Honda City vs Nissan Almera: Yang mana lebih murah untuk dijaga?

Faisal · Dec 9, 2020 06:00 PM

Honda City vs Nissan Almera: Yang mana lebih murah untuk dijaga? 01

Secara keseluruhan, Honda City memakan belanja sebanyak RM 3,669 untuk dijaga selama 5 tahun/100,000 km. Sebagai perbandingan, Nissan Almera hanya memerlukan RM 1,766 untuk dijaga dalam tempoh yang sama ataupun 70,000 km.

Kenapa 70,000 km sahaja? Kami akan huraikan di bawah.

Kenapa Almera lebih murah untuk dijaga?

Honda City vs Nissan Almera: Yang mana lebih murah untuk dijaga? 02

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Untuk maklumat anda, Nissan menawarkan servis percuma secara selang. Maka itu, anda hanya perlu menanggung kos servis 1 kali sahaja untuk setahun. Servis percuma ini berkuat kuasa sehingga perbatuan 63,000 km/54 bulan. Selepas itu, kos untuk setiap servis harus ditanggung sendiri oleh pemilik.

Kos servis Nissan Almera
Bulan Perbatuan (km) Kos (RM)
1 1,000 0
6 7,000 0
12 14,000 257.24
18 21,000 0
24 28,000 448.28
30 35,000 0
36 42,000 355.68
42 49,000 0
48 56,000 448.28
54 63,000 0
60 70,000 257.24
Jumlah 1,766.72

Pada masa yang sama, Nissan menggunakan selang servis 6 bulan/7,000 km berbanding 10,000 km oleh standard industri.

Kos servis Nissan Almera sehingga 100,000 km
Bulan Perbatuan (km) Kos (RM)
1 1,000 0
6 7,000 0
12 14,000 257.24
18 21,000 0
24 28,000 448.28
30 35,000 0
36 42,000 355.68
42 49,000 0
48 56,000 448.28
54 63,000 0
60 70,000 257.24
66 77,000 257.24
72 84,000 1,004.99
78 91,000 257.24
84 98,000 603.62
Jumlah 3,889.81

Secara tidak langsung, untuk bulan ke-60, perbatuan Nissan Almera hanya mencecah 70,000 km berbanding 100,000 km pada Honda City.

Sebagai perbandingan, Honda pula menawarkan kos upah percuma untuk servis secara selang sehingga bulan ke-60/100,000 km.

Sekiranya dibandingkan untuk perbatuan 100,000 km, Nissan Almera memakan kos sebanyak RM 3,889 untuk dijaga. Ini sebenarnya lebih mahal daripada kos untuk menjaga Honda City.

Kos servis Honda City
Bulan Perbatuan (km) Kos (RM)
1 1,000 0
6 10,000 243.74
12 20,000 301.69
18 30,000 319.53
24 40,000 446.83
30 50,000 243.74
36 60,000 391.29
42 70,000 243.74
48 80,000 446.83
54 90,000 319.53
60 100,000 712.79
Jumlah 3,669.71

Dalam erti kata lain, pemilik Nissan Almera mempunyai lagi 24 bulan untuk mencecah perbatuan 100,000 km berbanding tempoh 60 bulan pada Honda City.

Honda City vs Nissan Almera: Yang mana lebih murah untuk dijaga? 01

Menariknya, minyak gearbox CVT pada Nissan Almera perlu ditukar untuk setiap 84,000 km/48 bulan.

Untuk Honda City pula, penukaran minyak gearbox disarankan untuk setiap 40,000 km/24 bulan – lebih singkat daripada Nissan Almera.

Jadi, yang mana lebih baik? Almera atau City?

Honda City vs Nissan Almera: Yang mana lebih murah untuk dijaga? 02

Sebenarnya, ia bergantung kepada individu.

Sekiranya anda inginkan prestasi dan penjimatan minyak yang memuaskan melalui enjin turbo yang berkapasiti lebih kecil, Nissan Almera tidak mengecewakan sama sekali. Tetapi jika anda inginkan sesuatu yang lebih konvensional, Honda City sebenarnya lebih sesuai.

Honda City vs Nissan Almera: Yang mana lebih murah untuk dijaga? 03

Sistem infotainment pada Honda City menyokong kedua-dua Apple CarPlay dan Android Auto

Di antara kedua-dua model ini, Nissan Almera sebenarnya lebih selesa tetapi Honda City mempunyai interior yang lebih praktikal dengan kehadiran sokongan Android Auto dimana ciri ini tidak terdapat pada Nissan Almera.

Honda City vs Nissan Almera: Yang mana lebih murah untuk dijaga? 04

Lagipun, kedua-dua model ini mempunyai ciri keselamatan yang hampir sama dimana kedua-duanya hadir dengan 6 beg udara, kawalan kestabilan dan pelbagai ciri bantuan pandu ADAS. Honda City 1.5V mempunyai kamera Honda LaneWatch dan corong penyaman udara untuk penumpang belakang manakala Nissan Almera mempunyai kamera 360-darjah, amaran titik buta, amaran pelintas belakang, dan brek kecemasan automatik. Selain ciri kamera 360-darjah, ciri bantuan pandu Honda Sensing hanya hadir pada Honda City RS.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Komen

tradeInTool.upto20

2020 Honda City 1.5L S

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Terkini

    Cek Lebih

    Model Terbaru