window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda City Hatchback 2021 dilancarkan! 1.0 Turbo, 122 PS, tiba di Malaysia tahun 2021!

Haris ยท Nov 24, 2020 02:00 PM

Honda City Hatchback 2021 dilancarkan! 1.0 Turbo, 122 PS, tiba di Malaysia tahun 2021! 01

Honda City Hatchback 2021 telah melakukan debut pertama di dunia melalui pelancaran di Thailand. Turut dilancarkan di samping Honda City Hatchback 2021 adalah Honda City e:HEV hybrid 2021.

Honda City Hatchback 2021 dilancarkan! 1.0 Turbo, 122 PS, tiba di Malaysia tahun 2021! 01

Disebut-sebut sebagai pengganti Honda Jazz, Honda City Hatchback 2021 nampaknya mengekalkan kelengkapan yang sama dengan Honda Jazz. Ciri yang dimaksudkan adalah tempat duduk Ultra Seat yang boleh dikonfigurasikan kepada 4 mod pelarasan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda City Hatchback 2021 dilancarkan! 1.0 Turbo, 122 PS, tiba di Malaysia tahun 2021! 01

Hatchback segmen B terbaru ini masih kelihatan seperti Honda City sedan pada bahagian depan dengan but belakang jenis hatch. Ia menerima lampu hadapan projektor dengan lampu LED pada bahagian belakang dan lampu siang DRL LED.

Honda City Hatchback 2021 dilancarkan! 1.0 Turbo, 122 PS, tiba di Malaysia tahun 2021! 02

Rekaan luarnya juga mempunyai antena sirip jerung dan rim aloi 15 inci rekaan multi spoke (varian RS menerima rim 16 inci) yang melengkapkan lagi rupa Honda City Hatchback 2021 ini.

Honda City Hatchback 2021 dilancarkan! 1.0 Turbo, 122 PS, tiba di Malaysia tahun 2021! 03

Kabin bahagian dalam menerima tona gelap keseluruhannya dan yang lebih menarik lagi adalah konsol tengah dengan kemasan hitam piano. Plastik sentuhan lembut digunakan dengan tempat duduk kemasan kulit hitam (varian SV) dengan tambahan jalur merah pada varian RS. 

Honda City Hatchback 2021 dilancarkan! 1.0 Turbo, 122 PS, tiba di Malaysia tahun 2021! 04

Sistem infotainment dilengkapi dengan skrin 8 inci Advanced Touch Connect bercahaya dengan fungsi Apple Carplay. Roda stereng pula turut dilengkapi dengan butang kawalan untuk panggilan telefon, radio dan sebagainya. Selain itu, ia turut mempunyai penyaman udara automatik, keyless start, kemasukan tanpa kunci pintar dan paddle shifter (varian RS sahaja).

Honda City Hatchback 2021 dilancarkan! 1.0 Turbo, 122 PS, tiba di Malaysia tahun 2021! 05

Mengambil peluang terhadap inisiatif cukai kenderaan hijau di Thailand, Honda City hatchback 2021 menggunakan enjin 1.0 liter VTEC Turbo 3 silinder yang dipadankan dengan transmisi CVT Honda. Enjin tersebut mampu menjana sehingga 122 PS kuasa kuda dengan 173 Nm tork.

Pilihan enjin turbo tersebut berkemungkinan besar tidak akan digunakan bagi pasaran Malaysia. Spesifikasi Malaysia akan menggunakan pilihan enjin lain.

Honda City Hatchback 2021 dilancarkan! 1.0 Turbo, 122 PS, tiba di Malaysia tahun 2021! 06

Bagi ciri keselamatan pula, Honda City Hatchback 2021 didatangkan dengan 6 beg udara, ABS dengan EBD, kawalan kestabilan VSA, HSA dan ESS. Untuk kemudahan pemandu, terdapat fungsi Cruise Control, Kamera Pandang Belakang pelbagai penjuru dan tidak lupa juga, tempat duduk Ultra Seat.

Honda City Hatchback 2021 dilancarkan! 1.0 Turbo, 122 PS, tiba di Malaysia tahun 2021! 07

Honda City hatchback 2021 hadir dalam 3 varian S+, SV dan RS. 6 warna ditawarkan dan warna kelabu metalik adalah eksklusif pada Honda City hatchback varian RS. Pelancaran di Malaysia dijangka akan berlaku pada suku kedua tahun 2021. Berminat dengan Honda City hatchback 2021?

Laman web rangkaian kami: Autofun Thailand

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda