Honda City vs Nissan Almera vs Toyota Vios – sedan segmen B mana paling jimat minyak?

Faisal · Dec 20, 2020 02:00 PM

Honda City vs Nissan Almera vs Toyota Vios – sedan segmen B mana paling jimat minyak? 01

Menurut angka rasmi, Honda City 2020 mencatat penggunaan minyak sebanyak 5.4 liter/100 km - sama seperti Nissan Almera 2020. Toyota Vios 2020 pula dikhabarkan sebanyak 5.8 liter/100 km. Dengan angka rasmi yang kurang daripada 6 liter/100 km untuk ketiga-tiga saingan ini, sedan segmen B yang manakah paling menjimatkan minyak di dalam pemanduan harian?

Honda City vs Nissan Almera vs Toyota Vios – sedan segmen B mana paling jimat minyak? 02

Penggunaan minyak yang rasmi (liter/100 km)
Honda City 5.4
Toyota Vios 5.8
Nissan Almera 5.4

Untuk mengetahuinya, kami telah menguji ketiga-tiga model ini dengan memandu sejauh 100 km melalui laluan yang sama.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Honda City vs Nissan Almera vs Toyota Vios – sedan segmen B mana paling jimat minyak? 01

Untuk menggambarkan situasi harian dengan lebih tepat, kami turut melakukan pecutan 0-100 km/j untuk bacaan yang paling realistik.

Honda City vs Nissan Almera vs Toyota Vios – sedan segmen B mana paling jimat minyak? 02

Secara keseluruhan, Honda City mencatat penggunaan minyak sebanyak 7.2 liter/100 km, manakala Toyota Vios pula lebih menjimatkan dimana ia hanya menggunakan 6.8 liter/100 km. Walaupun keputusan ujian kami terhadap Honda City tidak memberangsangkan, harus diingatkan bahawa ketiga-tiga kereta belum mencecah perbatuan 1,000 km. Disebabkan itu, penggunaan bahan api mungkin belum mencapai tahap yang optimum.

Penggunaan minyak (Seperti yang diuji, liter/100 km)
Honda City 7.2
Toyota Vios 6.8
Nissan Almera 5.8

Menariknya, Nissan Almera berupaya mencatatkan penggunaan minyak serendah 5.8 liter/100 km.

Honda City vs Nissan Almera vs Toyota Vios – sedan segmen B mana paling jimat minyak? 03

Maka itu, sedan segmen B yang paling menjimatkan di dalam saingan ini ialah Nissan Almera.

Honda City vs Nissan Almera vs Toyota Vios – sedan segmen B mana paling jimat minyak? 04

Kami kini sedang mengutip undian anda untuk Anugerah Kereta tahun 2020 WapCar – BM. Ikuti kami pada 18 Disember ini untuk mengundi kereta kegemaran anda!

Honda City vs Nissan Almera vs Toyota Vios – sedan segmen B mana paling jimat minyak? 05

UNDI DI SINI

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Komen

Up to 20% higher than average trade-in price

2020 Honda City 1.5L S

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Terkini

    Cek Lebih

    Model Terbaru