Honda City, sedan sub-kompak paling laris di Thailand tahun ini! Almera dan Vios kalah?

Mersita · Dec 4, 2020 09:00 PM

Honda City, sedan sub-kompak paling laris di Thailand tahun ini! Almera dan Vios kalah? 01

Pasaran sedan sub-kompak di Thailand ternyata didominasi oleh Honda City 2020 baharu. Menurut laporan Headlight Magazine, pasaran automotif Thailand pada tahun ini mula rancak sejak penghujung tahun 2019 dengan pengenalan model-model facelift 2020 seperti Nissan Almera 1.0 Turbo serba baru, Honda City 1.0 Turbo serba baru, dan juga Mazda 2 sedan facelift yang membuat kemunculan semula setelah 4 tahun.

Honda City, sedan sub-kompak paling laris di Thailand tahun ini! Almera dan Vios kalah? 02

Memasuki tahun 2020, pasaran negara itu menerima barisan model-model Toyota seperti Yaris ATIV (Toyota Vios di sini) yang dikemaskini dengan pelbagai kelengkapan keselamatan Toyota Safety Sense dan sistem amaran pra-perlanggaran (Pre-Collision Warning System). Sistem ini, bersama-sama sistem amaran keluar lorong (Lane Departure Alert) diharapkan untuk menarik lebih ramai pelanggan.

Honda City, sedan sub-kompak paling laris di Thailand tahun ini! Almera dan Vios kalah? 01

Tapi, yang lebih menariknya ialah setakat Oktober 2020, Honda City berjaya dijual melebihi 3,000 unit dalam masa 3 bulan berturut-turut. City e:HEV Hybrid i-MMD yang terbaru baru dilancarkan lagi kemudian bagi meneguhkan lagi barisan siri City tahun ini.

Honda City, sedan sub-kompak paling laris di Thailand tahun ini! Almera dan Vios kalah? 02

Oleh itu, jumlah keseluruhan jualan kenderaan sedan sub-kompak segmen B dari bulan Januari hingga September 2020 di Thailand ialah 79,827 unit. Jumlah ini terbahagi seperti yang berikut, meletakkan Honda City sebagai juara dan Nissan Almera serta Toyota Yaris ATIV (Vios) di tempat kedua dan ketiga masing-masing.

Honda City, sedan sub-kompak paling laris di Thailand tahun ini! Almera dan Vios kalah? 03

Jumlah jualan sedan sub-kompak segmen B di Thailand dari Januari - Oktober 2020 mengikut model
Ranking Model Jumlah jualan / Bahagian Pasaran %
1 Honda City 28,748 unit / 36 %
2 Nissan Almera 15,026 unit / 18.8 %
3 Toyota Yaris ATIV 14,946 unit / 18.7 %
4 Mazda 2 Sedan 10,690 unit/ 13.4 %
5 Mitsubishi Attrage 4,638 unit / 5.8 %
6 Toyota Vios 3,213 unit / 4.0 %
7 Suzuki Ciaz 2,520 unit / -
8 MG 5 34 unit / -
9 Honda Brio Amaze 12 unit / -

Di Malaysia, Honda City juga terjual dengan agak laris dengan hampir 9,000 tempahan sudah dibuat. Jika anda mahu lihat perbandingan antara Honda City, Nissan Almera dan Toyota Vios, anda boleh baca di sini.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2018 Honda City 1.5 S

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru