window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda City Hatchback 2021 kini 4x ganda lebih laris berbanding Toyota Yaris di Indonesia!

Haris ยท Sep 24, 2021 07:00 PM

Honda City Hatchback 2021 kini 4x ganda lebih laris berbanding Toyota Yaris di Indonesia! 01

Penerimaan Honda City Hatchback RS di Indonesia dilihat semakin meningkat dari hari ke hari. Malah rekod penjualan bulan Ogos menunjukkan bahawa City Hatchback telah meninggalkan Toyota Yaris jauh di belakang.

Berdasarkan data daripada GAIKINDO untuk Januari - Ogos 2021, PT Honda Prospect Motor (HPM) melaporkan bahawa penjualan Honda City Hatchback RS pada bulan Ogos 2021 adalah sebanyak 1,840 unit.

Honda City Hatchback 2021 kini 4x ganda lebih laris berbanding Toyota Yaris di Indonesia! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pada masa yang sama, PT Toyota Astra Motor (TAM) hanya mampu menjual sebanyak 406 unit Toyota Yaris. Ini bermaksud bahawa penjualan Honda City Hatchback RS bulan Ogos adalah 4x ganda lebih tinggi berbanding Toyota Yaris.

Baca: Lebih laris, Honda City Hatchback di Indonesia terjual 2x ganda Honda Jazz!

Honda City Hatchback 2021 kini 4x ganda lebih laris berbanding Toyota Yaris di Indonesia! 01

Pencapaian Honda City Hatchback RS sememangnya sangat mengagumkan. Hal ini kerana HPM baru sahaja melancarkan Hatchback tersebut pada April 2021. Malah, hatchback ini juga hanya ditawarkan dalam satu varian (varian RS) dengan 2 pilihan transmisi.

Berbeza dengan Toyota yang telah menjual Toyota Yaris sejak awal tahun ini. Di samping itu, Toyota Yaris turut hadir dengan lebih banyak varian model. Bermula dari Yaris manual G (M / T), Yaris automatik CVT G, dan paling atas Yaris TRD Sportivo.

Honda City Hatchback 2021 kini 4x ganda lebih laris berbanding Toyota Yaris di Indonesia! 02

Tidak ketinggalan juga pilihan sama ada dilengkapi dengan 3 beg udara atau 7 beg udara. Malah pada bulan Ogos lepas, TAM juga telah menambahkan barisan produk Yaris dengan varian Yaris GR Sport.

Baca: Toyota Yaris GR-Sport 2021 didedahkan - manual 5 kelajuan, harga dari RM 79k!

Terdapat sekurang-kurangnya 12 variasi Toyota Yaris yang dijual dalam pasaran Indonesia berbanding Honda City Hatchback yang mempunyai 2 variasi sahaja.

Honda City Hatchback 2021 kini 4x ganda lebih laris berbanding Toyota Yaris di Indonesia! 03

Atas: Toyota Yaris GR Sport Indonesia. Bawah: Toyota Yaris Malaysia

Data GAIKINDO juga memperlihatkan angka jualan Honda City Hatchback adalah dalam kadar 4 angka. Bulan Jun 2021 menyaksikan angka jualan 1,494 unit manakala bulan Julai 2021 pula mencatatkan 1,389 unit. Jualan yang konsisten ini dijangka berterusan sehingga akhir tahun.

Berbeza pula dengan Toyota Yaris, bulan Jun 2021 mencatatkan 1,184 unit tetapi menurun pada kadar 3 angka pada bulan Julai 2021 dengan 688 unit dan akhirnya sekadar 406 unit sahaja pada bulan Ogos 2021.

Honda City Hatchback 2021 kini 4x ganda lebih laris berbanding Toyota Yaris di Indonesia! 04

Pemenang pingat emas Olimpik Indonesia menerima Honda City Hatchback

Bayangkan, Honda City Hatchback hanya berada dalam pasaran selama 5 bulan sahaja tetapi jumlah jualan kumulatif telah mencecah 6,317 unit setakat Ogos 2021. Toyota Yaris pula dijual sepanjang tahun tetapi jumlah jualan kumulatif hanya 4,560 unit.

Ketika ini, Honda City Hatchback telah dirancang untuk dilancarkan di Malaysia namun masalah pandemik Covid-19 telah menangguhkan pelancarannya di sini. Adakah Malaysia juga akan memilih Honda City Hatchback berbanding Toyota Yaris nanti? Kredit: Autofun.id

Baca: Honda Civic, HR-V terpaksa ditangguh, tapi City Hatchback sah masuk Malaysia tahun 2021!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda