window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda City RS 2020 dipratonton di Malaysia – enjin teknologi i-MMD baharu!

Mersita · Aug 24, 2020 02:00 PM

Honda City RS 2020 dipratonton di Malaysia – enjin teknologi i-MMD baharu! 01

Honda Malaysia hari ini mempratontonkan Honda City RS 2020 serba baharu, menayangkan warna merah eksklusifnya yang menonjol. Honda City generasi kelima ini dijangka akan meneruskan lagi momentumnya sebagai sedan segmen B paling popular dengan enjin hibrid i-MMD baharu 1.5 liter, dilengkapi dengan Honda LaneWatch dan Honda Sensing. Enjin DOHC 1.5 liter juga boleh didapati dalam varian lain nanti.

Honda City RS 2020 dipratonton di Malaysia – enjin teknologi i-MMD baharu! 02

Tren Kuasa

Tren kuasa baharu iaitu Intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) atau lebih dikenali sebagai e:HEV yang dipadatkan di dalam Honda City RS 2020 ini menjana kuasa 109 PS dan 253 Nm melalui motor elektriknya. Enjin petrol 1.5 liter yang dipadankan dengannya bertindak sebagai ‘range extender’ untuk lebih kuasa.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jika dibandingkan dengan enjin hibrid i-DCD yang sebelumnya, City serba baharu ini mampu menjana 253 Nm tork – terbaik dalam kelasnya. Janaan kuasanya pula berada pada kadar 109 PS / 253 Nm dari motornya manakala 98 PS/ 127 Nm dari enjin pembakarannya. Janaan gabungannya tidak boleh ditetapkan kerana ia memuncak pada kelajuan pusingan yang berlainan. Honda belum lagi mengeluarkan angka janaan kuasa gabungan yang rasmi, oleh itu kita terpaksa tunggu sahaja ketika pelancarannya nanti.

Honda City RS 2020 dipratonton di Malaysia – enjin teknologi i-MMD baharu! 01

Varian hibrid diberi logo H berwarna biru

Sistem hibrid ini pada mulanya hanya boleh didapati pada model besar seperti Accord, tapi ia telah dibina-semula untuk kereta lebih kecil seperti Honda City dan Honda Jazz (Fit) generasi keempat yang membuat debut pertamanya di Tokyo Motor Show 2019.

Kelengkapan

City RS dipadatkan dengan pelbagai kelengkapan baru yang menarik seperti kamera Honda LaneWatch (kamera pengesan titik-buta), Honda Sensing, dan AEB. Sistem ADAS Honda pada mulanya diperkenalkan di dalam Honda CR-V 2017 dan kini ia telah diturunkan kepada Honda City. Tapi, kami belum pasti samada City serba baharu ini akan diberi Kawalan Peluncuran Adaptif (ACC) atau tidak.

Honda City RS 2020 dipratonton di Malaysia – enjin teknologi i-MMD baharu! 02

Kamera Honda Sensing memberi klu tentang AEB pada City

Sama seperti teknologi keselamatan dari pelancaran di Thailand dan India, Honda City RS 2020 ini akan dipadatkan dengan 6 beg udara, kawalan penstabilan, kawalan cengkaman, serta kamera undur pelbagai sudut.

Luaran

Honda City RS diberi lampu hadapan, daytime running lights (DRL) dan lampu brek jenis LED. Rodanya pula dikemasi dengan tayar bersaiz 16 inci dengan rim aloi dua tona.

Honda City RS 2020 dipratonton di Malaysia – enjin teknologi i-MMD baharu! 03

Secara visualnya, City serba baharu ini tampak lebih besar, hampir-hampir seperti sedan segmen C

Perincian lain termasuklah gril hadapan hitam berkilat dengan lencana RS, bampar hadapan dan belakang yang direka-semula serta spoiler belakang, serta perumah cermin sisi berwarna hitam.

Honda City RS 2020 dipratonton di Malaysia – enjin teknologi i-MMD baharu! 04

Ruang dalaman Honda City RS 2020 serba baharu ini masih lagi belum dipaparkan sehinggalah pelancarannya hujung tahun ini. Honda Malaysia akan membawa Honda City RS i-MMD untuk lawatan di sekitar Malaysia bermula sekarang. Bagi yang berminat, tempahan bagi Honda City RS 2020 sudah pun dibuka.

Honda City RS 2020 dipratonton di Malaysia – enjin teknologi i-MMD baharu! 05

 

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda