window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda City Hatchback 2021 – debut global di Thailand pada 24 Nov, akan tiba di Malaysia?

Zamil Syaheer · Nov 16, 2020 05:00 PM

Honda City Hatchback 2021 – debut global di Thailand pada 24 Nov, akan tiba di Malaysia? 01

Sumber imej carsmagazine.ar

Berdasarkan maklumat sahih dari rakan media kami di Autofun Thailand, nampaknya Honda City Hatchback 2021 bakal membuat debut global di Thailand pada 24 November 2020.

Apakah itu Honda City Hatchback?

Honda City Hatchback 2021 – debut global di Thailand pada 24 Nov, akan tiba di Malaysia? 02

Source: Indian Autos Blog

Jika anda mengikut halaman FB WapCar – BM, anda semestinya tahu bahawa Honda City Hatchback bakal mengambil tempat Honda Jazz generasi keempat di rantau ASEAN.

Hala tuju Jazz kini untuk pasaran yang lebih berkembang seperti Eropah dan Jepun.

Honda City Hatchback 2021 – debut global di Thailand pada 24 Nov, akan tiba di Malaysia? 03

Toyota Yaris 2021 'facelift', maklumat lanjut disini.

Sama juga dengan Toyota Yaris yang dijual di negara kita, China, dan Amerika Selatan. Yaris untuk pasaran Eropah dan Japan menggunakan platform TNGA.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ada ke kelibat Honda City Hatchback di jalan raya?

Honda City Hatchback 2021 – debut global di Thailand pada 24 Nov, akan tiba di Malaysia? 01

Rekaan roda depan sama dengan City varian V dan RS untuk pasaran Malaysia.

Ada, pada bulan Jun yang lalu walaupun ia ditutup penuh dengan penyamaran. Jika anda lihat dengan lebih terperinci, anda boleh lihat roda 16 inci yang ada pada City pasaran Malaysia.

Honda City Hatchback 2021 – debut global di Thailand pada 24 Nov, akan tiba di Malaysia? 02

Kami menguji pandu Honda City tempoh hari – ianya selesa dan lincah.

Selain daripada itu, terdapat beberapa imej patent yang bocor di laman web, dimana ia menjadi asas untuk imej lakaran seperti di bawah.

Honda City Hatchback 2021 – debut global di Thailand pada 24 Nov, akan tiba di Malaysia? 03

Imej lakaran di Indian Autos Blog yang tular.

Jangan terasa hampa dengan ketiadaan Honda Jazz, kerana Honda City juga akan menjadi sebuah pengganti yang mantap juga.

Jangan lupa Honda Civic 2022!

Honda City Hatchback 2021 – debut global di Thailand pada 24 Nov, akan tiba di Malaysia? 04

Di serata dunia pula, Honda Civic 2022 bakal membuat debut global pada 17 November 2020. Walaupun ia masih lagi dalam bentuk prototaip, imej lakaran hasil karya penulis Bahasa Inggeris kami Arif ini sedikit sebanyak memberi gambaran yang jelas.

Nampaknya bulan ini adalah bulan yang sibuk bagi Honda! Tinggalkan komen anda tentang model manakah yang anda tak sabar untuk lihat.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda