window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda City Hatchback 2021 – pelancaran di Indonesia 3 Mac ini? Malaysia bila pula?

Faisal · Mar 1, 2021 03:00 PM

Honda City Hatchback 2021 – pelancaran di Indonesia 3 Mac ini? Malaysia bila pula? 01

Seperti yang pernah dimaklumkan, Perodua Ativa (D55L) 2021 akan dilancarkan di tanah air pada Rabu ini. Pada hari yang sama, Honda City Hatchback 2021 juga akan dilancarkan di Indonesia.

Honda City Hatchback 2021 – pelancaran di Indonesia 3 Mac ini? Malaysia bila pula? 02

Honda City Hatchback sewaktu ia membuat debut pertama di Thailand.

Menurut email yang diterima oleh para media di Indonesia, Honda Prospect Motor (HPM) nampaknya bakal melancarkan sebuah model baru pada 3 Mac 2021. Minggu lepas, mereka baru sahaja melancarkan Honda Odyssey facelift.

Apapun, HPM belum mendedahkan nama model yang bakal dilancarkan pada rabu ini. Tetapi, spekulasi media mengatakan bahawa ia adalah Honda City Hatchback.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Honda Indonesia (@hondaisme) 分享的帖子

Beberapa hari yang lalu, laman Instagram Honda Indonesia, @Hondaisme telah memuat naik klip video 10 saat, memperlihatkan kelibat Honda City hatchback yang bergerak secara laju.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Honda Indonesia (@hondaisme)

Tidak lama kemudian, mereka sekali lagi memuat naik klip video yang seolah-olah mengacah bahagian lampu depan.

Honda City Hatchback 2021 – pelancaran di Indonesia 3 Mac ini? Malaysia bila pula? 01

Untuk maklumat anda, ketibaan Honda City hatchback di Indonesia cukup dijangka memandangkan nama model ini pernah bocor di laman Samsat (jabatan seperti JPJ di Indonesia).

Honda City Hatchback 2021 – pelancaran di Indonesia 3 Mac ini? Malaysia bila pula? 02

Lagi lawa daripada Toyota Yaris?

Disebabkan oleh struktur cukai di Indonesia yang memihak kepada kereta jenis hatchback, HPM nampaknya akan melancarkan City Hatchback terlebih dahulu berbanding City sedan.

Honda City Hatchback 2021 – pelancaran di Indonesia 3 Mac ini? Malaysia bila pula? 03

Enjin 1.0L turbo yang digunakan di Thailand.

Secara umumnya, hatchback segmen B ini menggantikan Honda Jazz di beberapa pasaran ASEAN, termasuklah Malaysia. Mengenai pelancaran di Indonesia, ia dijangka hadir dengan enjin 1.5L yang sama seperti Honda City di Malaysia.

Spesifikasi Honda City 1.5L
Enjin Petrol, 4 silinder, DOHC i-VTEC
Kuasa 121 PS @ 6,600 rpm
Tork 145 PS @ 4,300 rpm
Kelajuan tertinggi 196 km/j

Honda City Hatchback 2021 – pelancaran di Indonesia 3 Mac ini? Malaysia bila pula? 04

Enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang ada pada Honda City sedan.

Di Malaysia, Honda City Hatchback dijangka datang dengan enjin yang sama. Tetapi, pelancarannya mungkin mengambil sedikit masa memandangkan penyediaan untuk pemasangan tempatan (CKD) harus dipersiapkan terlebih dahulu.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda