window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda City perli Vios, Camry dan Bezza dalam video promosi mereka?

Haris ยท Aug 14, 2020 01:00 PM

Honda City perli Vios, Camry dan Bezza dalam video promosi mereka? 01

Selama beberapa minggu yang lalu, Honda Malaysia telah menjadikan Toyota Vios sebagai 'bahan' mereka untuk pengenalan Honda City 2020 serba baru.

Namun begitu, bukan Toyota Vios sahaja yang menjadi mangsa Honda City. Toyota Camry dan Perodua Bezza kini turut menjadi mangsa Honda City.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Seperti yang dilihat dalam iklan tersebut, Honda Malaysia telah memberikan banyak penekanan pada tork Honda City 2020 serba baru. Hal ini kerana varian RS yang paling atas menawarkan 253 Nm tork, berdasarkan kekuatan hibrid i-MMD. 

Angka tork yang tinggi ini mengalahkan pesaing segmen B yang lain seperti Nissan Almera baharu atau Toyota Vios. Bukan itu sahaja, jumlah tork ini lebih banyak daripada kereta satu atau dua segmen di atas segmen Honda City, termasuklah Toyota Camry.

Honda City perli Vios, Camry dan Bezza dalam video promosi mereka? 01

Honda Malaysia juga mengambil kesempatan untuk memerli Perodua Bezza. Video tersebut turut menunjukkan bahawa Perodua Bezza tidak memiliki kuasa yang cukup untuk mendaki bukit. Pada masa yang sama juga, Honda turut menggambarkan bahawa Toyota Vios adalah yang terakhir tiba di lokasi.

Honda City perli Vios, Camry dan Bezza dalam video promosi mereka? 02

Sebagai rujukan, Honda Malaysia baru sahaja membuka tempahan untuk Honda City serba baru. Dua enjin akan ditawarkan iaitu enjin biasa 1.5 liter DOHC i-VTEC baru dan enjin 1.5 liter hibrid petrol-elektrik i-MMD yang menjadi taruhan utama Honda City RS. Ia juga akan menampilkan beberapa ciri pertama dalam segmennya iaitu Honda LaneWatch dan brek parkir elektrik (EPB).

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda