - berbaloi harga sekitar RM 40k? 04

Enjin Sport Hybrid i-DCD

Honda City hybrid dikuasakan oleh enjin petrol 1.5 liter dengan motor elektrik bersepadu dan bateri lithium-ion (gabungan kuasa 137 PS, 170 Nm) dengan padanan transmisi dwi-klac (DCT) 7-kelajuan.

Trenkuasa Honda City GM6/GM7
Enjin Puncak Kuasa Transmisi
1.5-liter
i-VTEC
120 PS, 145 Nm CVT
1.5-liter
i-DCD
137 PS, 170 Nm
(gabungan)
7DCT

Harga terpakai Honda City masih lagi tinggi (antara kereta dengan susut nilai terendah di Malaysia) di mana model Honda City E tahun 2014 boleh didapati dengan harga sekitar RM 40k.

2017 Honda City Hybrid details

Bajet harga sekitar RM 60k lebih disyorkan, di mana model Sport Hybrid i-DCD boleh didapati, atau model dengan tahun yang lebih baik. Ragu-ragu tentang kebolehan hibrid? Baca dulu panduan berikut.

Baca: Panduan kereta terpakai: Toyota Prius, Honda Insight, Camry Hybrid kini berharga serendah RM 40,000 sahaja? 

Mengapa Honda City masih lagi pilihan terbaik?

Honda City GM6 kini lebih murah dari Proton Persona baru - berbaloi harga sekitar RM 40k? 01

Alasan paling utama, Honda City GM6 adalah sebuah sedan praktikal dan luas, menepati kesemua ciri yang anda mahukan dalam sebuah sedan tiga-kotak tradisional. Seperti mana dalam model Honda moden, kabin dalaman Honda City ini disusun dengan sangat baik.

Honda City rear space

Ruang kaki yang luas

Kesemua susun atur direka dengan bijak dan ergonomi yang betul. Terdapat banyak ruang dan poket yang berguna untuk meletakkan telefon, dompet, botol dan lain-lain. Honda City mempunyai ruang terbaik di dalam kelasnya dan ini terbukti. Jangan lupa, kesemua ruang ini adalah dari sebuah sedan segmen B.

Honda City GM6 kini lebih murah dari Proton Persona baru - berbaloi harga sekitar RM 40k? 03

526 liter

Honda City mempunyai jumlah but yang cukup besar iaitu 526 liter. Ini bermakna, Honda City telah menjuarai ruang but belakang sejak dari generasi terdahulu lagi. 

Lebih baik lagi, bukaan but juga agak lebar, menjadikan tugas-tugas memuatkan atau memunggah barang sangat senang. Di samping itu, Honda City mampu melipat tempat duduk belakangnya menjadi rata tetapi ia bukanlah ciri Ultra Seat, hanya sekadar boleh dilipat sahaja.

Honda City GM6 kini lebih murah dari Proton Persona baru - berbaloi harga sekitar RM 40k? 04

Dari segi kelengkapan, model-model Honda City pra-facelift masih mempunyai spesifikasi yang mencukupi. Apa apa pun, varian S paling rendah (pra-facelift) tidak dilengkapi dengan kawalan kestabilan yang sangat penting justeru elakkan varian ini selagi boleh. Nak lebih jelas? Kami perincikan ciri kelengkapan Honda City GM6 lebih lanjut di bawah.

Ciri kelengkapan Honda City pra-facelift
  S S+ E V
Lampu depan Bukan
LED
Bukan
LED
Bukan
LED
Bukan
LED
VSC
Beg udara 2 2 2 6
Kunci Pintar
Penyaman Udara
Automatik
Cruise
Control
Paddle
Shifter
Kamera
Pandang Belakang

Model Honda City facelift lebih pemurah dari segi ciri kelengkapan standard berbanding model pre-facelift. Lihat sahaja jadual di bawah untuk melihat penambahbaikan yang ditawarkan.

Ciri kelengkapan Honda City facelift
  S E Hybrid V
Lampu depan Bukan
LED
Bukan
LED
Bukan
LED
LED
VSC
Beg udara 2 4 4 6
Kunci Pintar
Penyaman Udara
Automatik
Cruise
Control
Paddle
Shifter
Kamera
Pandang Belakang

Bagaimana dengan sensasi pemanduan?

Honda City GM6 kini lebih murah dari Proton Persona baru - berbaloi harga sekitar RM 40k? 05

Honda City terkenal dengan karakter pemanduan yang tenang dan lancar. Ia bukanlah sebuah model yang sesuai untuk 'dilenjan' peminat sukan permotoran justeru gunakan ia dalam lingkungan pemandu berkeluarga kecil atau besar sahaja.

Honda City GM6 kini lebih murah dari Proton Persona baru - berbaloi harga sekitar RM 40k? 06

Untuk satu dos keseronokan, Honda City Hybrid i-DCD adalah pilihan yang lebih baik. Sensasi tork elektrik segera, memberikan lonjakan pedal yang responsif dan kegembiraan terhadap pengalaman pemanduan.

Transmisi dwi klac (DCT) 7-kelajuan yang dibawa ke dalam campuran trenkuasa juga benar-benar membawa senyuman ke wajah anda.

Bagaimana dengan kos pemilikan?

Honda City GM6 kini lebih murah dari Proton Persona baru - berbaloi harga sekitar RM 40k? 01

Sekiranya anda berminat dengan Honda City GM6/GM7 terpakai, berikut adalah anggaran kos pemilikan dan penyelenggaraan kereta ini.

Kos pemilikan Honda City GM6/7 
  Pra-FL
& FL
S, E
FL
Hibrid
Pra-FL
& FL
V
Cukai
Jalan (RM)
90 90 90
Tayar/biji (RM) 200 205 205
Saiz
tayar
175/65
R15
185/55
R16
185/55
R16
Servis biasa
setiap 10k km
267 267 267

Seperti mana model Honda yang lain, kos pemilikan dan penyelenggaraan Honda City tidak terlalu membebankan. Sangat sesuai bagi mereka yang mencari sebuah sedan keluarga.

2017 Honda City engine

Atas: Honda City i-VTEC. Bawah: Honda City hibrid

Berkenaan dengan masalah biasa, Honda City GM6 berkongsi kebanyakan bahagian mekanikal dengan Honda Jazz GK. Jika dilihat kepada kedua-dua model ini, tidak banyak masalah yang dapat dikongsikan.

Honda City GM6 kini lebih murah dari Proton Persona baru - berbaloi harga sekitar RM 40k? 03

Kami bertanya kepada Mr Kent Goh, pemilik XD Autowerkz. Dia berpendapat bahawa, Honda City GM6 tidak mempunyai masalah besar atau keluhan. Apa yang perlu dititikberatkan adalah Honda City hanya memerlukan penyelenggaraan biasa yang berdisiplin dan segala masalah besar tidak akan timbul.

Honda City GM6 kini lebih murah dari Proton Persona baru - berbaloi harga sekitar RM 40k? 04

Bagi Honda City GM7 Sport Hybrid i-DCD, rata-rata pemilik memberikan maklum balas yang sama. Tiada masalah besar, secara mekanikal secara umumnya. Tambahan pula, motor hibrid Honda City mempunyai jaminan selama 8 tahun untuk bateri hibrid lithium ion demi ketenangan fikiran anda.

Konklusi

Honda City GM6 kini lebih murah dari Proton Persona baru - berbaloi harga sekitar RM 40k? 05

Secara peribadi, ramai yang bertanyakan mengenai model Honda City terpakai bagi mereka yang mahu mengelak dari menggunakan jenama nasional. Itu pilihan masing-masing tetapi dengan saiz but terbesar dalam segmennya, sukar untuk menidakkan nilai yang diberikan oleh Honda City.

Honda City GM6 kini lebih murah dari Proton Persona baru - berbaloi harga sekitar RM 40k? 06

Satu-satunya kekurangan Honda City terpakai adalah ketiadaan sistem bantuan pemandu ADAS yang menjadi fungsi penting dalam kenderaan marcapada ini. Namun, ini bukanlah sesuatu kekurangan besar kerana Proton Persona facelift 2022 baru-baru ini juga masih tidak mempunyai fungsi tersebut. Apa pula kata anda?

Baca juga: Berminat dengan Honda Jazz terakhir (GK) Malaysia? RM 60k je untuk model terpakai!

Honda City GM6 kini lebih murah dari Proton Persona baru - berbaloi harga sekitar RM 40k? 07

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda