window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda City Hatchback 2022 dilancar ke Malaysia, dari RM 76k, boleh bikin Yaris goyang!

Faisal ยท Dec 7, 2021 11:39 AM

Honda City Hatchback 2022 dilancar ke Malaysia, dari RM 76k, boleh bikin Yaris goyang! 01

  • Harga bermula RM 75,760, lagi mahal daripada Toyota Yaris
  • 4 varian, termasuk 1 hibrid
  • ULTRA Seats Honda Jazz tetap ada

Honda Malaysia sebentar tadi baru sahaja melancarkan Honda City Hatchback 2022. Pengganti Honda Jazz ini ditawarkan bermula harga RM 75,670 (1.5 S). Harga varian RS e:HEV pula akan diumum kemudian.

Harga Honda City Hatchback 2022 di Malaysia
Varian Harga (RM)
1.5 S 75,670.00
1.5 E 83,080.00
1.5 V 87,860.00
RS e:HEV (Hybrid)  akan diumum
Harga atas jalan, tanpa insurans, termasuk pengecualian cukai jualan SST sehingga 30 Jun 2022

Setakat ini, sebanyak 2,000 tempahan telahpun diterima oleh Honda Malaysia.

Honda City Hatchback 2022 dilancar ke Malaysia, dari RM 76k, boleh bikin Yaris goyang! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Julat harga ini juga lebih kurang sama dengan Toyota Yaris (RM 71k – RM 85k). Untuk pengetahuan anda, City sedan berharga dalam lingkungan RM 74,191 (1.5 S) hingga RM 105,950 (RS e:HEV).

Juga bacaHonda Connect dilancarkan - panggilan kecemasan automatik kepada yang tersayang buat pemilik Honda!

Apa yang unik?

Honda City Hatchback 2022 dilancar ke Malaysia, dari RM 76k, boleh bikin Yaris goyang! 01

Walau dengan falsafah hatchback yang berbeza, aspek praktikaliti yang terkenal pada Honda Jazz seperti fungsi ULTRA Seats tetap beransur pada City Hatchback.

Honda City Hatchback 2022 dilancar ke Malaysia, dari RM 76k, boleh bikin Yaris goyang! 02

Mod Utility, untuk but yang lebih besar.

Honda City Hatchback 2022 dilancar ke Malaysia, dari RM 76k, boleh bikin Yaris goyang! 03

Mod Tall, untuk meletak barang yang tinggi.

Honda City Hatchback 2022 dilancar ke Malaysia, dari RM 76k, boleh bikin Yaris goyang! 04

Mod Refresh. untuk rehat dan santai. Corong penyaman udara belakang hanya untuk varian RS sahaja.

Pembeli ditawarkan dengan empat mod penggunaan (Utility, Long, Tall, Refresh) dan ciri keemasan sebegini tidak ada pada Toyota Yaris ataupun City sedan sendiri.

Juga bacaHonda Jazz kini tular dengan praktikaliti tempat duduk ULTRA Seat!

Honda City Hatchback 2022 dilancar ke Malaysia, dari RM 76k, boleh bikin Yaris goyang! 05

Electric parking brake (EPB) hanya dilengkapkan pada varian RS.

Secara amnya, separuh hadapan buat City Hatchback sememangnya mirip City sedan. Ini termasuklah fasia eksterior, reka bentuk interior dan perincian yang diterapkan.

Honda City Hatchback 2022 dilancar ke Malaysia, dari RM 76k, boleh bikin Yaris goyang! 06

Kluster instrumen digital yang unik untuk varian RS.

Honda City Hatchback 2022 dilancar ke Malaysia, dari RM 76k, boleh bikin Yaris goyang! 07

Varian RS datang eksklusif dengan tempat duduk kulit berbahan suede.

Spesikasi seperti roda stereng uretana dan tempat duduk fabrik buat varian 1.5 S dan 1.5 E juga mirip City sedan. Varian 1.5 V dan RS pula menggunakan roda stereng dan tempat duduk berbahan kulit.

Honda City Hatchback 2022 dilancar ke Malaysia, dari RM 76k, boleh bikin Yaris goyang! 08

Varian 1.5 V, bampar dan reka bentuk roda yang cukup konservatif.

Honda City Hatchback 2022 dilancar ke Malaysia, dari RM 76k, boleh bikin Yaris goyang! 09

Varian RS dengan sentuhan warna hitam dan rim dwi-tona. Warna Ignite Red Metallic ini juga khas untuk hatchback sahaja.

Pada bahagian luar, City Hatchback dilengkapkan dengan reka bentuk roda 15 dan 16 inci yang sama dengan City sedan, termasuklah lampu depan LED untuk varian atas (projektor halogen untuk 1.5 S). Apapun, penggunaan lampu belakang jenis LED didadatangkan sebagai kelengkapan standard.

Juga baca77% orang Jepun melihat Honda City Hatchback sebagai pengganti Honda Civic generasi pertama!

Honda City Hatchback 2022 dilancar ke Malaysia, dari RM 76k, boleh bikin Yaris goyang! 10

Honda City Hatchback 2022 dilancar ke Malaysia, dari RM 76k, boleh bikin Yaris goyang! 11

Unik untuk varian RS adalah sentuhan agresif seperti perumah lampu kabus yang lebih garang, diffuser depan dan belakang ala gentian karbon, gril depan bersentuhan hitam kilat dan cermin sisi yang berwarna hitam.

Trenkuasa

Honda City Hatchback 2022 dilancar ke Malaysia, dari RM 76k, boleh bikin Yaris goyang! 12

Enjin petrol konvensional.

Varian S, E, dan V dikuasakan oleh enjin petrol 1.5L DOHC yang menghasilkan 121 PS dan 145 Nm tork. Kuasa dihantar ke roda depan melalui transmisi CVT.

Honda City Hatchback 2022 dilancar ke Malaysia, dari RM 76k, boleh bikin Yaris goyang! 13

City Hatchback RS pula menggunakan trenkuasa hibrid yang dijana oleh dua motor Intelligent Multi-Mode Drive, i-MMD (108 PS, 253 Nm) dan enjin 1.5L i-VTEC berkitaran Atkinson (98 PS, 127 Nm).

Honda City Hatchback 2022 dilancar ke Malaysia, dari RM 76k, boleh bikin Yaris goyang! 14

Paddle shifter pada varian RS bukanlah untuk tukar gear. Ini fungsi yang sebenar.

Honda mendakwa bahawa varian RS menelan petrol serendah 3.6 liter/100 km. Varian konvensional pula pada 5.4 liter untuk setiap 100 km.

Honda City Hatchback 2022 dilancar ke Malaysia, dari RM 76k, boleh bikin Yaris goyang! 15

Sama seperti City sedan, versi hatchback juga dipasang lokal (CKD) di Pegoh, Melaka. Untuk makluman anda, kilang ini turut memasang pek bateri bervoltan tinggi (Intelligent Power Unit atau IPU) yang diguna pada City RS e:HEV. Bagi anda yang belum tahu, ini adalah yang pertama di Asia Tenggara.

Keselamatan

Honda City Hatchback 2022 dilancar ke Malaysia, dari RM 76k, boleh bikin Yaris goyang! 16

Kamera monokular ada sudut operasi yang lebih lebar daripada kamera yang diguna pada Civic FC.

Honda City Hatchback RS dilengkapkan dengan bantuan keselamatan ADAS Honda Sensing yang meliputi ciri seperti:

  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Lane Keep Assist System (LKAS)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Auto High Beam (AHB)

Honda City Hatchback 2022 dilancar ke Malaysia, dari RM 76k, boleh bikin Yaris goyang! 17

Apapun secara standard, City Hatcback tetap hadir dengan 4 beg udara, Hill Start Assist, Vehicle Stability Assist dan pengesan halangan undur. Varian V dan RS pula dipertingkatkan dengan 6 beg udara dan kamera Honda LaneWatch.

Juga bacaSistem Bantuan Pemandu (ADAS) dalam Honda Civic (Honda Sensing) adalah yang terbaik!

Pakej aksesori tambahan

Honda City Hatchback turut ditawarkan dengan empat pilihan aksesori tambahan yang terdiri daripada Modulo Package, Urban Package, Utility Pack dan Protection Package.

Honda City Hatchback 2022 dilancar ke Malaysia, dari RM 76k, boleh bikin Yaris goyang! 18

Untuk perincian lanjut, ikuti rebiu kami mengenai Honda City Hatchback di bacaan bawah.

Juga bacaRebiu: Honda City Hatchback 1.5 V 2022 di Malaysia – pesaing Yaris lebih tradisional, bukan hibrid

 

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda