Honda City rentung di Cyberjaya, hilang kawalan sebelum api marak

Faisal · Aug 23, 2021 11:00 AM

Honda City rentung di Cyberjaya, hilang kawalan sebelum api marak 01

Kredit: BOMBA.

Sebuah kereta Honda City yang dipandu dari arah Putrajaya menghala ke Shah Alam hangus terbakar pada 10.30 pagi semalam setelah pemandunya dilaporkan hilang kawalan.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, kereta berkenaan disyaki hilang kawalan dan terlanggar pembahagi jalan tengah. Kesannya, kereta tersebut terbabas sehingga terlanggar pula pembahagi jalan di belah kiri.

Akibat, pemandu yang berusia 26 tahun tercampak keluar sehingga maut manakala seorang lagi mangsa yang berwarganegara China tersepit di dalam kenderaan.

Apapun, mangsa yang dalam keadaan parah itu berjaya dibawa keluar dan dikejarkan ke Hospital Putrajaya. Pemandu itu pula dibawa ke Forensik Hospital Serdang.

Honda City rentung di Cyberjaya, hilang kawalan sebelum api marak 01

Kenderaan itu telahpun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang untuk siasatan lanjut.

Sumber: Kosmo Online

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2018 Honda City 1.5 S

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru