window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda City hatchback 2021 - Filipina bakal lancar lebih awal dari Malaysia, turut tamatkan Honda Jazz!

Haris ยท Apr 14, 2021 06:00 PM

Honda City hatchback 2021 - Filipina bakal lancar lebih awal dari Malaysia, turut tamatkan Honda Jazz! 01

Honda Jazz bakal ditamatkan jualan di Filipina, seperti yang disahkan oleh portal Autoindustriya. Pada masa yang sama, Honda Cars Filipina juga turut mengumumkan di laman Facebook rasmi mereka bahawa ia Honda City Hatchback akan dilancarkan pada 20 April, seminggu dari sekarang.

Honda City hatchback 2021 - Filipina bakal lancar lebih awal dari Malaysia, turut tamatkan Honda Jazz! 02

Honda City Hatchback pemanduan sebelah kiri (LHD) akan diimport dari Thailand atau Indonesia kerana Honda telah menutup kilang di Filipina. Ia juga akan menerima saingan sengit daripada Mitsubishi Mirage, Suzuki Swift, Toyota Yaris dan Mazda 2.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda City hatchback 2021 - Filipina bakal lancar lebih awal dari Malaysia, turut tamatkan Honda Jazz! 01

Spesifikasi yang ditawarkan berkemungkinan besar akan mengikut spesifikasi pasaran Indonesia. Ia akan dikuasakan oleh enjin empat silinder 1.5 liter NA i-VTEC DOHC, tetapi tiada pilihan transmisi manual 5-kelajuan seperti yang ditawarkan di Indonesia.

Hal ini berikutan Honda Jazz pasaran Filipina yang akan ditamatkan pengeluaran hanya ditawarkan dengan transmisi CVT.

Honda City hatchback 2021 - Filipina bakal lancar lebih awal dari Malaysia, turut tamatkan Honda Jazz! 02

Di Malaysia, jualan Honda Jazz juga terjatuh teruk dengan penguasaan Toyota Yaris yang lebih baharu. Model Toyota tersebut kini menguasai sehingga 73% pasaran hatchback segmen B untuk jenama bukan domestik.

Honda City hatchback 2021 - Filipina bakal lancar lebih awal dari Malaysia, turut tamatkan Honda Jazz! 03

Ultra Seat kini dijenamakan semula sebagai ULTR Seat

Honda City hatchback 2021 juga telah dirancang untuk Malaysia tetapi ia akan mengambil sedikit masa. Model ini dijangka akan dilancarkan separuh kedua tahun 2021 dengan pemasangan tempatan (CKD). Justeru, masa diperlukan untuk mempersiapkan kilang pemasangan Honda di Pegoh, Melaka.

Honda City hatchback 2021 - Filipina bakal lancar lebih awal dari Malaysia, turut tamatkan Honda Jazz! 04

Untuk Honda City hatchback 2021 pasaran Malaysia, ia berkemungkinan besar akan mengikut spesifikasi Honda City sedan. Enjin empat silinder 1.5 liter NA i-VTEC DOHC dengan padanan transmisi CVT automatik. 

Malah, Honda City hatchback RS juga berkemungkinan untuk ditawarkan; varian paling atas Honda City dengan enjin hibrid e:HEV yang dijual pada harga RM 106k.

Bacaan Lanjut:

Honda City hatchback 2021 dilancarkan di Indonesia - 1.5L, varian RS, ada pilihan manual!

77% rakyat Jepun melihat Honda City Hatchback sebagai pengganti Honda Civic generasi pertama!

Amacam, Honda City Hatchback 2021 boleh cantas peminat Yaris atau tak?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda