Jika nama e:HEV itu macam pernah dengar, ini kerana Honda City RS di Malaysia menggunakan enjin yang sama. Maksudnya, City Hatchback hibrid ini bakal menggunakan enjin dengan sistem Intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD).
Untuk rangkuman anda, trenkuasa hibrid penuh ini merangkumi enjin petrol kitaran Atkinson 1.5 liter (98 PS, 127 Nm) dan motor daya tarikan elektrik (109 PS, 253 Nm).
Pada masa ini, City Hatchback yang sedang kuat ‘menapau’ Toyota Yaris dikuasakan oleh enjin 1.0 liter 3-silinder bercas turbo eksklusif untuk pasaran Thailand kerana memenuhi syarat untuk cukai yang lebih rendah di bawah polisi EcoCar II.
Untuk wilayah ASEAN yang menjual City Hatchback seperti Indonesia, dan baru-baru ini Filipina - tidak ada peraturan sebegitu. Justeru, City Hatchback mendapat enjin 1.5 liter 4-silinder aspirasi natural.
Setelah diperkenalkan di sini, kami pasti ia akan menggunakan enjin 4-silinder 121 PS / 145 Nm yang sama pada City biasa, sementara (mungkin) City Hatchback RS akan menggunakan sistem hibrid.
More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.