Honda City Hatchback racecar di Thailand, RM 145k je! Ke baik beli Civic Type R di Malaysia?

Zamil Syaheer · Mar 26, 2021 07:00 PM

Pada mana yang kaki ubahsuai kereta dan sedang mencari idea bagaimana jika Honda mencipta City Hatchback versi kereta lumba, ini mungkin akan memberikan anda sedikit idea.

Grand Prix International, penganjur Pameran Motor Bangkok 2021 (BIMS 2021) telah membina City Hatchback versi lumba ini khas untuk one-make race.

Juga baca: Honda City hatchback 2021 sah hadir ke Malaysia, tiada lagi Honda Jazz!

Honda City Hatchback racecar di Thailand, RM 145k je! Ke baik beli Civic Type R di Malaysia? 01

Dibina berdasarkan varian RS, kereta lumba ini bermula pada THB 749,000, manakala kelengkapan dan modifikasi bernilai THB 422,999.

Tambah kedua-dua angka ini, dan anda akan membelanjakan sebanyak THB 1,091,999 (sekitar RM 145,000) untuk sebuah City yang hanya boleh digunakan atas litar sahaja.

Honda City Hatchback racecar di Thailand, RM 145k je! Ke baik beli Civic Type R di Malaysia? 02

Antara modifikasi yang dilakukan pada City Hatchback termasuklah roll-cage, stereng dan tempat duduk ‘bucket’ Sparco, kit badan khas, suspensi boleh laras Tein, rim Enkei, dan tayar daripada Yokohama.

Honda City Hatchback racecar di Thailand, RM 145k je! Ke baik beli Civic Type R di Malaysia? 03

Lumba pakai transmisi CVT? Biar betul!

City Hatchback versi kereta luma ini juga menerima talaan pada ECU dan juga sistem ekzos, namun tiada angka kuasa kuda dan tork yang dipaparkan. Pada City Hatchback RS untuk jualan umum, ia menggunakan enjin 1.0 liter 3 silinder bercas turbo yang menghasilkan 122 PS dan 173 Nm.

Honda City Hatchback racecar di Thailand, RM 145k je! Ke baik beli Civic Type R di Malaysia? 04

Grand Prix International juga bakal menganjurkan siri perlumbaan "Honda City Hatchback One Make Race" di Thailand. Tahun ini, mereka merancang untuk melakukan 6 perlumbaan di tiga litar lumba paling terkenal di Thailand. Para pelanggan yang membeli kereta ini akan menyertai perlumbaan ini secara automatik.

Honda City Hatchback racecar di Thailand, RM 145k je! Ke baik beli Civic Type R di Malaysia? 05

Siri perlumbaan one-make adalah salah satu cara pengeluar kereta menarik minat pengguna terhadap kereta mereka serta menaikkan peluang arena sukan permotoran pada tahap grassroots (aras permulaan).

Toyota Gazoo Racing (TR) Malaysia Vios Challenge Cup kini berada pada tahun ke-4, dan sedang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang.

Terima kasih kepada rakan media kami AutoFun TH untuk gambar dan maklumat

 

 

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru