Honda City Hatchback 2021 vs Honda Jazz 2020 – yang mana lebih baik?

Faisal · Nov 24, 2020 03:00 PM

Honda City Hatchback 2021 vs Honda Jazz 2020 – yang mana lebih baik? 01

Seperti yang pernah dimaklumkan, Honda Jazz generasi terbaru tidak akan diperkenalkan di Malaysia. Walaupun model ini telah menjadi satu kejayaan, Honda Malaysia perlu menawarkan sesuatu yang lebih menepati citarasa pasaran. Namun begitu, mengapakah Honda Jazz digantikan dengan Honda City Hatchback?

Honda City Hatchback 2021 vs Honda Jazz 2020 – yang mana lebih baik? 02

Untuk maklumat anda, Honda Jazz generasi keempat hanya dilancarkan di Jepun, Eropah, dan China. Pelancaran di Amerika pula masih belum diumumkan. Di Jepun, ia hadir dengan pilihan enjin hibrid penuh 1.5L i-MMD atau enjin 1.3L aspirasi natural DOHC. Menariknya, pasaran Eropah hanya hadir dengan enjin hibrid penuh. Di China pula, Honda Jazz didatangkan dengan enjin 1.5L aspirasi natural DOHC.

Honda City Hatchback 2021 vs Honda Jazz 2020 – yang mana lebih baik? 03

Honda City Hatchback yang mirip Mercedes-Benz A-Class?

Dengan piawaian pelepasan kadar karbon yang ketat di Jepun dan Eropah, Honda Jazz terbaru mungkin tidak dapat menguasai pasaran Malaysia seperti dahulu kerana ia dibangunkan dengan falsafah yang berbeza.

Honda City Hatchback 2021 vs Honda Jazz 2020 – yang mana lebih baik? 04

Honda City Hatchback vs Honda Fit-Ness di Jepun

Dari segi visual, Honda Jazz generasi keempat menampilkan rupa paras yang kemas dan moden, interior yang ringkas dengan roda stereng 2 jejari, kluster instrumen seperti sebuah telefon pintar, dan kabin yang cukup lapang.

Honda City Hatchback 2021 vs Honda Jazz 2020 – yang mana lebih baik? 05

Interior Honda Jazz terbaru yang mungkin tidak kena dengan jiwa rakyat Malaysia

Namun begitu, falsafah sebegini mungkin tidak bersesuaian di rantau ASEAN terutamanya di Malaysia.

Honda City Hatchback 2021 vs Honda Jazz 2020 – yang mana lebih baik? 06

Honda City Hatchback dengan kit badan Modulo

Maka itu, Honda City versi hatchback diperkenalkan khusus untuk pasaran ASEAN. Dengan perasmiannya di Thailand sebentar tadi, ia mengikuti trend yang sama seperti Toyota Yaris dan Yaris Ativ (Vios di Malaysia). Sebagai contoh, wajah hadapannya mirip Honda City tetapi rupa paras di belakang menampilkan rekaan hatchback yang unik.

Honda City Hatchback 2021 vs Honda Jazz 2020 – yang mana lebih baik? 07

Perbandingan
Aspek City HB Jazz baru Jazz sedia ada
Panjang (mm) 4,449 3,995 3,989
Lebar (mm) 1,748 1,695 1,694
Tinggi (mm) 1,488 1,515 1,524
Jarak roda (mm) 2,589 2,530 2,530

Dari segi dimensi, Honda City Hatchback sebenarnya lebih besar daripada Honda Jazz yang sedia ada. Malah ia juga lebih besar daripada Honda Jazz terbaru yang kita tidak perolehi.

Honda City Hatchback 2021 vs Honda Jazz 2020 – yang mana lebih baik? 08

Ciri susunan Ultra Seats yang terkenal pada Honda Jazz turut hadir pada Honda City Hatchback
Perbandingan 
Aspek City Hatchback City sedan
Panjang (mm) 4,449 4,553
Lebar (mm) 1,748 1,748
Tinggi (mm) 1,488 1,467
Jarak roda (mm) 2,589 2,589

Jika dibandingkan dengan Honda City sedan pula, versi hatchback ini lebih pendek sebanyak 104 mm. Menariknya, ia 21 mm lebih tinggi daripada versi sedan.

Honda City Hatchback 2021 vs Honda Jazz 2020 – yang mana lebih baik? 09

Pelancaran Honda City Hatchback di Thailand hadir dengan enjin 1.0L 3-silinder VTEC Turbo yang menghasilkan 122 PS dan 173 Nm tork. Enjin ini dipadankan dengan transmisi CVT. Untuk pengetahuan anda, enjin kecil sebegini hadir bagi mematuhi piawaian Eco Car fasa 2 di Thailand. Pada masa yang sama, varian hibrid penuh (e:HEV) turut dilancarkan tetapi di dalam bentuk sedan (sama seperti Honda City RS).

Konklusi

Honda City Hatchback 2021 vs Honda Jazz 2020 – yang mana lebih baik? 10

Imej pelancaran Honda City Hatchback daripada saudara kami di AutoFun

Honda City Hatchback akan tiba di Malaysia pada tahun depan tetapi seperti Honda City, ia tidak akan menggunakan enjin 1.0L VTEC Turbo memandangkan negara kita tidak memiliki undang-undang yang ketat seperti di Thailand. Berdasarkan pengalaman kami juga, keputusan Honda Malaysia untuk menggunakan enjin 1.5L aspirasi natural DOHC i-VTEC adalah wajar.

Honda City Hatchback 2021 vs Honda Jazz 2020 – yang mana lebih baik? 11

Pintu but belakang versi hatchback

Maka itu, hampir pasti bahawa Honda City Hatchback akan didatangkan dengan enjin yang sama seperti Honda City sedan. Malah ia juga berkemungkinan dilancarkan sekali dengan enjin 1.5L i-MMD.

Honda City Hatchback 2021 vs Honda Jazz 2020 – yang mana lebih baik? 12

Oleh itu, apa pendapat anda? Anda lebih sukakan penampilan sporty pada Honda City Hatchback atau penampilan moden pada Honda Jazz terbaru?

Honda City Hatchback 2021 vs Honda Jazz 2020 – yang mana lebih baik? 13

Komen

tradeInTool.upto20

2021 Honda City Hatchback International Version

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Terkini

    Cek Lebih

    Model Terbaru