window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda City vs Nissan Almera: Perbandingan saiz dan fungsi keselamatan!

Haris · Sep 7, 2020 08:00 PM

Honda City vs Nissan Almera: Perbandingan saiz dan fungsi keselamatan! 01

Penghujung tahun 2020 akan dihiasi dengan pelbagai pilihan-pilihan menarik. Buat masa ini, hanya Honda City dan Nissan Almera Turbo sahaja yang sudah dipertontonkan kepada umum. Kedua-duanya bersaing dalam kategori sedan segmen B yang turut menyaingi Toyota Vios

Trenkuasa

Honda City vs Nissan Almera: Perbandingan saiz dan fungsi keselamatan! 01

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kedua-dua spesifikasi trenkuasa bagi Honda City dan Nissan Almera Turbo telah pun diketahui dan diiklankan secara meluas. Honda City turut hadir dengan video promosi yang mengetengahkan kuasa tork manakala Nissan Almera Turbo mengetengahkan penjimatan minyak melalui risalah mereka

Honda City vs Nissan Almera: Perbandingan saiz dan fungsi keselamatan! 01

Kekuatan enjin ‘hibrid’ Honda City i-MMD adalah sebanyak 109 PS kuasa kuda dengan 250 Nm tork manakala enjin 1.0 liter berkuasa turbo Nissan Almera dengan gandingan X-tronic CVT  memberikan penjimatan minyak sebanyak 18.4 km / liter

Dimensi 

Honda City vs Nissan Almera: Perbandingan saiz dan fungsi keselamatan! 02

Honda City dilihat sedikit lebih besar berbanding Nissan Almera Turbo. Namun, Nissan Almera Turbo mempunyai jarak antara roda yang lebih panjang berbanding Honda City. Hal ini akan mempengaruhi kestabilan pemanduan.

Honda City vs Nissan Almera: Perbandingan saiz dan fungsi keselamatan! 03

Honda City terkenal dengan ruangan dalaman yang dibina cermat dengan tahap ruang praktikaliti yang bagus. Nissan Almera juga turut mempunyai ruangan dalaman yang besar dengan ruang kaki yang paling luas dalam kelasnya. Berdasarkan dimensi model baharu, kedua-dua model ini dijangka akan meneruskan nilai jualan unik masing-masing.

Keselamatan

Honda City vs Nissan Almera: Perbandingan saiz dan fungsi keselamatan! 04

Honda belum menyenaraikan sistem keselamatan apa yang akan diterima oleh Honda City. Walaubagaimanapun, berdasarkan maklumat yang kami perolehi, Honda City akan mempunyai kelengkapan yang sama dengan generasi terdahulu iaitu 6 beg udara, Kawalan Kestabilan (VSC) dan Kawalan Cengkaman (Traction Control).

Honda City vs Nissan Almera: Perbandingan saiz dan fungsi keselamatan! 05

Selain itu kami juga mendapat maklumat bahawa varian paling atas iaitu Honda City RS yang hadir dengan enjin i-MMD akan mempunyai fungsi tambahan seperti Suite Honda Sensing (Brek Kecemasan Automatik disahkan hadir tapi fungsi lain tidak diketahui) dan Honda LaneWatch.

Honda City vs Nissan Almera: Perbandingan saiz dan fungsi keselamatan! 06

Nissan Almera Turbo juga akan hadir dengan 6 beg udara, Vehicle Dynamic Control (VDC), Kawalan Cengkaman (Traction Control System) dan Bantuan Mula Daki (HSA).

Selain itu, Nissan Almera Turbo varian paling atas juga akan menerima Intelligent Forward Collision Warning (IFCW) dan juga Intelligent Forward Emergency Braking (IFEB) yang merupakan brek kecemasan automatik versi Nissan.

Honda City vs Nissan Almera: Perbandingan saiz dan fungsi keselamatan! 07

Walaupun Nissan tidak mempunyai sistem yang sama dengan Honda LaneWatch, Nissan Almera Turbo masih dilengkapi dengan Amaran Titik Buta, Amaran Lintasan Belakang (RCTA) dan Kamera Pandangan Penuh bernama Intelligent Around View Monitor (I-AVM).

Jika anda tertanya-tanya model yang manakah patut anda tempah, sila rujuk artikel kami mengenai perbezaan enjin Honda City hibrid dan Nissan Almera Turbo. Apa pula 9 fakta tentang Honda City yang anda perlu tahu? Baca di sini. Jika anda mahu membaca spesifikasi varian penuh Nissan Almera Turbo, baca di sini.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda