window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda City Hatchback e:HEV hibrid debut global - 253 Nm, raja tork hatchback?

Haris ยท Jun 24, 2021 04:30 PM

Honda City Hatchback e:HEV hibrid debut global - 253 Nm, raja tork hatchback? 01

Honda Thailand kini telah menambah perisa baharu kepada varian Honda City Hatchback di sana. Kali ini, Honda City Hatchback hibrid e:HEV i-MMD ditawarkan bagi memenuhi selera Thailand yang kini peneraju dalam era elektrifikasi. 

Perincian model hibrid

Honda City Hatchback e:HEV hibrid debut global - 253 Nm, raja tork hatchback? 02

Enjin 1.5 liter hibrid i-MMD melakukan debut global pada pelancaran Honda City di Malaysia. Enjin hibrid e:HEV ini mengeluarkan output gabungan sekitar 109 PS kuasa kuda dan 253 Nm tork dengan gandingan transmisi e-CVT.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda City Hatchback e:HEV hibrid debut global - 253 Nm, raja tork hatchback? 01

Ketika ini, Honda City Hatchback dikuasakan oleh enjin 3-silinder 1.0 liter bercaj turbo yang eksklusif untuk pasaran Thailand. Kehadiran model hibrid menjadikan varian ini model paling atas dalam barisan model Honda City Hatchback.

Rekaan luaran dan dalaman

Honda City Hatchback e:HEV hibrid debut global - 253 Nm, raja tork hatchback? 02

Model mercu ini menggunakan lampu LED pada bahagian hadapan, belakang dan sebagai lampu siang DRL. Ia juga turut mengenakan rim aloi 16 inci dua tona dan beberapa perincian RS yang lain. Umumnya, ia mencerminkan Honda City RS yang ada di Malaysia tetapi dalam bentuk hatchback.

Honda City Hatchback e:HEV hibrid debut global - 253 Nm, raja tork hatchback? 03

Pada bahagian dalam pula, varian ini menerima kluster instrumen digital 8-inci RS dan pedal minyak jenis sporty. Hiburan dikuasakan oleh sistem infotainment skrin sesentuh 8-inci dengan fungsi Android Auto dan Apple CarPlay, menyalurkan audio ke susunan 8-pembesar suara.

Honda City Hatchback e:HEV hibrid debut global - 253 Nm, raja tork hatchback? 04

Tiada brek tangan di sini

Penggunaan trenkuasa hibrid memberi ruang kepada brek parkir elektronik (EPB) berbanding brek tangan biasa dalam model Honda City Hatchback biasa. Selain itu, susunan tempat duduk ULTR Seat yang sinonim dengan hatchback Honda turut ditawarkan.

Honda City Hatchback e:HEV hibrid debut global - 253 Nm, raja tork hatchback? 05

Sistem telematik kenderaan Honda Connect juga digabungkan, eksklusif hanya untuk varian ini.

Perbezaan utama yang membezakan Honda City Hatchback e: HEV dan varian petrol adalah kluster instrumen semi-digital dan deceleration selector paddles, yang memberi lebih kawalan kepada sistem brek regeneratif kereta ini.

Honda Sensing dalam segmen B

Honda City Hatchback e:HEV hibrid debut global - 253 Nm, raja tork hatchback? 06

Sebagai model varian paling tinggi terbaru, Honda City Hatchback e: HEV adalah satu-satunya varian yang dilengkapi dengan suite ADAS Honda Sensing. Ia dilengkapi dengan ciri-ciri berikut:

  • Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC)
  • Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran (CMBS)
  • Sistem Keselamatan Penukaran Lorong dengan Amaran Penukaran Lorong (RDM, LDW)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
  • Lampu Tinggi Auto (AHB)

Kelengkapan keselamatan pasif merangkumi 6 beg udara, pautan ISOFIX, brek ABS, dan juga kawalan kestabilan.

Harga Honda City Hatchback 

Honda City Hatchback e:HEV hibrid debut global - 253 Nm, raja tork hatchback? 07

Honda Thailand telah mengumumkan harga bagi Honda City Hatchback hibrid pada THB 849,000 (RM 110,952). Sebagai perbandingan, model petrol berharga sekitar THB 599,000 ke THB 749,000 (~ RM 79k - RM 98k).

Honda City Hatchback e:HEV hibrid debut global - 253 Nm, raja tork hatchback? 08

Tampil dengan kit badan Modulo

Honda City Hatchback dijangka bakal menjengah ke Malaysia dalam separuh kedua tahun 2021. Dengan penampilan Honda City Hatchback hibrid e:HEV di Thailand, Malaysia mungkin akan turut menawarkan varian ini bersama-sama dengan pelancaran Honda City Hatchback standard. Sama-sama kita nantikan!

Baca Lagi: 

Honda City hatchback 2021 dilancarkan di Indonesia - 1.5L, varian RS, ada pilihan manual!

Kenapa Singapura dapat Honda Jazz, tapi negara Asia Tenggara lain dapat City Hatchback?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda